Panel : Ustaz Noh Fariq Omar
Bismillah.. Alhamdulilllah.. selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad saw.. Syukur kita atas nikmat Islam dan Iman kita.. Sehingga hari ini, Allah pelihara diri kita dari perkara kekufuran.
Seterusnya..syukur di atas kesihatan, serta masa yg ada. Sehingga kita berpeluang untuk meneruskan sesi pengajian Surah Adh Dhuha.
Surah Dhuha...hingga An Nas, total ada 22 surah.. Kita panggil ayat lazim. Maksudnya, lazim baca.. Sebab tu kita bahagikan dua panel untuk mula dari depan dan belakang AQ.
Peringatan utk diri saya dan semua.. Selepas belajar dan imani, usahakan untuk amal.. Manhaj, ilmu, pengajian, bidang..bukan utk kita megahkan.. Tapi kena ada action:
At-Takatsur: 1-2
Kamu telah dilalaikan utk bermegah / berlumba, Sehingga kamu masuk kubur
Belajar, faham, amal, sebar dan sabar.. kita sabar, baru la Allah kurniakan kita sifat baik..
‼️ Rujuk ( surah : ayat ) ~ 41 : 35
وَمَا يُلَقّٰٮهَاۤ اِلَّا الَّذِيْنَ صَبَرُوْا ۚ وَمَا يُلَقّٰٮهَاۤ اِلَّا ذُوْ حَظٍّ عَظِيْمٍ
"Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat."
Ayat Kedua: Demi Malam Yang Sunyi Sepi
Dalam Al Quran, Allah suruh kita perhatikan “malam” supaya jadi orang yang berfikir..
‼️ Rujuk ( surah : ayat ) ~ 3 : 190
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal”
Ini dalil dan saranan..untuk kita berfikir tentang malam, sesuai dengan perkara kedua sumpahan Allah dalam surah ini.
Beberapa kejadian / sifat malam dalam Al Quran:
1. Kejadian Israk dan Mikraj
‼️ Rujuk ( surah : ayat ) ~ 17 : 1
سُبْحٰنَ الَّذِيْۤ اَسْرٰى بِعَبْدِهٖ لَيْلًا
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari…..”
2. Kejadian Kiamat
‼️ Rujuk ( surah : ayat ) ~ 92 : 1
وَالَّيْلِ اِذَا يَغْشٰى
“Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya”
3. Surah Adh-Dhuha (ayat 2)
PADA SURAH INI: Malam yg sunyi sepi
سَجىٰ – tenang, tidak bergerak, berhenti. Pada waktu malam yang bening, waktu itu daun pokok pun tidak bergerak.
Kenapa “sunyi sepi”..?
Pertama:
(masa kejadian surah ni turun) waktu di mana Nabi tidak mendapat wahyu
Sambung dari sini..:
Kedua:
“sunyi sepi” menunjukkan sifat malam yg sepatutnya berlaku kepada manusia; IAITU waktu untuk berehat
‼️ Rujuk ( surah : ayat ) ~ 10 : 67 atau Rujuk ( surah : ayat ) ~ 40 : 61
Allah SWT berfirman:
هُوَ الَّذِيْ جَعَلَ لَـكُمُ الَّيْلَ لِتَسْكُنُوْا فِيْهِ وَالنَّهَارَ مُبْصِرًا
“Dia lah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha)
Sebelum apa2..kena terima dahulu fitrah, "malam adalah untuk berehat".
Tazakkur kita:
Allah telah susun alam ini dan isinya menurut fitrah yang benar.. Antaranya, sifat malam sunyi sepi / tempat berehat.
Tapi…perhatikan sekeliling kita:
😭 Uptown / downtown tumbuh mcm cendawan. berkumpul org, kebanyakannya Muslim di malam hari untuk bekerja / jalan2..
😭 Baru-baru ni terpengaruh budaya “kena tggu tengah malam” utk menyambut tahun baru. dengan dentuman bunga api dan lain2
😭 Tak kurang juga bergendang sana-sini yg bermula lepas isya hingga ke waktu yg lebih lanjut
😭 Budaya remaja / pelajar yg rasa buat assignment tu “seronok” tengah malam
Kita sama-sama tidak la mengkritik semua sifat malam pada hari ni. Umar ra juga pernah keluar malam senyap2 utk melihat keadaan orang islam pada zaman beliau.
‼️ Begitu juga soal Nurse, Doctor, kerja teknikal yg kena kerja malam..
Kerja la..tapi bagi orang lain yang tiada kaitan, kembali la kepada fitrah
Cuma fitrah malam “sunyi sepi” perlu kita kembalikan menurut kehendak Allah.
Orang yang tak nak ikut firman Allah akan ada 3 ciri ciri:
Mula2 soalkan... : eh, betul ke Quran kata gini gini..
Berhujah : zaman skrg lain...
Tak boleh hujah, depa lawan dengan mengejek...
Apa apa pun.. fitrah manusia dalam Aq, seiring hikmahnya SEPANJANG zaman.. Kalau Aq kata wanita sifatnya "menyorokkan" diri / mahal harga.. maka begitu la yang terbaik sepanjang zaman..
ibnu Omar ( Noh Fariq Omar ):
Kerana hal fitrah ini la: Kalau kita fikir…rasa-rasa, antara geng tido awal (lepas isya, lepas baca al mulk) VS geng larut malam…geng yang mana lebih mudah untuk menjaga “solat malam”??
Ya..sungguh "dunia" hari ni suka kita lari dr susunan Al Quran. Itu baru satu isu, bagi yg berfikir...begitu la pincangnya hidup org Islam. serba-serbi kita dijauhkan dgn corak pikir AQ..
Kesimpulan :
1. Alhamdulillah..kita selesai ayat kedua dalam surah ini
2. Fitrah waktu malam adalah untuk berehat, seterusnya menjadikan Muslim yang produktif kepada Allah dan makhluknya..
3. Allah yang jadikan dunia, maka Dia yang paling tahu aturannya.. Manualnya ada dalam AQ..
Jadi pasni..usahakan kembali ikut Aq Sunnah secara total, walaupun dalam hal begini..
👆..nasihat utk diri saya
Al Quran: Wahai orang beriman, masuk lah ke Islam secara Kaaffah (total)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan