Bersama ahli panel Ustaz Azlizan Nueq & Ustaz Ibn Umar

Ayat Ke-8 Surah Adh-Dhuha

[Panel : Ustaz Noh Fariq Omar]


Bismillah.. Alhamdulilllah.. selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad saw..

Syukur kita atas nikmat Islam dan Iman kita.. Sehingga hari ini, Allah pelihara diri kita dari perkara kekufuran.

Seterusnya..syukur di atas kesihatan, serta masa yg ada. Sehingga kita berpeluang untuk meneruskan sesi pengajian Surah Adh Dhuha.

Semoga kuliah kita pada waktu Dhuha ini, Allah kira ia sebagai usaha untuk mencari / menimba peringatan dari ayat-ayat suci Allah swt..

Dengan itu, semoga kita tidak disempitkan kehidupan dan tidak juga bangkit di akhirat nanti dalam keadaan yang buta..

‼️ Sila rujuk ( surah : ayat ) 20 : 124

وَمَنْ اَعْرَضَ  عَنْ ذِكْرِيْ فَاِنَّ لَـهٗ مَعِيْشَةً ضَنْكًا وَّنَحْشُرُهٗ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ  اَعْمٰى
“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”
[Ruj: Tafsir Pimpinan Ar Rahman]

Insya Allah..kita akan masuk perbincangan ayat ke-8..

وَوَجَدَكَ عَآئِلًا فَاَغْنٰى  
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
(Adh-Dhuha 93:8)

A’-ilan:
Bermaksud miskin. Juga bermaksud seseorang yang tertekan dan terkesan dengan tekanan itu.

Walaupun ada banyak lagi kalimah untuk miskin seperti faqir, miskin dan lain-lain, tapi Allah gunakan kalimah عائِلًا dalam ayat ini.

Saya ingat..kita tak perlu bahas lebih tentang faqir / miskin pula, sebab nanti jauh dari topik..

Aghna:
bermaksud tidak memerlukan. Kerana itu juga, kalimah itu digunakan untuk membawa maksud kekayaan itu mereka yang kata tidak memerlukan bantuan orang lain..

Senang..kita boleh ambil maksud ghina juga dengan bahasa kita, "kaya"

Apakah maksud “ghina” / kaya berdasarkan sumber hadis: Dari Abu Hurairah ra, bahawa Rasul saw bersabda:

عن أبي هريرة - رضي الله عنه - أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال : ليس الغنى عن كثرة العرض، ولكن الغنى غنى النفس))؛ متفق عليه.
Maksudnya:
Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda:
“Tidak la dikatakan kaya dengan banyaknya harta, akan kaya itu ialah dengan jiwa”.. Muttafaq a’laih.

Kita boleh faham di sini.. A'-ilan ialah (miskin) sebelum Allah memberikan Islam kepada Baginda dan ummat..

Tapi mungkin ada tafsir yang membahaskan kaya dengan harta Khadijah dan lain2.. Saya tak menolak, cuma saya lebih utama berpegang dengan hadis tadi..

Boleh jadi bahaya kalau anggap "kaya" adalah dengan harta sahaja.. Sehingga saya pernah dengar motivator berkata dengan lantang

"lelaki yang nak kaya..mesti kahwin dengan orang seperti khadihah. baru la kaya"


Kita balik perbahasan di sini.. Ya, rupanya kaya ialah perasaan dari jiwa:

Orang yg tiada / belum ada anak, mungkin dia lebih penyayang berbanding org yg meiliki anak. Ramai yg ada anak, bagi orang lain untuk jaga.. Atau lebih teruk, buang anak.

ATAU...:

Kebanyakan anak zaman sekarang, dah tak ada feel makan KFC. Sebab senang nak pergi dan beli. Berbanding zaman kita kecik-kecik dulu (saya la tu). Sekali sekala je dapat makan KFC, itu pun waktu khas tertentu. Seronok takyah cerita..

ATAU....:

Ada pasangan naik motor lebih gembira, gurau gelak ketawa. Berbanding orang naik kereta. Stress, pastu degil nak ikut emergency lane..


Perasaan bahagia dari jiwa ini la “kekayaan” yang Nabi saw maksudkan.. Dan itu la sifat orang Islam, sentiasa “Happy, Bahagia, Senyum…” (dan semua yg positif). Sebab hidup orang Islam yang sebenar sentiasa cukup.

Jadi kalau ada rezeki…semak supaya sepatutnya harta tersebut dirasai dengan keimanan dan sikap yang cool / baik. Berkongsi, beramal, tidak sombong (sebab sebenarnya orang sombong ni stress sebenarnya). Baru la kekayaan / ghina yg sebenar.


‼️ Sila rujuk ( surah : ayat ) 15 : 84
Allah SWT berfirman:

فَمَاۤ اَغْنٰى عَنْهُمْ مَّا  كَانُوْا يَكْسِبُوْنَ
“Maka apa yang mereka telah usahakan itu (kekayaan / ghina), tidak dapat menolong mereka sedikit pun.”
[Ruj: Tafsir Pimpinan Ar Rahman]

Di dalam kitab Sahih Muslim disebutkan dari Abdullah ibnu Amr yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw. telah bersabda:

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ أَسْلَمَ وَرُزِقَ كَفَافًا وَقَنَّعَهُ اللَّهُ بما آتاه
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang Islam dan diberi rezeki secukupnya serta Allah telah menjadikannya menerima seadanya menurut apa yang diberikan oleh-Nya

Sesuai dengan firman Allah swt:

‼️ Sila rujuk ( surah : ayat ) 53 : 48
Allah SWT berfirman:

وَاَنَّهٗ هُوَ اَغْنٰى وَ اَقْنٰى
“Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan kekayaan dan memberikannya kecukupan”

Kalau:
Ketawa lawannya Menangis
Mati lawannya Hidup
Dalam surah : ayat,53 : 48 pula
👇
وَاَنَّهٗ هُوَ اَغْنٰى وَ اَقْنٰى
“Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan kekayaan dan memberikannya kecukupan”
Kaya lawannya Cukup


Beberapa perkara yang kita perlu tadabbur... Life is a process.. So, adakah kita lalui proses dunia ni mengikut kehendak Allah..?

- Tujuan hidup, adakah kita ni benar2 jadi hamba Allah?

- Atau kita cakap, tapi dalam hati masih ada dunia yg lebih utama? (pasangan, harta, pangkat)

Kerana itu la Allah uji kita..supaya dengan "melatah" tu, baru kita tau apa dalam hati kita..

Contoh..: ada yang dok nangis / marah bila putus cinta, hilang harta / jawatan

Tapi APA REAKSI kita bila tak sahut azan dengan solat berjemaah? (Saya tujukan buat diri saya...)

Adakah hati kita betul2 "Qalbun Salim" iaitu hanya Allah di dalamnya.. Sedang itu la nanti yg akan bertemu dengan Allah..?

Wallahu a'lam.. Soalan tu kita renung2 sendiri.. Semoga dapat bantu diri kita menghadapi ujian2 dalam hidup ni..


Kesimpulan..
1. Orang Islam sepatutnya sentiasa bahagia kerana menjadi hamba Allah swt.

2. Allah “kenal” hamba-nya dan memberikan nikmat / kecukupan yang sesuai kepada semua hamba-Nya

3. Jangan jadikan dunia masuk dalam hati

Ok la... Berbahagia la, jangan tensen2.. Sempoi je jadi orang Islam.. Sentiasa baik.. Apa-apa pun baik.. sebab Allah bersama kita.. Patut sedih paling utama, bila tak dapat buat baik.. Lain2, kita istighfar, senyum dan relax je.. Kita akhiri pembelajaran hari ini dengan tasbih kaffarah.. Assalamualaikum..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan