[Panel : Ustaz Noh Fariq Omar]
Bismillah..
Alhamdulilllah.. selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad saw..
Syukur kita atas nikmat Islam dan Iman kita.. Sehingga hari ini, Allah pelihara diri kita dari perkara kekufuran..
Seterusnya..syukur di atas kesihatan, serta masa yg ada. Sehingga kita berpeluang untuk meneruskan sesi pengajian Surah Adh Dhuha
Mafhum hadis Nabi saw, " 2 nikmat yg biasa manusia terlupa: kesihatan / masa lapang"
Insya Allah..kita akan masuk perbincangan ayat ke-3..! tapi ada eloknya..kita lihat (ulang kaji nota lepas),
“Apakah isyarat yg Allah hendak nyatakan pd sumpahannya??”
Tiada dalil yg khusus.. Akan tetapi, ulama tafsir simpulkan:
1) Allah mulakan sesuatu kenyataan dengan dahulukan sumpahan adalah untuk menarik perhatian manusia
2) Isyarat dari Allah, untuk menunjukkan perkara yg Allah nyatakan selepas sumpahan adalah perkara yang besar atau penting.
Jadi..apakah yg Allah hendak tarik perhatian kita dengan sesuatu yg besar ini?
Maka sambung ayat ke-3 dari Surah Adh Dhuha ini:
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلٰى
Ayat Ketiga: (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
Ruj: Terjemahan Al Quran, Tafsir Pimpinan Ar Rahman
Rupa-rupanya, Allah hendak TEGASKAN bahawa Dia tidak meninggalkan Rasulullah.. Sepertimana TUDUHAN wanita musyrik terhadap Baginda saw. Maka ayat ini memujuk Nabi saw "JANGAN BERSEDIH"
Kita ada bincang semasa sesi kuliah 1: Dalam hadis yang sahih tak disebut nama perempuan itu, tapi ada juga tafsir terkemudian menyatakan ia adalah Ummu Jamil (isteri Abu Lahb).
Tuduhan:
Wanita itu menyatakan..Jibril tak lagi mahu menyampaikan wahyu (kerana ada riwayat menyatakan wahyu terhenti beberapa hari)
Mungkin persoalan biasa..
Soalan : Apakah Rasul saw pun boleh bersedih?
Jawapan : Rasulullah saw manusia macam kita.. Saat, bapa saudara Rasul (Abu Talib) dan isteri (Khadijah ra) meninggal dunia, ia dipanggil A’mul Huzni (Tahun Kesedihan)
Ini hujah berdasarkan sirah..
Tapi mungkin ada yang akan bertanya juga..
Soalan : Betul ke Rasulullah sedih..?? Macam tak percaya.. (Sebenarnya..saya yang pernah terima respon begini)
Jawapan : Sebenarnya..normal la kalau ada timbul perasaan sedih kepada “Pejuang Agama Allah”
‼️ Sila rujuk ( Surah : Ayat ) ~ 2 : 154 dan 155
وَلَا تَقُوْلُوْا لِمَنْ يُّقْتَلُ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ اَمْوَاتٌ ؕ بَلْ اَحْيَآءٌ وَّلٰـكِنْ لَّا تَشْعُرُوْنَ
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya
Ayat ini tentang “Pejuang”.. Dan lihat ayat seterusnya:
وَلَـنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَـوْفِ وَالْجُـوْعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْاَمْوَالِ وَالْاَنْفُسِ وَالثَّمَرٰتِ ؕ وَبَشِّرِ الصّٰبِرِيْنَ
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar
Point kita di sini: Ciri-ciri ujian kepada manusia
1. Perasaan takut
2. Lapar (walaupun ada makanan depan mata, tapi mungkin tak boleh makan sebab sakit mulut , darah tinggi , kencing manis dll)
3. Kekurangan dari harta / jiwa: kecurian, meninggal dan lain2..
Maka Rasulullah saw juga melalui 3 ujian ini..
‼️ Sila rujuk ( Surah : Ayat ) ~ 41 : 30
Allah SWT berfirman:
اِنَّ الَّذِيْنَ قَالُوْا رَبُّنَا اللّٰهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوْا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلٰٓئِكَةُ اَلَّا تَخَافُوْا وَلَا تَحْزَنُوْا وَاَبْشِرُوْا بِالْجَـنَّةِ الَّتِيْ كُنْتُمْ تُوْعَدُوْنَ
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata:
"Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka TETAP TEGUH di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
Dalam maksud lain, lihat dalam Al Quran..ayat tersebut mengajar kita untuk “ISTIQAMAH”
**kena lihat teks Quran, ada kalimah "istaqamu" yang bermaksud istiqamah
Dan…apa yg berlaku bila kita Istiqamah (masih rujuk Surah Fussilat : 30)
Pertama ~
Tatanazzalu a’laihimul Malaikat:
“Malaikat akan berulang-alik kepada hamba Allah yg istiqamah”
Kedua ~ Dan mengatakan
Alla takhafu wala tahzanu:
“Jangan la kamu bimbang (takut) dan jangan sedih”
ini point kita supaya tak nak sedih..
Ketiga ~
Wa absyiru bil jannah:
“Memberikan khabar gembira (Syurga) kepada orang yang Istiqamah
Tidak kurang juga bagi Salaf, mengatakan saat ini berlaku apabila seseorang hamba Allah yang istiqamah sedang melalui sakaratul maut. Datang malaikat kepadanya memberikan berita Syurga supaya dia mati dalam keadaan yang baik (husnul khotimah)
Malaikat yang memujuk orang yang istiqamah, agar jangan takut dan sedih.. Bayangkan ek.. Kalau seseorang tengah bersedih / takut.. Tiba2 org terdekat (mak, ayah, isteri, kawan) pujuk..maka kita akan sedikit tenang.
Bagi yg istiqamah, jauh lebih best..Malaikat yang pujuk! Dalam diri kita, selama mana telah belajar istiqamah dalam iman, takde rasa takut atau sedih lagi menghadapi ujian walaupun maut..
Firman Allah dalam surah yang lain:
Sila rujuk ( Surah : Ayat ) ~ 3 : 139
Allah SWT berfirman:
وَلَا تَهِنُوْا وَ لَا تَحْزَنُوْا وَاَنْتُمُ الْاَعْلَوْنَ اِنْ كُنْتُمْ مُّؤْمِنِيْنَ
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
Firman Allah dalam surah yg lain:
Sila rujuk ( Surah : Ayat ) ~ 9 : 40
Allah SWT berfirman:
لَا تَحْزَنْ اِنَّ اللّٰهَ مَعَنَا ۚ
“La tahzan..innallaha ma’ana…”
Jangan la sedih bersama kita…(jika kita beriman kpd Allah)
Betul..demi masa, manusia rugi..kecuali (dengan turutan)
- Beriman
- Amal soleh
- Pesan kebenaran
- Lepas pesan..SABAR
Sabar paling tinggi ialah untuk istiqamah jadi hamba Allah
Kesimpulan :
1. Takut dan sedih adalah perkara normal / fitrah manusia. Yang penting ialah bagaimana kita mengatasinya MESTI la kembali kepada ajaran Allah
2. Ubat paling besar untuk mengendalikan perasaan takut / sedih ialah ISTIQAMAH (bila jatuh..bangun semula!)
3. Allah bersama sama orang yg beriman. Maka jaga la iman kita, insya Allah selama itu Allah tidak pernah meninggalkan hambanya yang beriman : Ma wadda a’ka robbuka wama qala
Semoga petang ini..saya, dan kita semua semakin dekat dengan ayat ketiga dari Surah Dhuha ini.
Mungkin sebelum ni biasa baca, tapi lepas tadabbur bersama petang ni..jauh lebih terkesan hati kita bila merasakan Allah "tak pernah tinggalkan hamba Nya yang beriman"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan