[Panel : Ustaz Noh Fariq Omar]
Bismillah..
Alhamdulilllah.. selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad saw..
Syukur kita atas nikmat Islam dan Iman kita.. Sehingga hari ini, Allah pelihara diri kita dari perkara kekufuran..
Hari ini, kita masih berada dalam kebaikan.. Asbab dari sabar dan kehendak Allah untuk memberi kebaikan-Nya kpd kita..
وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُوا۟ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ ﴿٣٥﴾
Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.
(Fussilat 41:35)
Seterusnya..syukur di atas kesihatan, serta masa yg ada. Sehingga kita berpeluang untuk meneruskan sesi pengajian Surah Adh Dhuha..
1) Masa lapang
2) Kesihatan
Dua nikmat yang Nabi saw kata manusia selalu terlupa. Dalam hadis yang lain, Nabi saw mengatakan Rebut 5 sebelum 5 :
- Muda > Tua
- Kaya > Miskin
- Lapang > Sempit
- Sihat > Sakit
- Hidup > Mati..
Tapi 2 perkara di atas kena selalu amik perhatian..
وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ ﴿٥﴾
"Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati"
[Ruj: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman]
Dalam ayat yang lepas. Kita dapati, sungguh Allah mengatakan kepada kita tentang fokus kpd akhirat itu adalah perkara yg sangat bermakna.. sehingga mampu "menyembuhkan" luka2 ujian di dunia ini
Maka ayat ini menyambung perbincangan kita, masih tentang "saranan" Allah untuk mengajar manusia apakah fokus yg patut diberikan dalam hidupnya..
Walasaufa : Huruf ل dalam وَلَسَوفَ
Adalah sebagai taukid – penekanan, kepastian. Bermaksud: Pasti Allah akan lakukan
Pada masa ayat ini diturunkan, Nabi dan para sahabat sedang menghadapi cubaan dan dugaan yang amat berat. Maka di sini, Allah ingin memberitahu kepada Nabi dan para sahabat bahawa orang Islam pd masa depan akan mendapat kebaikan yang banyak
Bahasa mudahnya... Allah nak beritahu: Orang beriman jangan la takut, nanti kamu akan menang juga akhirnya..
Takut adalah fitrah dari Allah.. (takut esok nak makan apa, takut orang kafir apa-apakan kita, takut apa nasib Islam esok lusa) Namun ayat ini sebenarnya untuk mententeramkan manusia..supaya terus fokus jadi hamba Allah, ikut perintah-Nya..
Sebagaimana objektif kejadian kita:
وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ﴿٥٦﴾
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Adz-Dzaariyaat 51:56)
Saufa/سَوفَ: dari segi bahasa adalah masa hadapan yang agak jauh
Oleh itu, Allah akan beri kemenangan atau nikmat kepada orang beriman.., tapi tidaklah cepat sangat – kena tunggu juga. Sebelum sampai masa mendapat apa yang dijanjikan, ada masa yang lama juga, maka kena bersabar sepanjang waktu itu.
Contoh: Bila sakit..harap / doa cepat sembuh..
Sebenarnya ujian yang tiba kepada kita bukan sekadar sakit, tp "how to" kita melalui proses tersebut. Juga sesudah ujian itu..sebab ramai lepas dapat nikmat (sembuh), lupa nak ingat Allah dah..
Perkataan يُعطيكَ bermaksud:
- Pemberian yang amat banyak sekali.
- Boleh buat apa sahaja dengan apa yang dia dapat.
(Kalau digunakan أتى sahaja, mungkin ada tanggungjawap terhadapnya)
Ata: bermaksud didatangkan kepada nya..
Contoh, apabila Allah kata Dia "datangkan" al-kitab, ada kerja yang kena dilakukan dengan kitab itu – iaitu kena ikut, kena sampaikan
Tapi "yu'ti" :
Ambik la, memang hak kamu.. buat la apa pun.. Penerima pemberian itu tidak perlu bertanggungjawab untuk melakukan apa-apa sahaja, boleh menikmati nikmat itu.
Sebab tu..saya meneliti "nikmat pemberian" dalam ayat ini..
Kesimpulannya, saya memilih jawapan "Syurga" Ia fahaman sahabat seperti ibn Mas'ud.. Namun untuk perbincangan / info lain, ada juga Mufassir yang mengatakan "pemberian" kepada Nabi saw tersebut ialah ialah kelebihan memberi "syafaat"
Wallahu a'lam..
Sebab..semua nikmat yang lain, termasuk Al Quran, semua akan dipertanggung-jawab kepada kita.. Kecuali, syurga.. Ia hak mutlak orang yang berjaya..
Fatardha /فَتَرضىٰ – kamu akan redha.
Redha dengan siapa? Tentulah dengan Allah..
Sebenarnya, kalau tak Allah beri nikmat tambahan lagi pun, Nabi telah redha dengan Allah juga, bukan? Jadi kenapa sebut dalam ayat ini?
Maksudnya Allah akan benarkan baginda meminta sehingga baginda puas hati
Kalimah redha.. ia dihujung ayat, seolah memberi isyarat kepada kita tentang pengakhiran proses dalam melalui ujian, iaitu...REDHA
Soalnya hari ni.. Bila Allah dah bantu / beri kita nikmat, beriman kah kita pada ayat ni... Atau maksud lain, "kita betul2 redha dengan apa Allah berikan kepada kita hari ni?" Wallahu a'lam..sama2 tepuk dada, tanya iman sendiri..
Kesimpulan:
1) Janji Allah sentiasa benar, iaitu nikmat kepada orang yg menjaga taqwa kepada-Nya.
2) Manusia bukan hanya perlu risau tentang ujian yang ditimpakan kepada mereka, akan tetapi soal bagaimana menghadapi ujian dan natijah sesudah ujian tersebut yang sangat penting. Supaya kita terus beroleh kemenangan yang sebenar
3) Kemenangan pasti tiba kepada orang yang teguh menjaga iman. Jika tidak di dunia, akhirat pasti akan beroleh ganjaran yang setimpal
Semoga kita semua sama masuk Syurga (kejayaan yang sebenar, sehingga kita berpuas hati)
Sekian.. Semoga bermanfaat dan bertambah ilmu, seterusnya iman kita.. Wallahu a'lam.. Jazakumullah khairan khathira.. Assalamualaikum..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan