Bersama ahli panel Ustaz Azlizan Nueq & Ustaz Ibn Umar

Ayat Ke 6 Adh-Dhuha

[Panel : Ustaz Noh Fariq Omar]


Bismillah.. Alhamdulilllah.. selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad saw..

Syukur kita atas nikmat Islam dan Iman kita.. Sehingga hari ini, Allah pelihara diri kita dari perkara kekufuran..

Kena selalu ingat utk bersyukur, dan saling doakan org lain.. Sepertimana kita hari ni, juga berada dalam kebaikan (mungkin) atas doa org2 tua kita yg berharap kita menjadi anak yang soleh..


Kita akan sambung dengan ayat ke-6..

اَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيْمًا فَاٰوٰى
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
(Adh-Dhuha 93:6)
[Ruj: Tafsir Pimpinan Ar Rahman]


Alam: Bukankah (berbentuk soalan..)

- Komunikasi Allah yang sangat halus kepada hamba-Nya.. Macam anak merengek / nangis nak mainan.. ayah / ibu akan cakap:
"bukan kah mak dah belikan...."
berbanding...
terus jawapan, "NO!"

Untuk berkomunikasi secara halus kita perlu kesabaran yang tinggi.. Berkata la kpd anak2, untuk buat mereka berfikir. Bukan sekadar perintah..

Kalau anak buat salah...bimbing! Buat mereka fikir, "elok ke kita tumpahkan air...".. Bukan terus, NO! (sedang dia pun kecik lagi dalam proses belajar) Cakap je x boleh sebab 1, 2, 3 hingga 10 jawapan.. yang jujur.


Sebab tu lepas berpesan kepada kebenaran, kena sabar.. Macam ajar anak2, orang lain...lepas ajar, kena sabar.. (pesanan kesabaran ialah yang paling utama pada diri sendiri)


Yajidka: dia mendapati engkau

- Allah Maha Mengetahui
- Tak pernah seorang hamba / makluk tersasar dr radar pengetahuan Allah swt

Sehingga sepatutnya..tiada putus asa / sangkaan yang "macam-macam".. Seolah Allah tidak mempedulikan dirinya. Sentiasa lah bersangka baik dengan Allah..



Yatiman: anak yatim

Definisi Yatim:
Al-Yatim (الْيَتِيمُ) dari sudut bahasa membawa maksud tunggal, bersendiri..

📍Ibn al-Sikkit: “Al-Yatim pada manusia adalah mereka yang kehilangan bapa manakala pada binatang pula adalah kehilangan ibu. Tidak dipanggil seseorang yang kehilangan ibu dengan al-Yatim”

📍Berkata Ibn Barriy pula: “Al-Yatim (الْيَتِيمُ) adalah bagi yang kematian ayah. Al-‘Ajiy (العَجِيُّ)  bagi kematian ibu manakala al-Latim (اللَّطيم) pula adalah bagi yang kematian keduanya”.

📍Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, yatim membawa maksud anak yang kematian ibu atau bapanya. Sekiranya seorang anak itu kematian ibu dan ayahnya, ia dinamakan sebagai yatim piatu


Bila peringkat umur yang dikatakan Yatim?

"Tidak ada keyatiman setelah baligh"
HR Abu Daud (2873) ~ Dinilai Sahih oleh Al-Albaani

Hadith ni  jelas menunjukkan kepada kita bahawa yang dinamakan anak yatim itu adalah mereka yang kehilangan bapa dan belum mencapai umur baligh.

Dalam Al Quran, ada rujukan kpd kita ttg sikap kepada anak yatim:
فِى الدُّنْيَا وَالْاٰخِرَةِ  ؕ  وَيَسْــئَلُوْنَكَ عَنِ الْيَتٰمٰى  ؕ  قُلْ اِصْلَاحٌ لَّهُمْ خَيْرٌ  ؕ  وَاِنْ تُخَالِطُوْهُمْ فَاِخْوَانُكُمْ  ؕ  وَاللّٰهُ يَعْلَمُ الْمُفْسِدَ مِنَ الْمُصْلِحِ  ؕ  وَلَوْ شَآءَ اللّٰهُ لَاَعْنَتَكُمْ  ؕ  اِنَّ اللّٰهَ عَزِيْزٌ حَكِيْمٌ
“Mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: "Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya", dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seugama);
(Surah al-Baqarah (2) : 220)

Dua sikap:
1- Perbaiki / bantu kebajikan anak yatim
2- Bergaul la dengan mereka..

Tak perlu tunggu event buka puasa atau open house raya.. Daripada dok pikir open table kawan / keluarga sahaja, cuba kenali anak2 yatim yang ada dan berikan 2 sikap macam ayat tadi..

Bukan setakat keperluan luaran..juga dalaman.. Contoh bukan setakat belikan baju saja tapi juga berbual.. Dan rumah anak2 yatim pun perlu terbuka la..jangan la harap sumbangan material je, kena bagi ruang kepada public untuk bersama dalam banyak bentuk..termasuk sekadar program silaturrahim.


Persoalan : Adakah perlu sampai 'menyelami' perasaan mereka?

Mengisi perasaan mereka dengan hal agama, itu lebih baik.. Menyelam perasaan orang ni bahaya, takut lama2 kita "berasa" menjadi orang yang bertanggung jawab kepada perasaan org lain. Tugas kita sampaikan ayat Quran, menyeru ke arah imani ayat2 Allah. insya Allah itu ubat yang terbaik untuk perasaan mereka. Seperti Nabi, seru sahaja ummat dengan terbaik. pastu.. bukan la tugas Nabi untuk mengawal hal2 lain, termasuk perasaan orang yang kita seru. kalau tak nanti, kita mudah hilang fokus untuk ke hadapan..

Ancaman Yang Kita Perlu Jaga:

اِنَّ الَّذِيْنَ يَأْكُلُوْنَ اَمْوَالَ الْيَتٰمٰى ظُلْمًا اِنَّمَا يَأْكُلُوْنَ فِيْ بُطُوْنِهِمْ نَارًا   ؕ  وَسَيَـصْلَوْنَ سَعِيْرًا
“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.”

(Surah al-Nisa’ (4) : 10)


Fa-awa: Memberikan perlindungan

Penjelasan terhadap sikap yang patut kita buat kepada anak2 yatim.. Mungkin kita banyak bincang tentang anak2 yatim.. Tapi balik semula kepada penurunan ayat:

Perihal anak yatim: pembalasan setimpal terhadap kehilangan (menjadi yatim)

Ini pujukan yang sangat besar..yang patut kita didik hati kita.. Soalnya di dunia ni, sangat penting untuk fokus jadi "hamba Allah"

Tiada ubat penenang terhadap ujian dunia / hingga kehilangan orang tersayang.. Melainkan Allah tetap mengangkat dan membalas dengan pengiktirafan yang baik.

Itu "urusan" Allah.. Urusan kita kena terus fokus jadi hamba Allah.. Datang bisikan2, sedih2 atau itu ini.. Kembalikan kepada Allah.. Tengok yang positif..

Nota: Ini untuk ubat hati yang diuji kehilangan secara fitrah (kematian) tak termasuk la yang putus cinta berbagai.. Yang putus cinta tu, sendiri cari penyakit..


Kesimpulan:

1) Islam sangat memuliakan anak yatim dengan menjaga seluruh hak-hak mereka

2) Antara kemuliaan Islam, menunjukkan fitrah yang baik dari Allah ialah memelihara golongan yang lemah (antaranya anak yatim)

3) Kita sangat dituntut melakukan kebaikan kepada anak yatim

Sekian..sedikit ilmu berkaitan ayat, dan tadabbur kita bersama.. Smoga menjadi peringatan (tazakkur) untuk kita amalkan pula..

Wallahu a'lam.. Jazakumullah khairan kathira..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan