[Panel : Noh Fariq Omar]
Alhamdulilllah.. selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad saw.. Syukur kita atas nikmat Islam dan Iman kita.. Sehingga hari ini, Allah pelihara diri kita dari perkara kekufuran.
Bismillah..awaluhu, wa akhiruhu..
Semoga dengan bersyukurnya kita..Allah tambahkan nikmat iman kita, pandu / bimbing kita ke jalan yg lurus..
Seterusnya..syukur di atas kesihatan, serta masa yg ada.. Tiada daya dan upaya kita, melainkan Allah bantu kita dengan kesihatan..masa lapang ni..
Wa-wajada-ka: Dan didapatiNya engkau ATAU Dan - TELAH didapati Ia akan engkau..
Kita telah bincang perkara ni.. Ringkasnya, ia berkaitan Maha Luas pengetahuan Allah atas apa yg berlaku kepada manusia / makhluk..
Skip..- Rujuk sahaja nota yang lepas (ayat 6)
Dhollan: Mencari-cari (jalan yang benar)
secara literalnya bermakna ‘sesat’
Persoalan: Adakah kita boleh kata Nabi saw sesat sebelum menjadi Nabi? Saya kongsi beberapa pandangan Mufassir.. Akan tetapi, ia secara umum. Bermakna..tiada rujukan khusus, tapi mungkin pelajar pernah / akan terjumpa perkara ni:
PERTAMA :
Ya, ada yg mengatakan Nabi "sesat" sebelum dapat wahyu..
KEDUA: Sesat disini bukan la Nabi melakukan syirik, tapi belum ada wahyu..
Saya pilih KEDUA.. Sebagai Nabi dan begitu juga dengan nabi-nabi lain, mereka tidaklah pernah melakukan dosa-dosa syirik. Begitu juga Nabi Muhammad tidak pernah menyembah berhala walaupun masyarakat baginda bergelumang dalam penyembahan berhala dan amalan-amalan syirik yang lain..
Sebab itu..terjemahan umum terutama Malaysia (yang sepakat guna Tafsir Pimpinan Ar Rahman) gunakan maksud: Nabi tercari-cari
‼️ Rujuk 12:3
نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ اَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَاۤ اَوْحَيْنَاۤ اِلَيْكَ هٰذَا الْقُرْاٰنَ ۖ وَاِنْ كُنْتَ مِنْ قَبْلِهٖ لَمِنَ الْغٰفِلِيْنَ
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.
(Yusuf 12:3)
Kesimpulan :
Dhollan ialah Nabi tercari petunjuk.. Yang kemudian datang dengan nama wahyu / Al Quran
Fa-hada : Lalu Ia memberikan hidayah petunjuk
Fa: satu perkataan berbentuk jawapan terus dari Allah.. Kamu cari - Kami terus beri (petunjuk).. Syarat, kena la cari, dengan usaha dan jalan yang betul.. Insya Allah, Allah bantu bimbing kita..
Hada: kalimah yang digunakan hanya فَهَدىٰ. Tidak ditambah ditambah dengan perkataan ‘ك’ selepasnya (فَهَدىيك).
Ini meluaskan lagi maknanya:
Jadi maknanya, hidayah itu tidak terhad kepada Nabi Muhammad sahaja. Jadi ianya boleh jadi Allah memberi hidayah kepada Nabi, dan melalui Nabi, manusia lain pun mendapat hidayah juga daripada Allah menerusi baginda.. Apakah kita yang berikan petunjuk??
ذٰ لِكَ الْكِتٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيْهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِيْنَ
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
(Al-Baqarah 2:2)
Simple je ayat ke-7 ni.. Jelas:
Dhollan: Sebelum ada Quran
Fa-Hada: Lepas ada Quran
Tapi sekarang..kita tadabbur pula, kita di kategori mana..
Dhollan??
Fa-hada??
Sebab ia bukan sekadar faham makna, tapi nak semak kita di kategori mana... Kena check status Al Quran dalam hidup kita.. Kalau tak..jangan kita sibuk nak kondem atau tuding jari kepada ajaran sesat sana-sini (saya tak nafikan kepentingan)
Tapi...kita pun suspen...silap2 kita pun tersesat lagi..
Sebab...boleh jadi kita baru faham dan nak perbetulkan amal dengan 7 ayat Adh Dhuha ni..tapi jangan lupa ada 6000 lebih ayat yang lain kita patut selusuri dan belajar..
Dan yang kita juga nak bangkitkan kat sini, setelah memahami ayat ke-7 ni.. Patutnya boleh "cemas" dan pikir..
1) Aku pun kena cari petunjuk (yakni belajar Al Quran)
2) Benarkah jalan hidup aku selama ni? Boleh jamin ke? Sama tak mcm Quran tunjukkan kpd aku.. Atau aku syiok sendiri anggap dunia ikut cara aku.
KESIMPULANNYA
1. Hanya Al Quran: kitab yang memberi petunjuk, melapangkan jalan hidup manusia untuk kembali kepada Allah
2. Kita mesti belajar Al Quran (baca dan faham). Baru betul2 dapat amal kandungannya dalam kehidupan
Sekian itu dulu.. Assalamualaikum..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan