Bismillah..
Alhamdulilllah.. selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad saw..
Syukur kita atas nikmat Islam dan Iman kita.. Sehingga hari ini, Allah pelihara diri kita dari perkara kekufuran.
Seterusnya..syukur di atas kesihatan, serta masa yg ada. Sehingga kita berpeluang untuk meneruskan sesi pengajian Surah Adh Dhuha.
Hari ni, Sayyidul Ayyam.. Semoga kita mempertingkatkan amalan menyusun masa dengan lebih baik untuk bertemu di hari Akhirat nanti.
Sesuai dengan perbincangan kita pada hari ini, kalimah “Akhirah” pada ayat ke - 4 Surah Adh Dhuha.
وَلَلآخِرَةُ خَيرٌ لَكَ مِنَ الأولىٰ
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[Ruj: Terjemahan Al Quran, Tafsir Pimpinan Ar Rahman]
Akhirah : ?
Al-Ula : (perhatikan..bukan kalimah dunia)
Asal perkataan ialah akhirah sahaja.. Tp ada tambahan huruf Lam.. Menjadi sebutan: Lal Akhiratu.. Ada ل tambahan dalam وَلَلآخِرَةُ , itu menunjukkan ada penekanan (taukid)
Ada 2 maksud kalimah “Akhirah” di sini
PERTAMA:
“Dan sesungguhnya AKHIRAT adalah lebih baik bagimu daripada DUNIA (AL-ULA)
Ia bermaksud:
💪 Wahai Muhammad! Jangan la risau dengan dunia ini..kerana Akhirat pasti lebih baik
💪 Wahai Muhammad! Jangan bersedih dengan hal-hal yg menguji kamu di dunia ini, kerana Akhirat akan ada balasan yg baik menanti kamu
Dalam maksud yang pertama ini, Allah swt TARBIYAH kita tentang banyak perkara berkaitan Akhirat:
A) Kehidupan orang Islam yang sebenar adalah di Akhirat nanti
B) Dunia ini tiada apa besar ujiannya, berbanding balasan yang Allah akan berikan kepada hamba Nya yang terus sabar untuk menjadi orang yang BERTAQWA.
Sama2 kita lihat sikap orang bertaqwa terhadap dunia ini:
‼️ Sila rujuk ( Surah : Ayat ) ~ 16 : 30
Allah SWT berfirman:
وَقِيْلَ لِلَّذِيْنَ اتَّقَوْا مَاذَاۤ اَنْزَلَ رَبُّكُمْ ؕ قَالُوْا خَيْرًا ؕ لِّـلَّذِيْنَ اَحْسَنُوْا فِيْ هٰذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ ؕ وَلَدَارُ الْاٰخِرَةِ خَيْرٌ ؕ وَلَنِعْمَ دَارُ الْمُتَّقِيْنَ
Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertaqwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh tuhan yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?" Mereka menjawab: "Kebaikan" Orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi; dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertaqwa.
📌 Sifat orang-orang yang bertaqwa: Semuanya baik..
KEDUA : (Maksud lain bagi ayat ini)
“Dan sesungguhnya Akhir (KEMUDIAN) adalah lebih baik bagimu daripada AWAL (AL-ULA) .
Ia bermaksud:
- Wahai Muhammad! Jangan la risau…kemudian nanti, keadaan Islam akan lebih baik
- Wahai Muhammad! Yang akhir nanti lebih penting berbanding sekarang
Satu pengajaran dari Allah..buat la sesuatu kebaikan dengan baik hingga ke hujung.. Kerana, akhir itu lebih baik dari permulaan.
Macam hidup kita.. Jaga la iman dan taqwa ni, jangan sombong sesama manusia. Kita tak tau akhir hidup masing2, bagaimana nanti..
Kesimpulan :
1. Sifat orang bertaqwa, sentiasa menganggap baik apa yang menimpanya. Dan yakin bahawa keadilan Allah akan memberikan balasan yang setimpal dengan sabar.
2. Kehidupan dunia yg manusia sedih / takut, adalah SANGAT sementara.. Tidak berbaloi untuk berputus asa menghadapi hari yang kekal selamanya (Akhirat)
3. Sifat yg baik bagi orang beriman, konsisten amal hingga akhir..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan