[Panel : Ustaz Noh Fariq Omar]
Bismillah, was solatu a'la Rasulillah.. Amma ba'd..
Terlebih dulu.. Pertama dan selamanya kita panjatkan kesyukuran kepada Allah swt.. Di atas nikmat: Islam, Iman, Kesihatan, Masa Lapang yang Allah berikan kepada kita..
Semalam kita telah bicarakan tentang info Surah Adh Dhuha.. Namun apa yang kita dapati (seperti bilangan kalimat dan huruf) semua itu adalah usaha dan kiraan ulama Tafsir. Kita hanya berkongsi semula..
Kenapa?
Sebab kecintaan mereka kepada kitab Allah swt. Oleh itu kita harapkan selain kita berkongsi sama ayat Allah pada petang ini, maka tersemat juga cinta kita terhadap Al-Quran..
Saya ambil dahulu konsep kita dalam ini.. Iaitu "Tafsir, Tadabbur dan Tazakkur". Mungkin biasa kita dengar tafsir, tapi jarang dengar tadabbur dan Tazakkur..
‼️ Terlebih dahulu, rujuk (surah:ayat) ~ 38:29
كِتَٰبٌ أَنزَلْنَٰهُ إِلَيْكَ مُبَٰرَكٌ لِّيَدَّبَّرُوٓا۟ ءَايَٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَٰبِ ﴿٢٩﴾
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
[Ruj: Terejemahan / Tafsir Pimpinan Ar Rahman]
Kalimah:
1. Liyaddabbaru: untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya
2. Liyatazakkara: untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar
Jadi sedikit demi sedikit kita belajar, tak mengapa.. Yg penting ialah kita MAMPU untuk meneliti dan mengambil iktibar..
Perkongsian dapatan saya sepanjang mengajar Tafsir
86 Surah Makkiyyah,
28 Surah Madaniyyah..
Bermakna, walaupun tahu banyak tentang Al Quran..tapi tak beriman, tak guna juga. Sirah menunjukkan Islam lebih "hidup" di Madinah (walaupun 28 surah sahaja)
❗[Perjalanan Islam di Madinah lebih terbuka berbanding di Makkah.. Sedangkan banyak ayat yang turun di Makkah, namun mereka tak mahu beriman]
Kisah sebalik penurunan ayat
1. Ada tempoh beberapa lama yang Nabi tidak mendapat wahyu. Dalam berbelas hari juga (tapi berapa lama tidak ada kepastian).
2. Musyrikin Mekah, apabila mengetahui perkara ini, mereka mula mengejek Nabi dengan mengatakan bahawa Tuhan Muhammad telah meninggalkannya dan tidak suka kepada baginda
Maka turun ayat:
1. Demi waktu dhuha
2. Dan malam apabila ia sunyi-sepi
3. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[Ruj: Terejemahan / Tafsir Pimpinan Ar Rahman]
Sekaligus ia adalah jawapan terhadap tuduhan org musyrik td..
Dalam makna lain.. " Allah tidak meninggalkan mu wahai Muhammad)
Kenapa Allah berhentikan wahyu seketika
1. Allahu A'lam (Allah shj yg mengetahui yang paling tepat hikmahnya)
2. Mungkin untuk memberikan kerehatan kepada Rasul saw..
‼️ Terlebih dahulu, rujuk (surah:ayat) ~ 73:5
إِنَّا سَنُلْقِى عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلًا ﴿٥﴾
Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat
3. Mungkin untuk menguatkan jiwa Rasul dan orang-orang beriman ketika itu
‼️ Terlebih dahulu, rujuk (surah:ayat) ~ 25:32
وَقَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لَوْلَا نُزِّلَ عَلَيْهِ ٱلْقُرْءَانُ جُمْلَةً وَٰحِدَةً ۚ كَذَٰلِكَ لِنُثَبِّتَ بِهِۦ فُؤَادَكَ ۖ وَرَتَّلْنَٰهُ تَرْتِيلًا ﴿٣٢﴾
Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.
Wallahu a'lamu wa antum la ta'lamun..
Dan Allah lebih tahu dan kalian tidak mengetahui
Mentadabbur Ayat
1. Ayat Pertama
Demi waktu Dhuha
[Dari ibn Abbas (waktu Matahari naik sepenggalahan). Ia bermaksud keseluruhan waktu siang]
DEMI (Allah bersumpah)
A) Allah shj yg boleh bersumpah dengan makhluknya
B) Kalau kita teliti (tadabbur) kalimah sumpahan Allah, kita akan dapat lihat sumpahan antaranya ia:
1. Makhluk yang ganjil (Matahari / Bulan)
2. Ia ciptaan yang hebat (Langit / Bintang)
3. Perkara yg dekat dengan manusia
- Keadaan: waktu fajar / dhuha
- Benda: Tin dan Zaitun
4. Perkara yang penting (Masa)
Yang kita boleh dapati, kalimah sumpah itu untuk kembali membesarkan Allah sebagai Tuhan (PENCIPTA) semua itu.
Kita cukup sampai kalimah DEMI (Allah bersumpah).. Kerana, saya rasa kalimah Dhuha lebih sesuai dibincang dalam satu sesi sahaja
Penutup
1. Semoga kita dapat ilmu berkenaan penurunan surah ini dan lebih menghayati mendengar bukaan surah Dhuha selepas ini
2. Hanya Allah yang layak bersumpah dengan makhluknya
3. Waktu Dhuha adalah perkara penting sehingga menjadi sumpahan Allah dalam pembukaan surah ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan