[Panel : Ustaz Azlizan]
سم الله الرحمن الرحيم
إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنًسْتَعِيْنُهُ وَنًسْتَغْفِرُهْ وَنًعُوذً ِبِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللهَ، وَخَيْرَ الهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ ِبِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.
سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَا إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
وبعد
Assalamualaikum semua, semoga berada dalam keadaan sihat wal afiat. Semoga Allah merahmati kita semua, ameen. Hari ini kita sambung lagi muzakarah tafsir kita dalam Surah Fatihah ini, in sha Allah.
Kelas Tafsir 11: Bukan mereka yang dimurkai.
غَيرِ المَغضوبِ عَلَيهِم
Dalam ayat ini, Allah hanya sebut mereka itu ‘dimurkai’ sahaja tanpa menjelaskan ‘siapa’kah yang dimurkai itu. Setiap hari kita membaca ayat ini, tidakkah kita mahu tahu siapakah yang dimurkai itu?
Kerana seperti yang kita telah belajar sebelum ini, kita sebenarnya berdoa kepada Allah dalam ayat ini supaya kita tidak termasuk ke dalam golongan mereka yang dimurkai itu. Jadi, kalau kita jujur, hendak doa kita itu makbul, kita kena tahu siapakah yang dimaksudkan. Kerana kalau kita tidak tahu, entah-entah kita dalam golongan mereka pula… bagaimana?
Yang dimurkai adalah golongan 'Yahudi' dan 'Musyrikin'. Dua golongan ini amat susah untuk diperbetulkan. Kerana mereka degil sungguh. Mereka itu jenis kafir tapi kafir mereka adalah jenis ‘Kafir Degil’. Mereka menolak kebenaran walaupun mereka tahu apakah kebenaran itu. Mereka tolak kerana mereka degil sahaja. Kerana kalau orang yang tidak tahu, masih boleh diajar lagi, tapi kalau mereka itu sudah tahu kebenaran, tapi masih menolak juga, bagaimana lagi kita boleh buat?
Dalil tentang yang dimurkai ini adalah golongan Yahudi dan Musyrikin adalah sepertimana yang Allah sebut dalam Maidah:82
لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُم مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ
Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.
Dan bukan itu sahaja, memang ada hadis yang jelas daripada Nabi yang golongan yang dimurkai adalah golongan Yahudi.
Hamad bin Salamah meriwayatkan dari Adi bin Hatim, dia berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah SAW ehwal ‘bukan jalannya orang-orang yang dimurkai’. Baginda bersabda, “Yaitu kaum Yahudi.’
Dan bertanya ehwal ‘bukan pula jalannya orang-orang yang sesat’. “Baginda bersabda, ‘Kaum Nasrani adalah orang-orang yang sesat.’
Dan bukan itu sahaja hadis yang ada, malah banyak lagi hadis-hadis lain yang menyokong pendapat yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan yang dimurkai adalah golongan Yahudi.
Tapi, dari bahasa Quran yang digunakan, mereka bukanlah sahaja golongan yang dimurkai. Malah, mereka itu sebagai ‘contoh utama’. Sesiapa sahaja boleh termasuk ke dalam golongan yang dimurkai itu, kalau mereka juga mempunyai sifat-sifat seperti mereka. Kerana itulah golongan musyrik juga termasuk dalam golongan ini dan sesiapa sahaja, malah kalau orang yang mengaku Islam pun ada sifat-sifat mereka, akan termasuk juga.
Mungkin ada yang marah kalau dikaitkan dengan Yahudi dan lebih melenting lagi kalau dituduh dia ada perangai Yahudi. Hanya mereka yang jahil dan tidak mahu memperbaiki diri sahaja yang berkata begitu. Semoga kita tidak dalam golongan begitu. Kalau kita belajar makna-makna dalam Qur’an dan dapati ada perangai kita yang macam yahudi, kita nak ubah diri kita atau nak marah kepada Qur’an yang cakap begitu?
Bagaimana nak kenal sifat itu? Seperti yang telah disebut di awal-awal pembelajaran kita lagi, surah Fatihah ini adalah ringkasan kepada keseluruhan Quran. Maka, penerangan lanjut tentang dua golongan ini ada dalam surah-surah yang lain.
Surah Baqarah banyak menceritakan kesesatan golongan Yahudi. Banyak kita akan belajar sifat Yahudi dan nanti periksalah samada kita ada sifat mereka atau tidak.
Kemudian surah An’am dan A’raf pula adalah tentang musyrikin. Iaitu golongan yang mendakwa ikut Nabi, tapi sebenarnya dalam masa yang sama, mereka itu musyrik – melakukan amalan dan ada fahaman syirik terhadap Allah.
Kita akan belajar surah-surah itu nanti untuk mengetahui dengan lebih jelas lagi. Penting untuk kita tahu sifat-sifat mereka, supaya kita boleh tahu mana sifat yang salah. Supaya kita tahu kenapa mereka mendapat kedudukan yang hina, sampai mereka dimurkai. Mereka digelar golongan ‘yang dimurkai’ dari sejak ayat ini diturunkan, sampailah ke Hari Kiamat nanti, mereka akan mendapat gelaran buruk ini.
Kita belajar untuk kita tahu manakah sifat mereka yang salah, supaya kita tak buat apa yang mereka lakukan. Bukanlah kita belajar siapa mereka untuk kita kutuk mereka. Kerana yang dimurkai adalah sifat mereka, bukan bangsa mereka. Kerana ada dari kalangan orang Yahudi itu yang baik-baik, lalu bagaimana kita boleh nak kutuk keseluruhan kaum mereka? Antara yang terkenal adalah Abdullah bin Salam, seorang pendita Yahudi yang masuk Islam di zaman Nabi lagi. Begitu juga, sampai sekarang, ada juga orang dari Yahudi yang masuk Islam dan mereka menjadi orang yang baik, sampai jadi ulama pun ada.
Yang dimurkai itu bukan kerana mereka jahil atau cuai dalam belajar. Bahkan ada yang sudah belajar tapi dia degil. Telah sampai maklumat yang benar dan dia pun dah faham tapi dia degil untuk terima. Begitulah golongan Yahudi seperti yang telah disebut dalam hadis. Mereka tahu kebenaran tapi mereka tolak kebenaran itu. Mereka tahu apakah yang benar kerana kebenaran telah ada disebut dalam kitab Taurat mereka. Mereka banyak pendita yang pandai dalam agama, yang mengkaji Kitab Taurat. Sampai sekarang mereka belajar Qur’an tapi tujuan mereka adalah kerana nak lawan Islam lah.
Dan begitulah juga musyrikin Mekah. Mereka boleh faham Qur’an kerana ianya dalam bahasa mereka tapi mereka tolak juga. Sepatutnya mereka dululah yang faham Qur’an dan terima Qur’an kerana Qur’an itu diturunkan dalam bahasa mereka dan mereka sendiri boleh lihat kehebatan Qur’an itu, tapi kerana degil, mereka tetap tolak juga. Antaranya kerana Nabi Muhammad dari Bani Hashim dan mereka dari puak yang lain (lihat kenapa Abu Jahal tidak mahu terima Nabi Muhammad).
Tidak dinafikan juga, kebanyakan dari golongan mereka itu memang mempunyai sifat yang buruk yang keinginan mereka adalah hendak menjatuhkan Islam. Dan dalam ayat-ayat Quran kita akan belajar nanti untuk berhati-hati dengan mereka supaya kita tidak terperangkap oleh propaganda mereka.
Satu lagi golongan yang termasuk contoh yang dimurkai adalah musyrik. Masyarakat Islam kita yang ada fahaman syirik pun macam itu juga. Orang Islam yang buat syirik juga dipanggil ‘musyrikin’. Yang jelas nampak syirik adalah mereka yang sembah patung dan berhala itu. Tapi walaupun orang Islam tidak sembah patung dan berhala dengan jelas, mereka juga ada mengamalkan amalan syirik. Maka, mereka juga musyrikin sebenarnya, tapi ‘Musyrikin Malaysia’. Antara mereka adalah yang pergi jumpa bomoh, mengamalkan amalan salah dan sebagainya. Tetapi dalam masa yang sama, mereka ada fahaman yang syirik dan juga amalan-amalan syirik.
Kita akan belajar apakah yang dimaksudkan dengan syirik nanti. Kerana ramai yang tidak tahu. Mereka sangka mereka tidak mengamalkan syirik, tapi sebenarnya ada.
Oleh kerana mereka hendak mengamalkan amalan syirik mereka, mereka akan menentang jalan Sunnah. Memang mereka susah sangat nak terima sunnah. Ini adalah kerana sudah ada fahaman syirik dalam diri mereka. Syirik ini memang susah keluar dari manusia apabila dah masuk. Kita yang sudah terima sunnah ini pun kenalah berhati-hati. Nabi telah ajar kita doa-doa supaya kita diselamatkan dari fahaman syirik dan dari melakukan syirik. Maknanya, walaupun kita dah belajar, kita kena doa diselamatkan kerana kita bukan kebal.
Secara ringkasnya, golongan yang dimurkai dalam Surah Fatihah ini adalah golongan yang tahu kebenaran, tapi mereka tidak terima kebenaran itu. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan itu. Kerana kalau kita pun begitu juga, kita termasuk dalam kalangan orang yang dimurkai.
Maka semasa kita baca ayat ini dalam solat kita, kita sebenarnya sedang berdoa kepada Allah: ya Allah, janganlah jadikan aku termasuk golongan yang tahu kebenaran, tapi tak sanggup nak ikut.
Nanti kita akan belajar apakah yang dimaksudkan dengan golongan yang ‘sesat’ pula dan tamatkan tafsir surah Fatihah ini, in sha Allah.
Sekian utk kelas hari ini. Kita sambung di lain kali. Assalamualaikum warah matullahi wa barakaatuh.
Memaparkan catatan dengan label al-fatihah. Papar semua catatan

Kelas Tafsir 10: Jalan Orang-orang Yang Engkau Telah Beri Nikmat Ke Atas Mereka
[Panel : Ustaz Azlizan Nueq]
سم الله الرحمن الرحيم
إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنًسْتَعِيْنُهُ وَنًسْتَغْفِرُهْ وَنًعُوذً ِبِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللهَ، وَخَيْرَ الهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ ِبِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.
سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَا إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
وبعد
Assalamualaikum. Kita sambung kelas kita dalam surah Fatihah. In sha Allah.
Kelas Tafsir 10: Jalan orang-orang yang Engkau telah beri nikmat ke atas mereka
Sekarang kita masuk kepada Ayat Yang Ke 7 Surah Fatihah. Ayat ini pendek sahaja sebenarnya, tapi mengandungi tiga bahagian:
1. Jalan orang-orang yang dapat nikmat
2. Jalan orang-orang yang dimurkai
3. Jalan orang-orang yang sesat
Setiap bahagian itu adalah penting, jadi kita akan membicarakan ianya secara khusus satu persatu. Kita mulakan dengan bahagian yang pertama dahulu pada hari ini: –
Jalan orang-orang yang Allah telah kurniakan nikmat kepada mereka.
Ayat ini menjelaskan lagi apakah ‘jalan lurus’ seperti yang telah disebut dalam ayat sebelum ini, supaya jelas dan tidak ada yang salahguna dan supaya tidak ada yang boleh senang-senang mendakwa jalan merekalah yang lurus. Memang ramai dalam dunia Islam yang kata merekalah jalan yang lurus. Sampai keliru jadinya kita. Jadi bagaimana kita nak tahu siapakah yang berada atas jalan yang lurus itu? Allah mengajar dalam ayat ini untuk membandingkan jalan itu dengan cara orang-orang dulu yang telah selamat. Kerana mereka yang telah lalui jalan itu dan mereka telah mendapat pujian dari Allah dalam ayat ini.
Kalau kita lihat, ayat ini tidak memberitahu yang jalan yang lurus itu adalah Jalan Quran dan Sunnah. Kenapa tidak begitu? Bukankah kalau kita berpegang kepada Quran dan Sunnah, kita akan selamat? Ini adalah kerana, kalau dikata hanya ‘Qur’an dan Sunnah’ sahaja, mungkin ada yang salah faham dan salahguna kenyataan itu. Mungkin ada yang buat jalan sendiri dan mereka mengaku yang mereka ikut Quran dan Sunnah Nabi. Berapa banyak yang sudah mendakwa begitu dengan memetik ayat-ayat Quran dan hadis-hadis tapi mereka sebenarnya jauh dari jalan yang lurus? Mereka itu tidak berada atas jalan yang lurus kerana mereka faham Quran dan Sunnah dengan cara mereka sendiri. Begitulah yang terjadi kepada Syiah, contohnya. Mereka pun kata mereka ikut Qur’an juga, mereka pun kata mereka ikut sunnah juga, bukan?
Tapi jalan mereka itu adalah jalan yang sesat. Padahal kita sepatutnya mengikut jalan yang telah dilalui oleh golongan Salafussoleh – mereka yang berada dalam tiga kurun yang pertama selepas kebangkitan Islam. Mereka yang belajar sendiri dengan Nabi Muhammad, dan mereka rapat dengan mereka. Sahabat belajar dengan Nabi, Tabein belajar dengan para sahabat dan Tabi’ Tabein belajar dengan Tabein. Maka, mereka lebih faham agama dari kita. Ini selari dengan sabda Nabi:
خَيْرُ أُمَّتِي قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ.
Sebaik-baik umatku ialah kurunku (zamanku) kemudian kurun selepas mereka (tabi’in) kemudian kurun selepas mereka (tabi’ut tabi’in).
[Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari (no.3650)]
Setelah Allah sebut golongan yang selamat ini, tidakkah kita teringin untuk kenal mereka dan meniru cara-cara mereka? Begitulah yang sepatutnyanya. Dan tentu Allah ada terangkan siapa mereka ini dalam Qur’an. Berkenaan dengan golongan yang selamat, Allah tafsir dan menjelaskan mereka dalam ayat Nisa:69
وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَٰئِكَ رَفِيقًا
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman.
Kita dapat lihat bagaimana kalimat الَّذِينَ أَنْعَمَ itu merujuk kepada kalimat الَّذينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم dalam surah Fatihah ini.
Pertamanya, kita boleh lihat dari ayat Nisa:69 di mulakan dengan وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ (Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul) - merujuk kepada Qur’an dan Sunnah. Maknanya kena ikut Qur’an dan sunnah. Kemudian Allah beri empat contoh untuk kita ikut.
Contoh ini penting kerana manusia boleh sahaja mereka mengaku mereka di atas jalan yang lurus, berpegang kepada Qur'an dan Sunnah, berada atas landasan tauhid, tapi Allah beri kayu ukur...empat golongan yang disebut itu adalah sebagai contoh ikutan kita :
1. Para Nabi
2. Siddiqeen
3. Syuhada'
4. Soleheen
Kita tidak boleh menjadi Nabi, tapi kita boleh mengikut sifat-sifat mereka dan menjadi pengikut mereka. Mereka menyampaikan dakwah agama mengajak kepada tauhid dan sanggup berkorban untuk menegakkannya.
Siddiqeen adalah golongan pengikut setia Nabi. Mereka membenarkan apa yang dibawa oleh para Nabi. Mereka sanggup berkorban untuk membenarkan ajaran para Nabi. Sebagai contoh Abu Bakar yang percaya kepada Nabi walau saat Nabi tidak dipercayai oleh orang lain.
Syuhada adalah golongan pejuang yang sanggup berkorban menggadai nyawa untuk menegakkan agama Allah.
Golongan paling rendah yang dapat masuk syurga adalah soleheen. Itulah golongan yang mentaati Allah dengan tidak berbelah bagi. Mereka beramal mengikut syariat dan mereka juga berkorban untuk agama.
Keempat-empat golongan ini disebut dalam banyak ayat-ayat Qur'an dan hadis. Kita kena belajar tentang mereka supaya kita tahu bagaimana kita boleh mencontohi mereka. Tapi apa yang penting kita sampaikan sekarang, keempat-empat golongan ini adalah mereka yang sanggup berkorban untuk agama.
Sekian kelas kita pada hari ini.. Baik, kita berhenti setakat ini. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua dan pimpin kita ke syurga. Kita tutup dengna tasbih kifarah. Assalamualaikum.

Kelas Tafsir 9: Pimpinlah Kami Ke Jalan Yang Lurus

Assalamualaikum, kita sambung pengajian kita dalam Surah Fatihah. Ayat اهدِنَا الصِّراطَ المُستَقيمَ
Kelas Tafsir 9: Pimpinlah Kami Ke Jalan Yang Lurus
اهدِنَا الصِّراطَ المُستَقيمَ
Pimpinlah kami ke jalan yang lurus;
Setelah menyampaikan pujian kepada Allah dalam ayat-ayat sebelum ini, dan hanya kepadaNya sahaja permohonan ditujukan, maka layaklah jika hal itu diikuti dengan permintaan. Demikianlah cara berdoa yang elok, iaitu dengan memuji Allah kemudian memohon keperluan untuk diri sendiri dan dan keperluan saudara-saudara kita dari kalangan orang-orang beriman. Sebab itu dalam doa Nabi dan doa-doa yang lain, kita akan lihat bagaimana sebelum minta apa-apa, Nabi akan puji Allah dengan pujian yang indah-indah. Selepas itu baru baginda doa. Maka kita pun kenalah ikut juga begitu.
Ayat ini adalah satu doa dan ianya adalah doa yang besar. Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam juga telah mengajar kita doa yang semakna dengannya:
(( اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى، وَالْعِفَّةَ وَالْغِنَى ))
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, penjagaan diri (dari segala keburukan) dan kekayaan hati (selalu merasa cukup dengan pemberian-Mu)”
Seorang hamba sentiasa memerlukan Allah setiap saat dan situasi agar diberikan keteguhan, kemantapan, penambahan dan kelangsungan hidayah, kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk memberikan manfaat atau mudarat kepada dirinya sendiri kecuali jika Allah menghendaki. Walaupun kita sudah beragama Islam, tapi kita masih lagi memerlukan hidayah dan taufik dari Allah lagi. Orang yang berbahagia adalah orang yang diberi taufik oleh Allah untuk memohon kepadaNya. Kita berharap semoga Allah berkenan terus menunjukkan kita kepada jalan yang lurus dan tidak menyimpangkan kita ke jalan yang selainnya. Ameen.
Perkataan ‘hidayah’ ini ada dua makna dalam Qur’an.
– Tunjuk jalan, dan
– Pimpin.
Tapi, apakah bezanya antara kedua perkataan itu? Nampak macam sama sahaja. Dari segi bahasa, kalau ada harf jar seperti إلى selepasnya, maka maksudnya ‘tunjuk jalan’. Kalau tidak ada harf jar, seperti dalam ayat اهدِنَا الصِّراطَ المُستَقيمَ ini, maka ia bermaksud ‘pimpin’. Apakah bezanya?
Kalau ‘tunjuk’, ia hanya sekadar tunjuk jalan. Sebagai contoh, kita bawa kereta dan kerana tempat tujuan itu kita tidak biasa pergi, kita minta seseorang beritahu kita bagaimana ke tempat itu. Dia pun ajar kita macam mana hendak ke sana. Ikut jalan apa, tanda apa kena lihat dan sebagainya. Kita pun bawa kereta berdasarkan petunjuk yang telah diberikan itu. Dalam hal ini, kita mungkin sampai dan kita mungkin sesat, bukan?
Tapi kalau 'pimpin', maksudnya dia bawa kita sampai ke tempat yang dituju. Dia masuk sekali dalam kereta dan berada bersama kita sampailah kita sampai ke destinasi kita. Inilah yang kita lebih suka, bukan? Maka, dalam surah Fatihah ini, hidayah yang dimaksudkan adalah ‘pimpin’. Kita minta Allah yang pimpin kita sepanjang kehidupan kita.
Soalan: Kenapa kita minta hidayah lagi sedangkan kita sudah beriman?
Jawapan: Sebab kita bukan minta sekadar ditunjukkan jalan sahaja tapi kita nak Allah ‘pimpin’ kita sampai ke syurga. Ulama tafsir kata ‘pimpinan’ dalam ayat ini adalah seumpama pimpinan ayah kepada anak yang baru belajar berjalan. Tentunya ayat itu sentiasa menjaga anaknya itu, kalau nampak nak rebah sahaja, ayahnya dah pegang dah.
Kita sentiasa memerlukan pimpinan dari Allah. Antaranya secara ringkas:
- Hidayah jadi orang islam (dah dapat dah ni)
- Tunjuk manakah amalan yg benar.
- Beri kita ilmu agama.
- Beri taufik supaya kita jadi orang yg sanggup amalkan apa yg kita tahu.
- Jauhi kita dari segala gangguan yg boleh mengganggu iman kita.
- Dan banyak lagi. Sampailah kita mati, sampailah kita ke dalam syurga, kita sentiasa memerlukan hidayah Allah.
Kita akan mendapat hidayah kalau dalam hati kita ada sifat Inabah. Orang yang ada inabah adalah mereka yang mahu kepada kebenaran. Ada keinginan dalam diri mereka untuk kenal Allah dan kenal agama. Mereka mahukan kebenaran walaupun kebenaran itu lain dengan apa yang mereka faham selama ini.
1. Sifat inabah adalah permulaan untuk mendapat hidayah. Sebagai contoh, seseorang itu sudah mula ada keinginan untuk belajar tafsir Quran. Maknanya dia mahu mengenali dan mendekati Allah. Apabila sudah ada kemahuan, Allah akan bantu dengan beri hidayah kepada orang itu. Maknanya, kena ada keinginan dalam hati kita dulu.
2. Peringkat kedua, selepas dah mula belajar, dia akan mula hidup dengan ikut syariat. Dia berhati-hati dengan apa yang dia lakukan. Dia akan belajar dan belajar lagi untuk tahu apakah hukum sesuatu perkara itu. Ini boleh buat atau tidak, cara nak buat ibadat ini macam mana yang ikut Qur’an dan hadis… dan sebagainya.
3. Peringkat ketiga, Allah akan uji dia. Ini terjadi apabila dia mula menyampaikan ajaran agama ini. Kalau dia duduk diam belajar, tidak jadi apa-apa. Tapi kalau mula dakwah, mula tabligh kepada orang lain, dia akan menghadapi tentangan dan ujian. Ujian itu samada dalam bentuk dalaman atau pun luaran. Kalau luaran, dia akan ditentang oleh kawan, keluarga, pemerintah dan sebagainya. Tujuan ujian ini adalah untuk tengok hamba itu ada kesungguhan atau tidak. Ini adalah perkara biasa kerana seperti kita tahu, para Nabi pun kena uji. Begitu juga dengan penyebar agama sepanjang zaman.
4. Peringkat keempat akan diterima apabila seseorang itu tetap teguh dalam agamanya. Pertamanya, dugaan yang dihadapinya akan lebih besar lagi. Maka dia kena pohon keteguhan hati dari Allah. Seterusnya, Allah akan berikan istiqamah ke dalam hatinya iaitu keyakinan yang sempurna. Ini dinamakan ‘Rabtul Qalbi’. Iaitu hati kita akan tetap berada dalam iman dan tidak akan goyah lagi. Inilah tahap yang kita mahu dan kita berharap sangat kita dapat capai.
Kedudukan yang tinggi ini, kita kena minta kepada Allah. Inilah yang kita minta kepada Allah dalam ayat ini. Allah tidak akan hampakan harapan hambaNya yang meminta kepadaNya. Saidina Umar pernah berkata: kalau seseorang itu Allah telah beri taufik kepadanya untuk berdoa, maknanya Allah sudah hendak berikan apa yang dia minta itu. Kerana kalau Allah tidak mahu beri, Allah tak campakkan pun perasaan untuk meminta.
Apakah kaitan perkara ini dengan Surah Fatihah? Sebenarnya dalam ayat اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ini, terdapat permintaan kita kepada Rabtul Qalbi yang telah disebutkan. Kita akan diberikan dengan apa yang kita doakan. Kalau yang kita minta adalah Rabtul Qalbi, maka itulah yang Allah akan berikan. Kalau kita tidak minta, Allah tidak berikan. Tapi bukankah kita melafazkan doa yang sama? Kita kena faham yang orang mungkin menggunakan lafaz yang sama, tapi permintaan mereka tidak sama. Sebagai analogi, seorang budak yang ‘meminta duit’, tentulah tidak sama jumlah wang yang dimintanya dengan seorang dewasa yang juga meminta duit. Seorang budak kecil, mungkin inginkan beberapa sen sahaja tapi seorang dewasa mungkin mengharapkan beberapa ratus ringgit. Tapi mereka sebut sama sahaja: “nak duit?”
Apakah maksud الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ? Ianya adalah satu jalan rohani, bukannya jalan yang kita lihat setiap hari di depan mata kita. Jalan lurus inilah yang wajib kita minta kepada Allah. Ianya bermaksud jalan yang mengikut amalan yang soleh dan akidah yang betul. Inilah definisi jalan yang lurus seperti yang disebut dalam Qur’an. Kita akan membincangkan perkara ini apabila kita sampai ayat seterusnya nanti. Kerana Allah akan jelaskan lagi apakah jalan yang lurus itu. Sebab Allah tidak mahu kita tersalah pilih jalan yang lurus. Kerana ramai orang boleh claim mereka berada di jalan yang lurus. Syiah pun kata mereka berada di atas jalan yang lurus, bukan? Tapi benarkah mereka berada di atas jalan yang lurus?
Allah beritahu sendiri dalam Qur’an (tafsir Qur’an) memberitahu kita apakah jalan yang lurus itu. Dalam Yaasin:61
وَأَنِ اعبُدوني ۚ هٰذا صِراطٌ مُستَقيمٌ
dan hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus.
Jadi, dari ayat ini, jalan yang lurus adalah menghambakan diri kepada Allah, menyembah Allah sahaja. Bagaimana caranya? Dengan belajar tafsir Qur’an dan hadis untuk tahu bagaimana cara jadi hamba kepada Allah, bagaimana cara sembah Allah.
Dalam Maryam:36 pula disebut
وَإِنَّ اللَّهَ رَبّي وَرَبُّكُم فَاعبُدوهُ ۚ هٰذا صِراطٌ مُستَقيمٌ
Sesungguhnya Allah adalah Tuhanku dan Tuhanmu, maka sembahIah Dia oleh kamu sekalian. Ini adalah jalan yang lurus.
Jadi makna ‘Jalan yang Lurus’ adalah: Kita kena beribadat, puja dan berdoa HANYA kepada Allah sahaja. Tapi adakah kita buat ibadat kepada orang lain? Memang ada, tanpa kita perasan kerana kita tidak belajar. Sebagai contoh, puja Allah adalah satu ibadat. Hanya boleh dilakukan kepada Allah sahaja. Tapi ada kalangan orang kita yang puja Nabi Muhammad, puja wali dan puja manusia. Tanpa mereka sedari, mereka telah melakukan ibadah kepada selain Allah.
Ini adalah antara banyak kesalahan manusia termasuk orang Islam negara kita ini. In sha Allah kita akan sentuh apabila sampai pada ayat-ayatnya nanti.
Sekian, kelas kita. Kita tutup kelas kita dengan tasbih kifarah. Terima kasih kepada semua yang memberi perhatian. Wassalam.
Kuliah Tafsir 8: Iyyaka Nas’tain
[Panel : Ustaz Azlizan]
سم الله الرحمن الرحيم
إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنًسْتَعِيْنُهُ وَنًسْتَغْفِرُهْ وَنًعُوذً ِبِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللهَ، وَخَيْرَ الهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ ِبِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.
سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَا إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
وبعد
Assalamualaikum... hari ini kita sambung bahagian kedua ayat إِيّاكَ نَعبُدُ وَإِيّاكَ نَستَعينُ
Kuliah Tafsir 8: Iyyaka Nas’tain
Dalam ayat ini, bahagian pertama kita telah membaca ‘hanya kepada Engkau kami sembah’ – ini menetapkan kepada kita apakah tujuan hidup kita, mission statement kita.
Kemudian kita terus membaca bahagian kedua ayat ini: ‘dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan’. Apakah kaitan antara dua bahagian ini?
Kita telah sebutkan yang tujuan hidup kita adalah ubudiyah terhadap Allah. Cara untuk mencapainya adalah dengan pertolongan Allah. Kita tidak akan dapat mencapainya tanpa pertolongan Allah. Kerana kita amat lemah. Oleh itu, selepas kita baca bahagian pertama dan terus kita mengaku dalam bahagian kedua (iyyaka nas’tain) yang kita tak boleh mencapainya tanpa pertolongan Allah. Oleh itu, kita memohon pertolongan Allah untuk membantu kita dalam melakukan ibadat dan menjadi hamba kepadaNya. Kita mengaku kelemahan kita.
Ini adalah satu kefahaman yang amat penting. Iaitu kita tidak ada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah. Walaupun dalam melakukan ibadah. Dengan ada kefahaman ini pun sudah dikira satu ibadat. Kerana walaupun kita ada keinginan, tapi kalau Allah tidak tolong kita, kita tidak boleh buat. Jangan kita rasa yang kita kuat ibadat kerana kehebatan kita, tapi ketahuilah yang itu adalah taufik dari Allah untuk kita.
Kita memang memerlukan pertolongan Allah dalam segala hal, bukan dalam ibadat sahaja. Kerana kita pun sedar bahawa ada banyak elemen yang mengganggu kita dari mencapai tujuan hidup kita untuk beribadat kepada Allah. Iaitu dari nafsu kita sendiri dan dari syaitan. ‘Kehendak nafsu’ adalah gangguan dalaman dan ‘bisikan syaitan’ adalah gangguan luaran.
Maka semasa baca ayat itu, kita berniat memerlukan pertolongan Allah. Dan Allah sudah berfirman dalam ayat yang lain, yang Dia akan perkenankan doa kita:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
“Dan Rabbmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina“. (QS. Ghafir: 60)
Oleh itu, semasa kita membaca ayat إِيّاكَ نَستَعينُ ini, hendaklah kita merendahkan diri dengan Allah. Kita mengaku yang kita tidak ada daya dan usaha tanpa bantuanNya. Walaupun dalam buat perkara yang baik dan amal ibadat pun. Kita hendaklah selalu mengaku kekurangan diri kita ini.
Jadi, ayat ini adalah satu doa sebenarnya. Bukan kita baca kosong begitu sahaja. Kita hendaklah ingat yang doa juga adalah satu ibadah. Ramai yang tidak faham bahawa doa adalah ibadah. Lagi banyak ibadah kita buat, lagi Allah akan bantu kita. Semakin kita rapat dengan Allah, Allah akan datang lagi dekat kepada kita. Rasulullah bersabda:
الدعاء هو العبادة
“Do’a adalah sesuatu yang sangat mendasar dalam ibadah”
HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi dan selainnya, dishahihkan Al-Albani
Kita telah sebut bahawa potongan ayat ini adalah satu doa. Tapi tidak disebutkan apa yang kita hendak dalam ayat ini. Ini adalah kerana apa yang kita minta kepada Allah adalah secara umum dan banyak sangat kalau nak disebutkan satu persatu. Sampai tak sempat kita nak sebutkan satu persatu. Kita mengharapkan pertolongan Allah dalam semua perkara. Dalam semua perkara yang melibatkan dunia dan akhirat. Dari sekecil-kecilnya sehingga yang sebesar-besarnya. Seperti kita telah sentuh tentang ‘ibadah’ dalam bahagian yang sebelum ini – iaitu Ibadah adalah satu perkara yang menyeluruh. Maka doa kita pun menyeluruh.
Selepas kita berdoa, Allah bantu kita dengan berbagai cara. Allah boleh tolong kita dalam dunia dan juga akhirat. Kita tak tahu bagaimana cara Allah akan beri pertolongan itu. Kadang-kadang kita pun tidak sedar bagaimana cara Allah makbulkan doa kita. Tapi hendaklah kita yakin bahawa Allah telah membantu kita dengan cara yang kadang-kadang kita sendiri tak faham. Yang sedar pertolongan Allah dalam segenap kehidupan kita adalah mereka yang beriman. Oleh itu, merekalah yang lebih banyak bersyukur kepada Allah. Apabila kita rasa kita telah mendapat nikmat, barulah kita akan senang hendak bersyukur. Tapi malangnya ramai yang lalai. Mereka tak perasan ‘tangan’ Allah yang telah membantu mereka dalam segala hal. Sampai mereka tidak yakin yang Allah bantu mereka. Penuh yakinlah bahwa Allah akan kabulkan setiap do’a. Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ
“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahwa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai.”
(HR. Tirmidzi no. 3479. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini hasan)
Malangnya, ada orang yang tidak yakin dengan doa mereka. Bila disuruh mereka doa banyak-banyak, mereka ada yang kata: “dah doa dah, tapi tak makbul….”. Ini adalah fahaman yang salah. Hadis ini memberitahu kita yang kita kena yakin yang Allah dengar doa kita; dan semasa berdoa itu, kena bersungguh-sungguh mengharap kepada Allah. Kalau tidak yakin Allah mendengar doa, itulah sebab ada yang doa acuh tak acuh sahaja. Kemudian dikatakan Allah tak makbulkan pula.
Tentunya kita mengharapkan pertolongan Allah dalam semua perkara. Lebih-lebih lagi dalam keadaan susah. Lebih-lebih lagi kalau waktu itu, kita tahu tidak ada sesiapa lagi yang dapat membantu kita melainkan Allah sahaja.
Untuk mendapatkan pertolongan Allah, hendaklah kita ingat Allah dalam waktu susah dah senang. Kalau kita ingat Allah dalam waktu senang, Allah akan tolong kita masa kita sedang susah. Jangan masa susah sahaja baru nak ingat Allah, baru nak minta tolong kepada Allah, baru nak doa panjang-panjang. Tapi entah berapa ramai yang hanya ingat Allah apabila susah sahaja. Itu adalah amalam orang jahiliah dulu. Bila ada masalah besar, baru mereka minta kepada Allah. Kalau waktu senang, mereka akan minta kepada berhala-berhala mereka.
Bayangkan kalau ada seseorang yang selalu kita minta tolong kepadanya. Dan dia memang selalu menolong kita pun. Tapi, kalau kita hanya berjumpa dengannya apabila kita ada masalah, tentulah dia akan berasa hati – ada masalah baru cari dia. Lama kelamaan, kalau kita susah pun dia dah tak mahu tolong lagi.
Cara Allah memakbulkan doa kita dengan berbagai cara: kadang-kadang Allah akan beri apa yang kita minta, dan kadang-kadang Allah akan beri dengan cara lain; sebagai contoh, Allah mungkin akan jauhkan perkara yang boleh merosakkan kita. Contohnya, mungkin jauhkan kita dari kedudukan tinggi, kekayaan dan sebagainya. Kerana Allah tahu, kalau kita jadi kaya, dapat kedudukan yang tinggi, maka kita tak dapat mengawal diri kita dan kita akan terjerumus ke lembah kehinaan.
Ayat ini mengajar kita untuk hanya memohon pertolongan kepada Allah sahaja. Mintalah hanya kepada Allah dalam semua perkara.
Seperti nasihat Nabi kepada Ibn Abbas:
“Wahai budak! Sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kalimah: Peliharalah Allah, nescaya Dia akan memeliharamu. Peliharalah Allah, kamu akan mendapatiNya bersamamu. Apabila kamu meminta sesuatu, maka mintalah daripada Allah. Apabila kamu meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya jika seluruh manusia berhimpun untuk memberi sesuatu manfaat kepadamu, mereka sekali-kali tidak akan dapat memberikan manfaat itu kepadamu kecuali sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu. Dan sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan sesuatu bencana ke atasmu, mereka tidak akan dapat mendatangkannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah ke atasmu. Telah diangkat pena dan telah keringlah lembaran”
(Diriwayatkan dari Ibnu Abbas oleh Imam At Tirmidzi, katanya: Hadith hasan sahih)
Memang hukumnya harus untuk meminta tolong kepada sesama makhluk. Yang harus adalah minta kepada mereka yang boleh beri pertolongan itu (ada dalam kuasa mereka). Iaitu, orang yang kita minta tolong itu, memang dia mampu nak tolong kita. Sebagai contoh, kita minta dia tolong angkat barang. Atau kita minta dia tolong belikan barang untuk kita. Atau kita minta tolong dia masak untuk kita. Dan sebagainya lagi. Tapi kalau dalam meminta kepada manusia pun, kita kena cuba untuk elakkan kerana tidak elok kalau kita berharap kepada manusia. Kerana mereka pun manusia dan tiada kuasa juga. Apa sahaja bantuan yang mereka nampak pada zahir boleh beri, tidaklah dia boleh tolong kita tanpa keizinan dari Allah jua. Maka dalam minta tolong kepada manusia, dalam masa yang sama kita kena harap kepada Allah. Kita kena faham dalam hati kita yang sebenarnya memberi pertolongan itu adalah Allah sebenarnya. Maka sebelum minta tolong kepada orang lain, kena minta tolong kepada Allah dahulu.
Dalam masa yang sama, ada permintaan kepada manusia yang haram. Iaitu meminta perkara yang memang mereka tidak ada kuasa. Contohnya, kalau kita minta kepada manusia samada yang telah mati atau hidup untuk tambah iman kita, atau beri hidayah dan lain-lain perkara yang bukan dalam kuasa mereka. Ini adalah haram kerana semua perkara itu hanya Allah sahaja yang boleh beri.
Malangnya, banyak yang minta kepada yang orang yang telah mati. Ada yang minta kepada para Nabi, kepada para wali. Ada yang pergi ke kubur dan bercakap dengan orang kubur untuk tolong mereka. Perkara ini sudah lama berlaku dan di negara pun banyak berlaku. Ini adalah syirik.
Begitu juga ramai yang minta ‘berkat’ kepada yang hidup atau yang mati. Ini pun satu kesesatan kerana manusia tidak boleh beri berkat kepada manusia lain. Allah sahaja yang boleh beri berkat. Oleh itu, mintalah keberkatan kepada Allah. Kalau kita minta berkat dari orang lain, itu adalah satu kesyirikan. Kerana kita menganggap orang itu pun boleh beri berkat sama macam Allah pula. Ini adalah syirik kerana menyamakan makhluk dengan Allah.
Seperti yang kita telah beritahu awal tafsir surah Fatihah ini, ayat-ayat dalam Fatihah ini adalah ringkasan kepada ayat-ayat lain dalam Quran. Jadi, penerangan yang lebih lanjut tentang doa ini ada dalam 7 surah hawamim – surah-surah yang dimulai dengan lafaz ha mim. Iaitu dari surah Ghafir (surah ke 40) sampai ke surah al-Ahqaf (surah ke 46). Sampai tujuh surah Allah berikan kepada kita untuk menjelaskan tentang doa. Kerana ianya amat penting dan kerana banyak salah faham tentang doa dalam fikiran manusia ini. Kerana salah faham tentang doalah yang menyebabkan manusia jadi syirik, jadi kafir. Semoga Allah beri kesempatan kepada kita untuk mempelajarinya.
Cukup sudah penerangan tentang dua bahagian dari ayat ini. Semoga sedikit sebanyak memberi pengenalan kepada maksud ayat ini.

Kuliah Tafsir 7: Iyyaka na’budu
[Panel : Ustaz Azlizan]
بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, hari ini kita sambung pengajian kita dalam surah Fatihah. Tapi kerana panjang, kita bincangkan potongan ayat إِيّاكَ نَعبُدُ sahaja hari ini. In sha Allah.
Kuliah Tafsir 7: Iyyaka na’budu
Ini adalah intisari surah Fatihah ini. Atau dinamakan ‘Dakwa’ surah ini. Maknanya, ia adalah ayat yang terpenting di dalam surah Fatihah. Ada ulama yang tulis satu kitab untuk membicarakannya, maka kita cuba untuk meringkaskan pembelajarannya.
Hanya kepada Kamu sahaja yang kami sembah - Tafsir ayat ini adalah keseluruhan surah Zumar (surah ke 39). Ringkasannya: Kepada Allahlah sahaja tempat kita sembah dan menghambakan diri. Tidak kepada yang lain. Inilah intisari keseluruhan Quran. Iaitu ibadat hanya kepada Allah dan minta tolong hanya kepada Allah. Allah sebut dalam Dzaariyat:56
وَما خَلَقتُ الجِنَّ وَالإِنسَ إِلّا لِيَعبُدونِ
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
Maka tujuan kita dijadikan, dibawa ke dalam dunia ini adalah untuk jadi hamba kepada Allah. Dan apabila kita jadi hamba, kita kena sembah kepadaNya ‘sahaja’. Kena tambah perkataan ‘sahaja’ kerana ada juga benda lain yang orang kita sembah seperti kubur, sultan dan sebagainya. Maknanya, kalau sembah sultan, itu adalah syirik. Begitu juga ada yang sembah kubur, sembah orang lain, sembah keris dan sebagainya. Walaupun mereka mengaku muslim, tapi mereka ada buat perkara yang dilarang dalam agama.
Ramai yang keliru dengan maksud ‘sembah’, mereka sangka ianya hanya dalam bentuk sujud sahaja. Padahal maksud ‘sembah’ adalah lebih luas lagi. Secara ringkasnya, ia bermaksud melakukan ibadat. Jadi, perbuatan yang dilakukan oleh golongan Habib yang buat ibadat di kubur, adalah sesuatu yang syirik. Kerana mereka duduk duduk di sekeliling kubur, buat amalan tertentu. Kemudian minta tolong kepada orang dalam kubur. Jadi sebenarnya mereka telah menyembah kubur dan tuan kubur itu.
Daripada penggunaan bahasa, penggunaan kalimah إِيَّاكَ sebelum نَعْبُدُ menunjukkan bahawa *HANYA* kepada Allah sahaja kita sembah. Ini bermaksud eksklusif. Ini kerana kalimah إِيَّاكَ itu ditakdimkan (diamalkan). Dalam bahasa Arab, boleh juga diletakkan perkataan إِيَّاكَ selepas نَعْبُدُ tapi itu tidak bermakna ekslusif (takhsis). Maknanya, kalau ayat macam itu, boleh lagi dikatakan menyembah entiti yang lain. Tetapi makna ayat dalam surah Fatihah ini, cara susunannya, menunjukkan kita tidak akan sembah entiti lain. Tidak ada tuhan selain Allah.
Dalam ayat ini, terjadi perubahan bentuk dari ghaibah (orang ketiga) kepada mukhathab (orang kedua, lawan bicara) seperti kita sedang bercakap dengan orang di hadapan kita. Ini adalah kerana ketika seorang hamba memuji kepada Allah, maka seolah-olah dia merasa dekat dan hadir di hadapanNya.
Dalilnya hadis riwayat Bukhari ini:
390 – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ قَالَ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ حُمَيْدٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى نُخَامَةً فِي الْقِبْلَةِ فَشَقَّ ذَلِكَ عَلَيْهِ حَتَّى رُئِيَ فِي وَجْهِهِ فَقَامَ فَحَكَّهُ بِيَدِهِ فَقَالَ إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا قَامَ فِي صَلَاتِهِ فَإِنَّهُ يُنَاجِي رَبَّهُ أَوْ إِنَّ رَبَّهُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْقِبْلَةِ فَلَا يَبْزُقَنَّ أَحَدُكُمْ قِبَلَ قِبْلَتِهِ وَلَكِنْ عَنْ يَسَارِهِ أَوْ تَحْتَ قَدَمَيْهِ ثُمَّ أَخَذَ طَرَفَ رِدَائِهِ فَبَصَقَ فِيهِ ثُمَّ رَدَّ بَعْضَهُ عَلَى بَعْضٍ فَقَالَ أَوْ يَفْعَلُ هَكَذَا
390. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Isma’il bin Ja’far dari Humaid dari Anas bin Malik bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ternampak kahak di dinding sebelah kiblat, baginda sangat tidak senang hati dengannya sehingga ia kelihatan pada wajahnya. Kemudian beliau terus bangkit dan menanggalnya dengan tangannya seraya bersabda: “Apabila seseorang dari kalian berdiri solat sesungguhnya dia sedang berbicara dengan Rabbnya, atau sesungguhnya Rabbnya sedang berada antara dia dan kiblat, maka janganlah sekali-sekali seseorang dari kamu meludah ke arah kiblat, tetapi lakukanlah ke arah kirinya atau ke bawah tapak kaki.” Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengambil hujung kainnya dan meludah di dalamnya, setelah itu beliau melipatnya lalu berkata: “atau hendaklah dia melakukan seperti ini.”
Ini merubah cara kita membaca ayat ini, apabila kita sedar yang kita sekarang bercakap terus dengan Allah. Memang ini adalah salah satu dari ciri-ciri bahasa Quran yang indah. Ianya dipanggil iltifat (perubahan percakapan). Salah satu kelebihannya, ayat-ayat Quran tidaklah monotony – ianya sentiasa berubah-ubah dari segi bahasa yang menyebabkan mereka yang tahu bahasa Arab akan terasa bagaimana bahasa Quran itu hidup.
Iyyaka na’budu didahulukan dari iyyaka nastain kerana ibadah kepadaNya merupakan tujuan yang penting, sedangkan permohonan pertolongan merupakan salah satu cara untuk beribadah. Yang lebih penting didahulukan dari yang kurang penting. Satu lagi, disebut iyyaka na’budu dahulu kerana ibadat dalam bentuk umum disebut dahulu, kemudian diberikan ibadat yang khusus, iaitu doa. Kerana doa adalah ibadat yang terpenting. Semua ibadat termasuk solat, akan ada elemen doa di dalamnya, bukan?
Mari Kita Lihat Kaitan Ayat Dari Mula
Dalam ayat pertama, kita memuji-muji Allah dengan menyebut sifat-sifatNya. Kita juga dalam tiga ayat pertama itu sudah mengenal siapakah Allah. Selepas kita mengenal Allah, kita mahu menjadi lebih rapat denganNya. Itu adalah salah satu kesan selepas mengenali seseorang. Pepatah Melayu ada mengatakan: ‘tidak kenal, maka tak cinta’. Begitu juga kita dengan Allah. Tapi, dengan Allah, malah lebih lagi kita kena rapatkan diri kita. Selepas kita mengenaliNya dan mengetahui segala kehebatan Allah yang tidak ada tolok bandingnya, kita tentunya dan sepatutnya, MAHU menjadi dekat kepadaNya. Keinginan untuk menyembahNya sepatutnya semakin meningkat. Ini sepatutnya yang terjadi dengan semulajadi. Tidak perlu dipaksa-paksa lagi. Harap antum semua dapat nampak progresif dari ayat pertama sampai ayat ini. Supaya kita nampak kesinambungan ayat. Allah dah susun cantik dah.
Dari segi bahasa, kita boleh lihat penggunakan perkataan ‘Kami’ dalam ayat ini. Kenapakah ayat ini menggunakan perkataan ‘kami’, sedangkan yang mengucapkannya adalah seorang sahaja (diri kita)? Ini adalah kerana kita semua adalah hambaNya dan kita adalah salah seorang dari mereka yang sedang melakukan ibadat kepadaNya. Tambahan pula jikalau kita melakukannya secara berjemaah seperti solat berjemaah contohnya.
Ada dua makna perkataan ‘na’budu’ itu. Ia dari عبد yang bermaksud ‘hamba’. Jadi kalimah نَعبُدُ ada dua maksud:
1. Kami menyembah
2. Kami menghambakan diri
Malangnya, ada orang yang memang menyembah Allah, tapi mereka tidak bertindak sebagai ‘hamba kepada Allah’. Seorang hamba mestilah menerima kata-kata tuannya. Begitu jugalah kita dengan Allah. Kena taat dengan segala arahanNya. Tapi kita kadang-kadang buat tak kisah kepada ajaran dan hukum yang Allah sampaikan dalam Quran. Ada yang kita tidak terima bulat-bulat. Sepatutnya sebagai hamba, kita kena fahamkan arahan dan kena terima dan lakukan. Jadi, ayat ini adalah sebagai satu penyaksian dari kita bahawa kita ini adalah ‘hamba’ kepada Allah. Barulah kita boleh melepaskan diri dari segala macam pengabdian kepada yang lain: seperti budaya, kawan-kawan yang kita ikut sahaja, fesyen dan sebagainya.
Kerana tidak faham tentang maksud ‘pengabdian’lah, ada orang yang beribadat kepada Allah, solat tak pernah tinggal, pergi haji dan umrah sudah berkali-kali, tapi dalam masa yang sama, mereka menipu orang, buat zalim kepada orang dan macam-macam lagi. Mereka tak rasa bersalah pun kerana mereka sangka mereka telah lepas dari tanggungjawab kerana telah ‘sembah’ Allah dah. Tapi, kalau kita lihat di sini, ianya tidak lengkap lagi.
Ayat ini juga mengajar kita bagaimana cara berdoa. Hendaklah kita memujiNya sebelum kita memohon sesuatu kepadaNya. Apabila kita menyebut kita hendak beribadat kepadaNya, maka itu akan menyebabkan Allah akan memakbulkan doa kita, in sha Allah. Oleh itu, dalam berdoa, hendaklah kita memulakan doa itu dengan memuji-mujiNya dahulu. Banyak hadis dari Nabi yang menunjukkan sebelum baginda memulakan doa dan memulakan bercakap sesuatu, baginda akan memuji-muji Allah.
Jadi, dalam doa-doa kita selepas ini, banyakkan memuji Allah dahulu. Dengan menyebut asma'Nya..
Kembali kepada perbincangan tentang ‘ibadah’. Ibadah adalah tujuan hidup kita. Kita mengaku perkara itu dalam ayat ini apabila kita mengatakan iyyaka na’budu. Jadi semasa baca ayat itu, terutama dalam solat, sedar lah yang kita waktu itu sedang memperbaharui ‘akurjanji’ kita dengan Allah. Jadi ini bukan perkara main-main. Adakah setiap kali solat, kita mengaku depan Allah, tapi di luar, kita sembah dan taat kepada selain dariNya? Nauzubillahi min dzaalik.
Taat kepada Allah adalah satu-satunya tujuan hidup kita. Itulah tujuan kita dihidupkan seperti yang disebut dalam Surah Dzaariyat. Semasa kita membaca ayat ini, kita mengakuinya dengan rela. Inilah yang sepatutnya terjadi, tapi ada yang konflik dengan hal ini. Ada yang sembah Allah tapi dalam masa yang sama, mereka juga mahu kenikmatan dunia yang dilarang. Dan kadang-kadang kita buat sesuatu yang Allah tak suka. Memang manusia begitu keadaannya, manusia sentiasa melakukan kesalahan. Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa memohon ampun atas kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan setiap hari, samada kita sedar atau tidak. Dan minta Allah beri taufik kepada kita untuk kuat mengamalkan suruhan Allah (ini dalam ayat seterusnya nanti akan disentuh).
Ibadah itu adalah menyerah diri sebagai hamba. Serah diri dan taat seluruhnya kepada Allah. Dilakukan dengan hati yang ikhlas. Iaitu ada keinginan dalam hati kita untuk berkhidmat kepada Allah. Kalau tidak ada keinginan itu, ianya bukanlah ibadah. Contohnya, seseorang itu nampak macam buat ibadah, tapi dia buat kerana malu dengan orang lain yang buat, jadi terpaksalah dia buat juga. Sebagai contoh, orang lain ramai-ramai solat Terawih dalam bulan Puasa, mereka pun oleh kerana malu, ikutlah juga. Tapi sebenarnya, mereka tidak ada keinginan untuk beribadah pun. Kalau ibadah yang macam itu, tidak dikira kerana tidak ikhlas.
Oleh itu kena ada cinta kepada Allah. Kena ibadah dalam cinta kepada Allah. Dua-dua kena ada – cinta dan ibadah – Kalau cinta tanpa taat pun tidak cukup. Kerana ada yang kata dan mengaku mereka cinta kepada Allah, tapi tak nampak pun mereka buat ibadat. Sebagai contoh, mereka kata mereka beriman, tapi mereka tak pakai tudung pun. Itu bermaksud mereka tidak taat kepada Allah.
Cukuplah dahulu bahagian pertama dari ayat ini. Kita akan sambung dalam kelas seterusnya tentang bahagian kedua dari ayat ini. Ayat ini panjang sedikit perbincangannya kerana ia adalah ayat yang amat penting.

Kuliah Tafsir 5: Ar-Rahman Ar-Raheem ٰ

Assalamualaikum kita sambung kelas kita hari ini, Surah al-Fatihah in sha Allah.
Kuliah Tafsir 5: Ar-Rahman Ar-Raheem
Pengenalan
1. Selepas Allah memberitahu bahawa DiriNya adalah Tuhan yang mencipta, memelihara dan menjaga alam ini, maka sekarang Allah menyebutkan dua SifatNya lagi. Allah terus memperkenalkan DiriNya.
Maksud ringkas:
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Dalam ayat sebelum ini, kita telah belajar bagaimana Allah adalah Tuhan sekelian alam. Allah amat berkuasa untuk melakukan segala-galanya. Sekarang, kalau kita lihat keadaan dunia sekarang, apakah sifat mereka yang berkuasa? Mereka ada yang sombong, kejam, ada yang menyalahgunakan kuasa, mereka bersifat keras dan sebagainya. Dalam ayat ini, Allah memberi kelegaan kepada kita. Walaupun Allah amat berkuasa, tapi sifat Allah itu adalah sifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Kekuasaan yang Allah tunjukkan adalah kekuasaan yang rahmah. Pemerintahan Allah didasari atas rasa kasih dan sayang.
Daripada hadis disebut tentang Sifat kasih dan sayang Allah ini:
إن لله مائة رحمة أنزل منها رحمة واحدة بين الجن والإنس والبهائم والهوام، فيها يتعاطفون، وبها يتراحمون، وبها تعطف الوحش على ولدها، وأخر الله تسعا وتسعين رحمة يرحم بها عباده يوم القيامة
“Sesungguhnya Allah memiliki 100 rahmat. Salah satu di antaranya diturunkannya kepada kaum jin, manusia, haiwan dan tumbuhan. Dengan rahmat itulah mereka saling berbelas kasih dan menyayangi. Dengannya pula binatang liar mengasihi anaknya. Dan Allah mengakhirkan 99 rahmat untuk Dia curahkan kepada hamba-hamba-Nya pada hari kiamat.” (Muttafaq ‘alaih)
Kita telah belajar ayat yang pertama.
Nota:
Perhatikan kaitan antara ayat pertama dan ayat kedua. Ada kesinambungan antara keduanya. Satu ayat disambut dengan ayat yang seterusnya. Begitulah semua ayat-ayat Qur’an ada kaitan antara satu sama lain. Ada yang kita nampak secara mudah, dan ada yang kena jelaskan dalam tafsir, baru kita nampak. Semasa kita membaca ayat pertama, kita sudah takjub dan takut dengan sifat Allah, tetapi apabila kita baca ayat kedua, baru kita sedar yang owhh… Allah menguruskan alam ini dengan sifat penuh kasih sayang, rupanya…
Jadi kita lega kembali. Begitulah ayat-ayat Qur’an apabila dibaca dan kita faham, akan membangkitkan perasaan yang berbagai-bagai. Kadang-kadang takut, kadang-kadang gembira, sedih, risau, takjub, benci, dan macam macam lagi.
Allah telah menjadikan alam semesta ini untuk menzahirkan rahmatNya. Sangat banyak rahmatNya yang telah diberikan kepada kita. Tidak terkira banyaknya. Kalau kita nak cuba kira pun tidak boleh, sebab banyak sangat. Maka timbullah rasa kasih kita pula kepada Allah.
Allah Ta’ala berfirman,
وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ
“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. An Nahl: 18).
Nanti in sha Allah, kita akan belajar Surah Rahman (55). Bagaimana dalam surah itu nanti akan disentuh nikmat-nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Dan diulang-ulang sebanyak 14 kali:
فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Memang tak dapat nak tolak hujah yang Allah berikan itu. Memang kita sentiasa mendapat rahmat dariNya.
Sebelum ini kita telah belajar sedikit tentang dua sifat ini dalam pembelajaran basmalah. Maka kita tidak perlu ulang semula. Boleh rujuk nota berkenaan, tentang bagaimana sifat Rahman seperti umpama sifat sayang seorang bapa, ianya untuk semua makhluk; sifat raheem pula seperti kasih seorang emak, hanya untuk orang mukmin sahaja; Oleh itu, kedua sifat ini saling melengkapi.
Nota:
Begitulah, kita akan berjumpa dengan ayat-ayat yang hampir sama selepas ini, jadi tidak perlu diulang panjang. Maka, pada awal sahaja akan banyak nak belajar, lama-lama akan laju sebab akan berjumpa benda yang sama. Kena sabar sahaja dulu yer….
Ulama tafsir membincangkan apakah maksud sifat ar-Rahman dan ar-Rahiim ini. Mereka mengatakan bahawa ayat ini hendak menceritakan tentang hubungan Allah dan makhlukNya. Bayangkan betapa sayangnya Allah kepada kita. Allah tahu segala-galanya tentang kita, tapi Allah masih beri rahmat kepada kita.
Perkara yang Allah tahu tentang kita itu, kalau emak ayah kita tahu, mereka tentu tidak mengaku kita anak mereka. Kalau suami atau isteri kita tahu, mereka akan ceraikan kita, lama lagi dah. Kalau kawan kita tahu semuanya tentang kita, mereka pun tidak mahu kawan dengan kita dah. Kalau majikan kita tahu, dah lama dia pecat kita, bukan?
Tapi lihatlah, walaupun Allah tahu segala-galanya tentang kita, tapi Allah masih lagi beri rahmat kepada kita, masih sayang kepada kita.
Walaupun Allah bersifat penuh rahmah, ada pula yang kata: “kalau begitu sifat rahmat Allah, kenapa ada suffering dalam dunia?”.
Kita selalu dengar hujah yang macam ini, tapi kita mungkin tidak tahu jawap. Hujah sebegini disebut oleh orang kafir, tapi orang Islam pun ada sebut juga (kerana tidak faham).
Sebagai contoh, apabila mereka ditimpa kemalangan dan musibah, mereka ada yang berkata: “Kenapa Allah turunkan bala ini kepada aku, adakah Allah tidak sayang kepada aku?”.
Dapat suami/isteri tak baik, anak tak sempurna, sakit, musibah, tak dapat kahwin, tiada anak, tiada kerja dan sebagainya... kadang-kadang persoalan ini sampai boleh menggelincirkan akidah, bukan?
Sampai ada yang menyalahkan Allah, kata Allah tidak sayang, Allah tidak patut dan sebagainya.
Ini antara jawapan:
Pertama,
hujah-hujah yang mereka katakan itu hanya tentang dunia sahaja. Hendaklah kita yakin bahawa Allah tidak pernah zalim kepada makhlukNya. Kita kena ingat yang kehidupan ini bukan hanya di dunia sahaja, mahu tidak mahu, kita semua akan menuju kepada kehidupan akhirat. Mungkin Allah beri kesusahan kepada seseorang semasa dia di dunia, tapi Allah akan balas dengan kebaikan apabila dia mati kelak. Kalau seorang yang paling celaka hidupnya, bernasib paling malang dalam dunia, dan dia diberikan rahmat akhirat, dia tak ingat langsung dah kesusahan yang telah dialaminya semasa di dunia dulu. Semuanya hilang dari ingatannya. Macam tidak ada langsung kesusahan dulu yang dialaminya. Maknanya, kesusahan di dunia, tidak kekal. Tidak ada makna kesusahan di dunia itu. Yang kekal adalah kehidupan di akhirat. Kenikmatan di akhirat yang kita lebih perlukan.
Itu semua adalah ujian seperti firman Allah. Maksudnya:
"Tuhan yang menjadikan mati dan hidup supaya menguji manusia siapa di kalangan mereka itu yang baik amalannya." (Mulk: 2)
Allah berfirman dalam Fussilat:30
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu".
Maksud وَلَا تَحْزَنُوا (jangan sedih) itu adalah tak teringat dah kesusahan semasa di dunia dulu. Semua itu hilang apabila melihat nikmat di syurga. Semoga kita mendapat nikmat ini.. ameen ya Rabb.
Kedua,
kita jangan lihat dunia dengan mata kasar sahaja. Apa yang kita rasakan sebagai musibah, mungkin ada kebaikannya. Kita sahaja yang tidak tahu.
Tidaklah sentiasa Allah beri nikmat sahaja tanpa sekali-sekala diberikan musibah kepada makhluk. Kalau seorang manusia hanya menerima nikmat sahaja, ianya tidak baik untuknya. Sebagai contoh, kalau ibubapa beri segalanya kepada anaknya, itu pun tidak baik. Dia tidak akan kenal dengan kesusahan. Dia tidak dapat merasai kesusahan orang lain. Atau dia akan jadi sombong dan sebagainya. Dia juga akan lupa bahawa apa yang dia sedang terima itu adalah nikmat kerana dia tidak perasan bahawa Allah telah memberinya dengan kebaikan yang banyak kerana dia asyik dapat yang baik-baik sahaja.
Kalau seorang anak itu, hanya makan makanan yang sedap-sedap sahaja, apabila dia diberi makanan yang kurang sedap, mungkin dia marah, kenapa dia dapat makanan tak sedap kerana dia ingat dia hanya layak dapat makanan yang sedap sahaja.
Maknanya, kena lihat musibah yg diberikan kepada kita itu dengan 'mata hati' juga. Hanya orang sakit sahaja yang akan kenal apakah itu nikmat kesihatan. Apabila kita sakit dan sihat, barulah kita menghargai nikmat kesihatan itu.
Ketiga,
Kesakitan pun adalah rahmah dari Allah juga sebenarnya. Kerana kalau kita tak rasa sakit, ianya akan merosakkan kita juga. Kita pun pernah baca bagaimana ada kanak-kanak yang tiada deria sakit. Kalau luka pun, mereka tidak dapat rasa. Jadi, dia tak tahu pun tentang benda-benda bahaya. Kalau dia tak rasa panas, dia mungkin letak tangan dia pada api sampai terbakar rosak tangan dia. Oleh itu, kita kena ingat, kesakitan itu menolong kita dalam kehidupan sebenarnya. Mungkin kita sahaja yang tidak nampak.
Keempat,
Kesusahan juga dapat mengingatkan kita untuk memperbetulkan perbuatan kita yang salah dan silap semasa di dunia. Ianya akan mengingatkan kita. Kerana kesusahan dunia ini akan mengingatkan kita tentang kesusahan yang kekal abadi di akhirat kelak kalau kita tak ikut arahan Allah. Kalau susah yang sedikit di dunia pun kita dah tak tahan, apatah lagi kalau di akhirat kelak? Kalau kita dah rasa susah sikit sahaja di dunia, maka kita kena betulkan apa- apa yang kita sedang buat yang salah, supaya kita tidak susah di akhirat kelak. Kalau kita berpanas sekejap sahaja di tengahari sudah rimas, bagaimana pula kalau kita dimasukkan ke dalam neraka yang kepanasannya berjuta-juta darjah?
Untuk tahu itu, kenalah belajar tentang akhirat. Tentang Mahsyar, tentang syurga dan neraka. Kena tahu bagaimana kehidupan neraka itu adalah satu kehidupan yang amat amat tidak selesa. Amat terseksa kalau hidup di dalamnya. Kerana kalau kita tidak tahu, kita tidak tahu dengan apa yang akan terjadi di hari kiamat nanti.
Kelima,
Musibah yang Allah berikan kepada kita juga dapat menghapuskan dosa kita yang banyak.
Entah berapa banyak dosa yang kita lakukan. Samada kita sedar atau tidak. Dengan musibah, Allah akan hilangkan dosa itu dari kita. Oleh itu, jangan gelisah sangat kalau kita sakit. Kesakitan itu dapat menghapuskan dosa kita.
Sebab itu ada lafaz Nabi apabila bertemu orang sakit:
لاَ بَأْسَ طَهُوْرٌ إِنْ شَاءَ اللهُ
“Tidak mengapa, insya Allah (sakit ini) sebagai pembersih.” HR. al-Bukhari dari sahabat Abdullah bin ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma.
Keenam,
Tidak ada apa pun yang Allah lakukan yang boleh dikatakan sebagai 'tidak elok'. Walaupun dengan mengadakan syaitan. Ada guna juga syaitan ini.
Bukankah kita beribadat kerana hendak melindungkan diri dari syaitan? Dengan itu kita dapat mendekatkan diri dengan Allah.
Iblis juga menjadi contoh sempadan yang jangan diikuti. Kita belajar tentang apakah kesalahan yang dia lakukan, maka kita jadikan dia sebagai sempadan. Jangan kita sombong, jangan tinggi diri, jangan itu dan ini.
Itu syaitan, makhluk yang paling terkutuk pun ada kebaikan, apatah lagi dengan yang lain?
Ketujuh,
Kalau tidak ada keburukan, kita tak nampak keindahan. Kalau tidak ada gelap, kita tidak tahu tentang bezanya dengan cahaya. Kalau tidak ada malam, kita tidak tahu adanya siang.
Kalau kita lihat, dalam dunia ini, mana lebih ramai? Yang sakit atau yang sihat? Tentu lebih banyak yang sihat, bukan? Kalau yang cacat itu, peratus yang cacat adalah rendah kalau dibandingkan dengan yang sihat. Bila kita lihat orang yang cacat, kita akan berkata dalam hati kita: Alhamdulillah Allah beri aku/anak aku/keluarga aku sihat wal afiat... itu maknanya kita dah menghargai nikmat apabila melihat orang yang tidak mendapat nikmat. Kalau semua orang sihat sahaja mungkin kita tidak nampak.
Untuk orang yang cacat itu, adalah kelebihan khusus untuk mereka kerana mereka cacat. Itu habuan mereka.
Baik, kita sudah hampir sampai ke penghujung kelas kita. Cuma saya terlupa nak sentuh satu perkara tadi. Iaitu ulama mengatakan yang sifat Rahman diberikan kepada semua makhluk. Tapi sifat Raheem kepada orang mukmin sahaja dan ini adalah jelas di akhirat kelak. Dalilnya:
(Ahzab:43)
وَكانَ بِالمُؤمِنينَ رَحيمًا
Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.
Lihat bagaimana kalimah 'Raheem' digunakan untuk orang mukmin sahaja.
“Pada hari kiamat didatangkan orang yang paling nikmat hidupnya sewaktu di dunia dari penghuni neraka. Lalu ia dicelupkan ke dalam neraka sejenak. Kemudian ia ditanya: ”Hai anak Adam, pernahkah kamu melihat suatu kebaikan, pernahkah kamu merasakan suatu kenikmatan?” Maka ia menjawab: ”Tidak, demi Allah, ya Rabb.” Dan didatangkan orang yang paling menderita sewaktu hidup di dunia dari penghuni surga. Lalu ia dicelupkan ke dalam surga sejenak. Kemudian ditanya: ”Hai anak Adam, pernahkah kamu melihat suatu kesulitan, pernahkah kamu merasakan suatu kesengsaraan?” Maka ia menjawab: ”Tidak, demi Allah, ya Rabb. Aku tidak pernah merasakan kesulitan apapun dan aku tidak pernah melihat kesengsaraan apapun.”
(HR Muslim 5018)

Kuliah Tafsir 4: Alhamdulillahi Rabbil Aalameen

الحَمدُ لِلَّهِ رَبِّ العالَمينَ [Alhamdulillahi Rabbil Aalameen]
“Segala Puji Yang Khusus Buat Allah:”
Dalam ayat ini, Allah mengajar kita untuk memujiNya sebelum berdoa kepadaNya.
Maksud kalimah الحَمدُ لِلَّهِ َselalunya diterjemahkan: ‘segala puji kepada Allah’. Tapi mungkin ada persoalan, takkan segala puji bagi Allah sahaja, sedangkan kita pun ada puji yang lain, bukan? Sebagai contoh, kita pun ada puji orang lain yang baik-baik juga, bukan? Oleh itu, ulama tafsir kata, walaupun kita puji selain Allah, segala puji itu pergi juga kepada Allah. Kerana kalau orang itu baik pun, Allah juga yang jadikan dia baik, bukan? Kalau dia cantik, siapa yang cantikkan dia kalau bukan Allah? Maknanya, apa-apa sahaja yang kita puji, ianya akan pulang kepada Allah juga. Itulah sebabnya dikatakan segala puji itu untuk Allah akhirnya.
Pujian ada banyak jenis:
1. Pujian Allah kepada diriNya. Banyak dalam Qur’an.
2. Pujian Allah kepada makhluk. Contohnya pujian Allah kepada Nabi dan orang beriman.
3. Pujian makhluk kepada Allah. Ini sesuatu yang biasa, seperti yang kita lakukan dalam lafaz alhamdulillah.
4. Pujian makhluk kepada makhluk. Sebagai contoh, kita selalunya memuji orang lain kerana mereka cantik, pandai atau sebagainya.
Semua jenis pujian itu sebenarnya pulang balik kepada Allah. Kerana Allah lah yang menyebabkan semua itu terjadi.
Marilah kita lihat keindahan bahasa yang digunakan dalam Quran ini berkenaan perkataan ini. Perkataan الحَمدُ bukan hanya bermaksud ‘pujian’ sahaja. Ia sebenarnya mempunyai dua maksud: ‘pujian’ dan juga ‘terima kasih’.
Dua-dua makna itu terangkum dengan indahnya dalam perkataan الحَمدُ itu. Kalau pujian, dalam bahasa Arab, ianya adalah ‘madh‘. Dan terima kasih dalam bahasa Arab adalah ‘syukr‘. Apabila dua perkataan itu digabungkan, ianya adalah dengan menggunakan satu perkataan sahaja الحَمدُ, sudah merangkum kedua-dua makna. Itulah indahnya bahasa Arab. Sebab itulah Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Dan sebab itulah kita sepatutnya belajar bahasa Arab supaya kita faham dengan lebih mendalam lagi Quran ini.
Kenapa ianya indah? Kerana kadang-kadang kita puji seseorang dan tidak berterima kasih kepadanya; dan kadang kita berterima kasih tetapi tidak memujinya
1. Berterima kasih tapi tidak memuji: contohnya Nabi Ibrahim berterima kasih kepada bapanya kerana telah menjaganya sejak dari kecil, tetapi baginda tidak memuji bapanya kerana kesyirikan bapanya.
2. Memuji tetapi tidak berterima kasih : contohnya kita nampak kereta cantik dan hebat, kita puji kereta itu tetapi tidaklah kita berterima kasih kepadanya kerana tidak ada jasa pun kereta itu kepada kita.
Tetapi, kepada Allah, dengan sebutan Alhamdulillah satu itu sahaja, terangkum dua makna itu. Kerana kita puji Allah kerana kebesaran Allah dan dalam masa yang sama kita berterima kasih kepada Allah kerana segala nikmat yang telah diberikan kepada kita.
Kita selalu menyebut alhamdulillah ketika kita mendapat nikmat, dapat gaji, dapat hadiah dari kawan dan sebagainya. Tapi bagaimana kalau kita dapat musibah? Wang kita hilang, kesihatan kita ditarik balik? Jarang yang akan sebut alhamdulillah waktu itu. Adakah Allah tidak terpuji waktu itu? Satu nikmat ditarikNya, tapi entah berapa banyak nikmat lain telah dan sedang diberikanNya kepada kita, tapi fikiran kita hanya ingat musibah itu sahaja. Janganlah kita jadi begitu… kita adalah umat yang memuji dan berterima kasih kepada Allah sentiasa. Kita kena sebut: Alhamdulillah ala kulli hal… segala pujian yang khusus untuk Allah dalam segala hal….
Baik, sekarang kita masuk perbincangan tentang lafaz الله pula.
Allah mempunyai banyak nama, tapi Allah menggunakan namaNya اللَّهِ dalam ayat ini. Ini adalah kerana ayat ini adalah dalam surah al-Fatihah, pembuka kepada Quran. Surah Fatihah juga adalah pengenalan kepada Allah. Kalau ada manusia yang hendak mengenal siapakah Tuhan, kita boleh bacakan surah Fatihah ini sebagai permulaan untuk mereka mengenal Allah. Kerana beginilah Allah telah meletakkan cara untuk mengenal DiriNya. Dan dimulakan dengan Dia memperkenalkan DiriNya dengan NamaNya.
Allah adalah nama Dzat Tuhan kita. Itulah Nama Dia. Ar-Razzaq, Al-Hakim dan sebagainya adalah Nama-nama SifatNya. Tapi lafaz ‘Allah’, itu adalah NamaNya. Allah nak kenalkan Diri Dia kepada kita semua dalam Surah Fatihah ini. Macam kita kalau pertama kali jumpa orang, kita akan kenalkan nama kitalah, bukan? Takkan kita kata “apa khabar? Saya peguam”. Ini tidak patut kerana peguam adalah satu sifat sahaja. Jadi di awal Quran ini Dia menyebut NamaNya yang mulia: ALLAH.
Sekarang kita masuk kepada perbincangan lafaz ‘Rabb’. Kita juga kena faham maksud lafaz رَبِّ. Ia selalu diterjemahkan sebagai ‘Tuhan’ sahaja, sedangkan itu adalah terjemahan terlalu ringkas. Ia juga bukan hanya bermaksud ‘Tuhan yang mencipta’ sahaja. Sebab Arab Mekah sudah terima yang Allah sahaja yang boleh mencipta.
Lalu apakah maksud RABB? Maksud asalnya adalah ‘Tuan’. Ia juga ada membawa maksud ‘memelihara’. Allah nak beritahu yang Dia sahaja yang memelihara. Macam Allah pelihara kita dari bayi lagi. Bayi itu dapat apa yang dia perlukan padahal kita sebagai ibubapa dia, tak tahu pun apa bayi itu cakap. Walaupun nampak dari zahir emak ayah yang pelihara, tapi sebenarnya semuanya Allah yang pelihara. Segala apa yang terjadi dalam dunia ini adalah dari pengurusan dan penjagaan Allah swt. Tidak ada yang terlepas dari urusan Allah.
Oleh itu, lafaz Rabb bermaksud Yang mencipta, memiliki dan memelihara. Allah bukan sahaja jadikan alam ini dan kemudian tinggalkan ia begitu sahaja. Kalau Allah biarkan sahaja, alam ini akan hancur. Macam kita tangkap burung dan letak dalam sangkar. Kalau kita dah letak burung itu dalam sangkar, maka kitalah kena beri burung itu makan, kalau tidak, ia akan mati. Begitulah, apabila Allah dah jadikan kita, Allah akan beri kita makan, minum, udara dan sebagainya.
Dalam Quran, kadang-kadang Allah merujuk kepada DiriNya dengan menggunakan namaNya, kadang-kadang Allah menggunakan nama SifatNya, dan kadang-kadang Allah menggunakan lafaz Rabb, bukan? Itu semua untuk mengingatkan kita kepada sifat Allah yang mencipta, memelihara dan menjaga. Ada beza dan sebab yang tertentu kenapa Allah tukar-tukar gantinamaNya. Jadi, apa yang Allah cipta dan pelihara dalam ayat ini?
Lafaz seterusnya adalah kalimah العالَمينَ. Allah telah mencipta, memelihara dan terus menjaga alam ini termasuk kita yang di dalamnya.
Banyak pendapat telah diberikan oleh ulama tentang maksud lafaz ini. Kita bentangkan dua daripadanya yang masyhur:
1) Ianya diambil dari perkataan علم yang bermaksud ‘alamat’ dari segi bahasa. Kerana semua makhluk adalah ‘alamat’ kepada Qudrat Allah. Dengan kita melihat kepada alamat itu, kita boleh melihat hebatnya Qudrat Allah dalam mencipta. Setiap kejadian alam ini mengingatkan kita kepada Allah. Apabila kita lihat alam yang indah ini, kita diingatkan bahawa alam yang indah ini tentu ada penciptanya. Dan pencipta alam ini adalah Allah.
2) Alam dalam bentuk yang jamak (plural). علم adalah mufrad/singular dan العالَمينَ adalah dalam bentuk jamak/plural. Iaitu ia merujuk kepada semua yang dicipta dalam alam ini.
Ada alam malaikat, alam binatang, alam jin, alam tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Ada yang kita tidak tahu pun wujudnya.
Dan alam yang paling penting adalah alam manusia dan alam jin. Kerana dua makhluk inilah yang dipertanggungjawabkan dengan syariat. Dan kerana semua yang lain yang dicipta adalah untuk kegunaan manusia dan jin. Bumi langit dan lain-lainnya adalah dicipta kerana manusia dan jin. Ianya adalah ‘bekas’ atau tempat untuk menguji manusia dan jin. Apabila ujian di dunia telah selesai dan Kiamat sudah berlaku, alam ini semuanya akan hancur berkecai dan tidak berguna lagi.
Itulah antara dua tafsir bagi lafaz العالَمينَ.
Kesimpulan
Apabila digabungkan semua lafaz-lafaz itu, tahulah kita yang Allah sedang memperkenalkan DiriNya, sifat-sifatNya kepada kita. Kita telah sebutkan bagaimana Surah Fatihah adalah summary kepada keseluruhan Quran. Allah memperkenalkan DiriNya secara ringkas dalam ayat ini. Tapi sepanjang-panjang ayat Quran dalam surah-surah yang lain, amat banyak lagi penerangan tentang Allah lagi dan sifat- sifatNya. Maka hendaklah kita mempelajari semua ayat itu supaya tidak ada yang tertinggal.
Jadi, semasa kita membaca ayat ini, terutama di dalam solat, maka kita sudah semakin faham apakah yang kita bacakan. Kita sudah sedar siapa Allah itu kepada kita. Ringkasnya, Allah itu Rabb, dan kita adalah hambaNya. Apabila kita hamba kepada Rabb, kita kena terima apa sahaja yang Allah hendak lakukan kepada kita. Kita tertakluk di bawah kehendakNya. Tidak ada kuasa kita hendak melawan kehendak Allah. Semasa membacanya kita patut rasa kerdil dengan Allah, kagum dengan Allah dan rasa tertakluk kepada kekuasaan Allah. Kita sedar yang kita puji Allah dengan cara yang dikehendakiNya dan diajarNya sendiri.
Alhamdulillah, telah selesai tafsir peringkat ayat الحَمدُ لِلَّهِ رَبِّ العالَمينَ

Kita akan membincangkan maksud ‘ilah’ di dalam usul tafsir nanti.
Perbincangan panjang dan kita akan adakan satu sessi khusus utk perbincangan ini.

Kelas 2: Bab 'Basmalah' (Bismillah)
[Panel : Ustaz Azlizan]
بسم الله الرحمن الرحيم
إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنًسْتَعِيْنُهُ وَنًسْتَغْفِرُهْ وَنًعُوذً ِبِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللهَ، وَخَيْرَ الهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ ِبِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.
سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَا إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
وبعد
Assalamualaikum kita sambung kelas kita hari ini, in sha Allah.
Kelas 2: Bab 'Basmalah'
Kelas pada hari ini adalah tentang lafaz Basmalah. Kita kupas satu persatu lafaz yang ada di dalam basmalah yang selalu kita ucapkan. Mungkin panjang sedikit perbahasan kita pada hari ini, maka harap dapat bersabar.
Kalimat basmallah ini adalah satu lafaz yang amat hebat. Tidak diberikan kepada agama-agama lain. Tidak diberikan kepada orang Yahudi dan tidak diberikan kepada agama Kristian.
Lafaz yang kita selalu ucapkan adalah ‘bismillah’. Tetapi nama ucapan itu adalah ‘basmalah’. Jadi, bila saya tulis ‘basmalah’, bukan saya salah eja, tapi ia memang begitu. Nama lain baginya adalah 'tasmiah'.
Huraian
Dengan Nama Allah; apabila kita kata ‘dengan’, sepatutnya ada ayat sebelum itu. Kerana kalau tidak, ayat ini macam tergantung. Jadi ada ulama yang kata ayat sebelum itu adalah “aku mula membaca Quran ini adalah….” disambung: ‘dengan nama Allah yang bersifat Rahman dan Rahim’. Ini adalah kaedah 'taqdir' dengan menambah kalimat yang perlu untuk menjadikannya lengkap.
Huruf بِ ‘ba’ dalam بِسْمِ itu adalah sesuatu yang menjadi perbincangan ulama. Apakah yang dimaksudkan olehnya?
Ini adalah kerana huruf ‘ب’ itu mempunyai banyak kegunaan dalam bahasa Arab. Ulama mengatakan terdapat 20 makna yang boleh diambil apabila ada penggunaan ‘ba’ itu. Kita biasa terjemahkan ‘ba’ itu dengan makna: dengan. Tapi apakah maksud ‘dengan’ dalam basmalah?
Perbincangan ulama mengatakan bahawa ‘ba’ dalam basmallah ini membawa dua maksud: ba’ musaahabah dan ba’ istiaanah.
A. Ba’ musaahabah
(lihat perkataan musaahabah sama macam sahabat - untuk senang ingat)
Bermaksud kita hendak mendekatkan diri ‘dengan’ Allah supaya perbuatan yang kita buat itu mendapat keberkatan dari Allah dengan kita membaca basmallah itu. Ini kerana segala usaha tidak membuahkan hasil kalau Allah tidak mengizinkan. Hanya apabila Allah izinkan, baru terjadi.
Kalau Allah tak izinkan kita makan, maka kita tidak dapat nak suap makanan dalam mulut pun. Dan kita mengharapkan keberkatan dari bacaan basmallah itu sampai kepada usaha kita itu. Dengan berkat Allah, perkara yang sedikit menjadi banyak. Sebagai contoh, kalau Allah memberi berkat kepada makanan itu, walaupun ianya sedikit sahaja, tapi kita akan kenyang dengan makanan yang sedikit itu dan ianya akan memberi tenaga yang banyak kepada kita.
B. Ba’ istiaanah
(dari katadasar yang sama dalam fatihah - iyyaka nastain - untuk senang ingat)
Bermaksud kita mengharapkan pertolongan dari Allah. Semoga dengan izin dan pertolongan Allah, usaha kita itu akan berjaya. Kita sebagai manusia yang hina, memang amat mengharapkan pertolongan dari Allah. Tidak akan berjaya sesuatu usaha itu tanpa ada pertolongan dari Allah.
Kesimpulan:
Dua-dua makna itu ada persamaan dan lebih kurang sahaja. Maknanya, kita membaca basmalah mengharapkan pertolongan dari Allah untuk memudahkan perkara yang kita lakukan itu. Oleh itu, setiap kali kita baca basmalah ini, ingatlah yang kita sebenarnya sedang berdoa mengharapkan pertolongan dari Allah. Ianya bukan lafaz yang biasa sahaja.
Dari dua makna itu, kita menzahirkan dalam diri kita bahawa Allah lah sahaja sumber barakah dan pertolongan. Dari awal-awal lagi sebelum kita mulakan usaha itu pun, kita dah doa kepada Allah.
Perbincangan Nama Dzat:
Allah. Kata ini adalah nama untuk Rabb. Dikatakan bbahawa kalimah 'Allah' adalah al-ismul a’zham (nama yang paling agung) kerana nama itu menyandang segala macam Sifat-sifatNya yang lain.
Kalau kita sebut ar-Rahman, itu hanyalah sifat Pemurah Allah sahaja. Kalau kita sebut ar-Razzaq, itu menyentuh tentang sifat Allah memberi rezeki sahaja. Tapi, apabila kita gunakan nama Allah – ianya merangkumi semua Sifat-sifat Allah itu.
Nama Allah merupakan nama yang tidak diberikan kepada sesiapa pun selain DiriNya, yang Maha Suci dan Maha Tinggi. Oleh kerana itu, dalam bahasa Arab tidak diketahui dari kata apa nama itu berasal. Maka diantara para ahli nahu mengatakan bahawa nama Allah itu adalah ismun jamid, iaitu nama yang tidak mempunyai kata dasar. Ada juga ulama yang mengatakan ianya adalah dari kata al-ilah dan dipendekkan jadi ‘Allah’. Tapi ini adalah perbincangan yang agak panjang dan tidak perlu kita bahaskan sangat.
Nama sifat: ar-Rahman (Maha Pengasih) dan ar-Rahim (Maha Penyayang). Dua-dua nama ini berasal dari kata dasar – Rahmah. Apabila Allah meletakkan dua nama ini bersebelahan, bermakna ada perbezaan diantara keduanya.
ar-Rahman menyatakan Sifat Kasih Sayang Allah yang ‘bersangatan’ - extreme. Allah sangat kasih dan sayangkan semua hambaNya - walau yang kafir pun. Lihatlah bagaimana semua makhluk diberikan dengan kehidupan dan segala nikmat. Tidak kira samada hamba itu mukmin, muslim atau kufur. Walaupun hamba itu kufur, tidak percaya kepadaNya, buat syirik kepadaNya, malah ada yang menghinaNya, tapi Allah tetap beri nikmat kekayaan, nikmat kehidupan dan sebagainya.
Tetapi, walaupun ianya adalah sifat kasih yang bersangatan, tapi ianya tidak kekal. Kerana sifat itu tidak dizahirkan di akhirat kelak, kerana orang-orang kafir tidak akan dilepaskan dari dosa-dosa yang mereka telah lakukan.
Sifat ar-Rahman diibaratkan seperti kasih seorang bapa kepada anaknya. Ayah itu sanggup memukul anaknya jikalau anaknya nakal, contohnya jika anak itu tidak mahu pergi sekolah. Ayah itu sanggup buat macam-macam untuk mendisiplinkan anaknya itu supaya anak dia itu menjadi seperti apa yang dia cita-citakan. Seorang ayah itu sanggup melihat anaknya yang nakal masuk penjara kerana hendak mendisiplinkan anak itu.
Oleh itu, Sifat Rahman Allah itu sanggup melihat hambaNya bersusah payah dalam ibadat. Contohnya, kita kena solat setiap waktu. Kita di Malaysia tidak ada masalah untuk mengerjakan solat bila-bila masa pun. Tapi bayangkan di negara-negara yang sejuk, mereka susah untuk mengambil wudu dan sebagainya. Bayangkan mereka berpuasa di kutub utara dalam kesejukan dan masa yang lagi panjang dari kita, kerana siang mereka panjang. Jadi nampak macam mereka terseksa dalam melakukan ibadat.
Dan Allah sanggup melihat penyampai agama (pendakwah) bersusah payah dalam menyampaikan agamaNya. Sampai ada yang dicerca, diejek malah ada yang dibunuh. Mereka hanya menghadapi dugaan ini semasa di dunia. Tapi kepada mereka di akhirat kelak, lain keadaan mereka. Mereka akan dibalas dengan usaha dan kesusahan yang mereka telah lakukan.
Jadi Allah dengan sifat RahmanNya, sanggup melihat hambaNya mengalami susah payah semasa menjalankan ibadat-ibadat dan dakwah mereka kepada manusia. Tapi, ianya tidak percuma sahaja, dimana Allah akan balas kepayahan yang dilalui hambaNya itu dengan pahala dan syurga.
Sifat Rahman Allah ini diberikan kepada seluruh makhlukNya, walaupun yang mukmin atau tidak. Lihatlah bagaimana Allah telah memberikan segala nikmatNya kepada penduduk dunia. Tidak kira samada mereka kafir atau tidak.
Sifat ar-Raheem pula adalah sifat kasih sayang juga, tapi ianya ada sedikit perbezaan dengan ar-rahman. Kalau sifat ar-Rahman menyeluruh, sifat ar-Raheem adalah lebih khusus, tidak semua makhluk akan dapat.
Kalau sifat ar-Rahman sedang berlaku sekarang, tidak semestinya sifat Raheem sedang berlaku. Sebagai contoh, katakanlah seseorang itu dikatakan seorang yang pemurah, selalu menderma. Tetapi tidaklah dia sepanjang masa menderma, ada masa dia tidur dan ada masa dia bekerja dan sebagainya.
ar-Raheem pula diibaratkan kasih seorang emak yang tak sanggup tengok anaknya dipukul. Walaupun anak dia seorang penagih dadah. Dia tak sanggup anaknya masuk penjara. Dia sanggup buat apa sahaja supaya anaknya tidak diazab. Malah, kalau anak dia kena masuk penjara, mungkin mereka sanggup menjadi galang gantinya, asalkan anaknya tidak masuk penjara.
Kalau di dunia, sifat Rahman Allah sanggup melihat hambaNya kepayahan dalam menjaga agama, tapi apabila di akhirat nanti, Allah yang bersifat ar-Raheem tidak sanggup nak tengok hambaNya yang Dia sayang itu mendapat siksa.
Apabila Dia sudah ampun dosa, Dia tidak tanya lagi dah kesalahan dan dosa yang mereka telah lakukan. Kalau kita sebagai manusia, walaupun kita dah maafkan seseorang, kita masih lagi ada tersisa rasa terkilan kita, bukan? Kita masih ingat lagi kesalahan yang dia telah buat kepada kita. Tapi Allah tidak begitu.
Sifat Rahim ini dikatakan oleh ulama dikhususkan kepada orang mukmin sahaja. Tidak diberikan kepada selainnya. Kalau kita bukan seorang yang mukmin, berkemungkinan kita tidak dapat merasa nikmat Rahim Allah ini.
Kedua-dua sifat ar-rahman dan ar-raheem itu kena ada. Kalau kita gunakan contoh sifat rahman itu dengan kasih seorang ayah dan raheem itu sebagai kasih seorang ibu, maka kedua-dua kasih ayah dan ibu itu kena ada. Kalau satu sahaja ada, anak itu tidak mendapat penjagaan yang sempurna. Bayangkan, kalau anak itu dapat kasih ayah sahaja, susah hidup dia, sebab ayah dia walaupun sayang anak, tapi dia tidak tunjukkan. Kalau anak dia kena pukul di sekolah, dia buat tak tahu sahaja kerana dia anggap benda itu adalah perkara biasa untuk melatih anaknya itu.
Dan kalau dapat kasih ibu sahaja pun susah juga, kerana anak itu jadi manja dan lemah sebab selalu ditatang sahaja.
Kalau kita lihat susunan basmallah ini, kita boleh lihat bagaimana Allah memulakan penggunaan namaNya dari bentuk umum (nama Allah) kepada bentuk yang spesifik (ar-Raheem). Basmallah bermula dengan nama Allah – yang merangkumi seluruh sifat-sifatNya. Kemudian nama ar-Rahman – iaitu sifat Pemurah Allah yang diberikan kepada seluruh makhluknya. Kemudian lebih spesifik lagi adalah nama ar-Rahim – sifat pemurah Allah yang hanya diberikan kepada orang mukmin sahaja. Begitu hebat sekali susunan Basmalah ini.
Perbincangan Hukum:
Para ulama telah sepakat mengatakan bahawa basmalah adalah salah satu ayat dari Surah an-Naml. Tapi mereka berbeza pendapat samada basmallah itu ayat yang berdiri sendiri pada awal setiap surah atau sebahagian dari surah itu.
Ataukah ianya salah satu dari setiap surah, atau sebahagian dari surah Fatihah sahaja.
Ataukah basmalah yang ditulis di awal setiap surah itu hanya sebagai pemisah antara surah semata-mata dan bukan sebahagian dari ayat.
Diantara ulama yang mengatakan bahawa basmalah adalah ayat dari setiap surat adalah Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Ibnu Az-Zubair, Abu Hurairah dan Ali. Sedangkan Imam Malik dan Abu Hanifah berpendapat bahawa basmalah itu bukan termasuk surah Fatihah dan tidak juga surat-surat lainnya.
Bagi mereka yang mengatakan bahawa basmalah bukan sebahagian dari surat Fatihah, maka mereka tidak membacanya secara jahr (kuat) di dalam solat. Tapi ada juga yang tidak membacanya di awal surah kerana ada juga hadis yang mengatakan bahawa Nabi tidak membaca basmallah di awal surah.
Tapi tidaklah terjadi perbezaan pendapat kerana semua ulama telah sepakat bahawa solat orang yang membaca basmallah dengan kuat atau dengan perlahan adalah sah.
Saya bawakan perbincangan ini kerana kalaulah kita mendengar ada imam yang tidak membaca basmalah apabila membaca Fatihah, janganlah pula kita kata dia sesat (atau dia Wahabi) tapi dia tahu ada pendapat yang mengatakan tidak perlu baca Basmalah dengan jahr dalam Fatihah.
Bacaan basmallah dianjurkan untuk dibaca dalam setiap perbuatan kita. Salah satu kehebatan basmallah adalah: ianya adalah satu perkataan yang TIDAK LENGKAP. Bagaimana pula satu perkara yang tidak lengkap adalah satu kebaikan? Apakah yang dimaksudkan ianya tidak lengkap?
Ayat yang lengkap sepatutnya ada subjek dan predikat. Sebagai contoh, apabila ayat berbunyi “saya mahu pergi…”, ianya tidak lengkap kerana timbul persoalan, pergi ke mana? Jadi susunan basmallah tidak lengkap. Apabila kita sebut “dengan nama Allah”, ianya seperti tergantung, bukan? Itu adalah supaya ianya boleh digunakan dalam semua keadaan. Sebagai contoh, “dengan nama Allah, aku hendak makan”, “dengan nama Allah, aku hendak memulakan solat ini”, “dengan nama Allah, aku hendak memulakan membaca Quran ini” dan sebagainya. Itulah kehebatan basmallah. Ma Sha Allah…..
Juga, apabila kita menyebut basmallah sebelum memulakan sesuatu, ianya seperti pernyataan dari kita bahawa kita buat sesuatu itu *HANYA* dengan nama Allah. Tidak ada nama tuhan yang lain. Tidak dengan nama entiti yang lain. Jadi, ada elemen ‘ikhlas’ disitu, dimana kita hanya menggunakan nama Allah sahaja. Ini supaya keluar dari syirik. Kerana kalau kita rasa perbuatan kita itu ditolong atau dibantu oleh entiti lain, itu adalah satu perbuatan yang syirik.
Oleh itu, janganlah kita menggunakan perkataan-perkataan yang lain. Jangan kita katakan, sebagai contoh, “demi rakyat, kita melakukan ini dan itu”, atau kita kata, “dengan berkat tok syeikh ini dan itu, kita berjaya sampai ke sini dan sebagainya”. Itu adalah kata-kata yang salah.
Begitu juga, kalau kita faham makna basmalah ini, kita akan sedar bahawa setiap kali kita sebut basmallah dalam kita hendak memulakan sesuatu, kita sebenarnya berdoa kepada Allah. Maka, ianya adalah satu perkara ibadat. Kerana doa adalah ibadat. Dan apabila kita buat ibadat, kita akan mendapat pahala.
Tapi janganlah pula amalkan basmalah dalam bilangan tertentu, amalkan amalan bidaah seperti Bismalah lima, Bismilah Tujuh dan sebagainya. Itu tidak ada dalam sunnah.
Basmalah juga adalah juga satu bentuk zikir. Kerana kita sentiasa ingat Allah dalam kita memulakan sesuatu. Walaupun pada zahirnya, perbuatan yang kita lakukan itu bukanlah satu bentuk ibadat yang khusus. Kalau solat, memang ianya ibadah yang khusus. Tapi bagaimana dengan makan, naik kenderaan, keluar rumah dan sebagainya? Itu semua bukan ‘ibadat khusus’. Oleh itu, dengan menyebut basmallah, kita telah memasukkan elemen zikir dalam amalan kita itu. Dengan sentiasa menyebut basmallah, kita telah melakukan zikir kepada Allah. Kerana kita ingat kepada Allah waktu itu. Oleh itu, semasa kita menyebutkan basmallah, hendaklah kita lahirkan dalam hati kita pemahaman bahawa kita sedang menyebut nama Allah disitu.
Dengan sentiasa menyebut basmallah, akan timbul perasaan yang semakin sayang kepada Allah. Kerana kita sedar bahawa dengan pertolongan Allah lah segala usaha kita akan membuahkan hasil.
Alhamdulillah. Selesai. Maaf kerana panjang. Nak kena habiskan juga. Kita tutup kelas kita dengan tasbih kaffarah.
بسم الله الرحمن الرحيم
إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنًسْتَعِيْنُهُ وَنًسْتَغْفِرُهْ وَنًعُوذً ِبِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللهَ، وَخَيْرَ الهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ ِبِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.
سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَا إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
وبعد
Assalamualaikum kita sambung kelas kita hari ini, in sha Allah.
Kelas 2: Bab 'Basmalah'
Kelas pada hari ini adalah tentang lafaz Basmalah. Kita kupas satu persatu lafaz yang ada di dalam basmalah yang selalu kita ucapkan. Mungkin panjang sedikit perbahasan kita pada hari ini, maka harap dapat bersabar.
Kalimat basmallah ini adalah satu lafaz yang amat hebat. Tidak diberikan kepada agama-agama lain. Tidak diberikan kepada orang Yahudi dan tidak diberikan kepada agama Kristian.
Lafaz yang kita selalu ucapkan adalah ‘bismillah’. Tetapi nama ucapan itu adalah ‘basmalah’. Jadi, bila saya tulis ‘basmalah’, bukan saya salah eja, tapi ia memang begitu. Nama lain baginya adalah 'tasmiah'.
Huraian
Dengan Nama Allah; apabila kita kata ‘dengan’, sepatutnya ada ayat sebelum itu. Kerana kalau tidak, ayat ini macam tergantung. Jadi ada ulama yang kata ayat sebelum itu adalah “aku mula membaca Quran ini adalah….” disambung: ‘dengan nama Allah yang bersifat Rahman dan Rahim’. Ini adalah kaedah 'taqdir' dengan menambah kalimat yang perlu untuk menjadikannya lengkap.
Huruf بِ ‘ba’ dalam بِسْمِ itu adalah sesuatu yang menjadi perbincangan ulama. Apakah yang dimaksudkan olehnya?
Ini adalah kerana huruf ‘ب’ itu mempunyai banyak kegunaan dalam bahasa Arab. Ulama mengatakan terdapat 20 makna yang boleh diambil apabila ada penggunaan ‘ba’ itu. Kita biasa terjemahkan ‘ba’ itu dengan makna: dengan. Tapi apakah maksud ‘dengan’ dalam basmalah?
Perbincangan ulama mengatakan bahawa ‘ba’ dalam basmallah ini membawa dua maksud: ba’ musaahabah dan ba’ istiaanah.
A. Ba’ musaahabah
(lihat perkataan musaahabah sama macam sahabat - untuk senang ingat)
Bermaksud kita hendak mendekatkan diri ‘dengan’ Allah supaya perbuatan yang kita buat itu mendapat keberkatan dari Allah dengan kita membaca basmallah itu. Ini kerana segala usaha tidak membuahkan hasil kalau Allah tidak mengizinkan. Hanya apabila Allah izinkan, baru terjadi.
Kalau Allah tak izinkan kita makan, maka kita tidak dapat nak suap makanan dalam mulut pun. Dan kita mengharapkan keberkatan dari bacaan basmallah itu sampai kepada usaha kita itu. Dengan berkat Allah, perkara yang sedikit menjadi banyak. Sebagai contoh, kalau Allah memberi berkat kepada makanan itu, walaupun ianya sedikit sahaja, tapi kita akan kenyang dengan makanan yang sedikit itu dan ianya akan memberi tenaga yang banyak kepada kita.
B. Ba’ istiaanah
(dari katadasar yang sama dalam fatihah - iyyaka nastain - untuk senang ingat)
Bermaksud kita mengharapkan pertolongan dari Allah. Semoga dengan izin dan pertolongan Allah, usaha kita itu akan berjaya. Kita sebagai manusia yang hina, memang amat mengharapkan pertolongan dari Allah. Tidak akan berjaya sesuatu usaha itu tanpa ada pertolongan dari Allah.
Kesimpulan:
Dua-dua makna itu ada persamaan dan lebih kurang sahaja. Maknanya, kita membaca basmalah mengharapkan pertolongan dari Allah untuk memudahkan perkara yang kita lakukan itu. Oleh itu, setiap kali kita baca basmalah ini, ingatlah yang kita sebenarnya sedang berdoa mengharapkan pertolongan dari Allah. Ianya bukan lafaz yang biasa sahaja.
Dari dua makna itu, kita menzahirkan dalam diri kita bahawa Allah lah sahaja sumber barakah dan pertolongan. Dari awal-awal lagi sebelum kita mulakan usaha itu pun, kita dah doa kepada Allah.
Perbincangan Nama Dzat:
Allah. Kata ini adalah nama untuk Rabb. Dikatakan bbahawa kalimah 'Allah' adalah al-ismul a’zham (nama yang paling agung) kerana nama itu menyandang segala macam Sifat-sifatNya yang lain.
Kalau kita sebut ar-Rahman, itu hanyalah sifat Pemurah Allah sahaja. Kalau kita sebut ar-Razzaq, itu menyentuh tentang sifat Allah memberi rezeki sahaja. Tapi, apabila kita gunakan nama Allah – ianya merangkumi semua Sifat-sifat Allah itu.
Nama Allah merupakan nama yang tidak diberikan kepada sesiapa pun selain DiriNya, yang Maha Suci dan Maha Tinggi. Oleh kerana itu, dalam bahasa Arab tidak diketahui dari kata apa nama itu berasal. Maka diantara para ahli nahu mengatakan bahawa nama Allah itu adalah ismun jamid, iaitu nama yang tidak mempunyai kata dasar. Ada juga ulama yang mengatakan ianya adalah dari kata al-ilah dan dipendekkan jadi ‘Allah’. Tapi ini adalah perbincangan yang agak panjang dan tidak perlu kita bahaskan sangat.
Selepas Allah menyebut Nama DzatNya, Allah terus memberitahu SifatNya.
ar-Rahman menyatakan Sifat Kasih Sayang Allah yang ‘bersangatan’ - extreme. Allah sangat kasih dan sayangkan semua hambaNya - walau yang kafir pun. Lihatlah bagaimana semua makhluk diberikan dengan kehidupan dan segala nikmat. Tidak kira samada hamba itu mukmin, muslim atau kufur. Walaupun hamba itu kufur, tidak percaya kepadaNya, buat syirik kepadaNya, malah ada yang menghinaNya, tapi Allah tetap beri nikmat kekayaan, nikmat kehidupan dan sebagainya.
Tetapi, walaupun ianya adalah sifat kasih yang bersangatan, tapi ianya tidak kekal. Kerana sifat itu tidak dizahirkan di akhirat kelak, kerana orang-orang kafir tidak akan dilepaskan dari dosa-dosa yang mereka telah lakukan.
Sifat ar-Rahman diibaratkan seperti kasih seorang bapa kepada anaknya. Ayah itu sanggup memukul anaknya jikalau anaknya nakal, contohnya jika anak itu tidak mahu pergi sekolah. Ayah itu sanggup buat macam-macam untuk mendisiplinkan anaknya itu supaya anak dia itu menjadi seperti apa yang dia cita-citakan. Seorang ayah itu sanggup melihat anaknya yang nakal masuk penjara kerana hendak mendisiplinkan anak itu.
Oleh itu, Sifat Rahman Allah itu sanggup melihat hambaNya bersusah payah dalam ibadat. Contohnya, kita kena solat setiap waktu. Kita di Malaysia tidak ada masalah untuk mengerjakan solat bila-bila masa pun. Tapi bayangkan di negara-negara yang sejuk, mereka susah untuk mengambil wudu dan sebagainya. Bayangkan mereka berpuasa di kutub utara dalam kesejukan dan masa yang lagi panjang dari kita, kerana siang mereka panjang. Jadi nampak macam mereka terseksa dalam melakukan ibadat.
Dan Allah sanggup melihat penyampai agama (pendakwah) bersusah payah dalam menyampaikan agamaNya. Sampai ada yang dicerca, diejek malah ada yang dibunuh. Mereka hanya menghadapi dugaan ini semasa di dunia. Tapi kepada mereka di akhirat kelak, lain keadaan mereka. Mereka akan dibalas dengan usaha dan kesusahan yang mereka telah lakukan.
Jadi Allah dengan sifat RahmanNya, sanggup melihat hambaNya mengalami susah payah semasa menjalankan ibadat-ibadat dan dakwah mereka kepada manusia. Tapi, ianya tidak percuma sahaja, dimana Allah akan balas kepayahan yang dilalui hambaNya itu dengan pahala dan syurga.
Sifat Rahman Allah ini diberikan kepada seluruh makhlukNya, walaupun yang mukmin atau tidak. Lihatlah bagaimana Allah telah memberikan segala nikmatNya kepada penduduk dunia. Tidak kira samada mereka kafir atau tidak.
Sifat ar-Raheem pula adalah sifat kasih sayang juga, tapi ianya ada sedikit perbezaan dengan ar-rahman. Kalau sifat ar-Rahman menyeluruh, sifat ar-Raheem adalah lebih khusus, tidak semua makhluk akan dapat.
Kalau sifat ar-Rahman sedang berlaku sekarang, tidak semestinya sifat Raheem sedang berlaku. Sebagai contoh, katakanlah seseorang itu dikatakan seorang yang pemurah, selalu menderma. Tetapi tidaklah dia sepanjang masa menderma, ada masa dia tidur dan ada masa dia bekerja dan sebagainya.
ar-Raheem pula diibaratkan kasih seorang emak yang tak sanggup tengok anaknya dipukul. Walaupun anak dia seorang penagih dadah. Dia tak sanggup anaknya masuk penjara. Dia sanggup buat apa sahaja supaya anaknya tidak diazab. Malah, kalau anak dia kena masuk penjara, mungkin mereka sanggup menjadi galang gantinya, asalkan anaknya tidak masuk penjara.
Kalau di dunia, sifat Rahman Allah sanggup melihat hambaNya kepayahan dalam menjaga agama, tapi apabila di akhirat nanti, Allah yang bersifat ar-Raheem tidak sanggup nak tengok hambaNya yang Dia sayang itu mendapat siksa.
Apabila Dia sudah ampun dosa, Dia tidak tanya lagi dah kesalahan dan dosa yang mereka telah lakukan. Kalau kita sebagai manusia, walaupun kita dah maafkan seseorang, kita masih lagi ada tersisa rasa terkilan kita, bukan? Kita masih ingat lagi kesalahan yang dia telah buat kepada kita. Tapi Allah tidak begitu.
Sifat Rahim ini dikatakan oleh ulama dikhususkan kepada orang mukmin sahaja. Tidak diberikan kepada selainnya. Kalau kita bukan seorang yang mukmin, berkemungkinan kita tidak dapat merasa nikmat Rahim Allah ini.
Kesimpulan dari sifat ar-rahman dan ar-raheem
Allah meletakkan kedua-dua sifat ini bersama-sama dalam basmalah untuk memberitahu kesempurnaan SifatNya. Seperti kita telah sebut, ada perbezaan antara sifat ar-rahman dan ar-raheem. Tapi apabila ianya diletakkan sekali, Allah merangkum kesempurnaan yang ada dalam sifat rahmahNya itu.Kedua-dua sifat ar-rahman dan ar-raheem itu kena ada. Kalau kita gunakan contoh sifat rahman itu dengan kasih seorang ayah dan raheem itu sebagai kasih seorang ibu, maka kedua-dua kasih ayah dan ibu itu kena ada. Kalau satu sahaja ada, anak itu tidak mendapat penjagaan yang sempurna. Bayangkan, kalau anak itu dapat kasih ayah sahaja, susah hidup dia, sebab ayah dia walaupun sayang anak, tapi dia tidak tunjukkan. Kalau anak dia kena pukul di sekolah, dia buat tak tahu sahaja kerana dia anggap benda itu adalah perkara biasa untuk melatih anaknya itu.
Dan kalau dapat kasih ibu sahaja pun susah juga, kerana anak itu jadi manja dan lemah sebab selalu ditatang sahaja.
Kalau kita lihat susunan basmallah ini, kita boleh lihat bagaimana Allah memulakan penggunaan namaNya dari bentuk umum (nama Allah) kepada bentuk yang spesifik (ar-Raheem). Basmallah bermula dengan nama Allah – yang merangkumi seluruh sifat-sifatNya. Kemudian nama ar-Rahman – iaitu sifat Pemurah Allah yang diberikan kepada seluruh makhluknya. Kemudian lebih spesifik lagi adalah nama ar-Rahim – sifat pemurah Allah yang hanya diberikan kepada orang mukmin sahaja. Begitu hebat sekali susunan Basmalah ini.
Perbincangan Hukum:
Para ulama telah sepakat mengatakan bahawa basmalah adalah salah satu ayat dari Surah an-Naml. Tapi mereka berbeza pendapat samada basmallah itu ayat yang berdiri sendiri pada awal setiap surah atau sebahagian dari surah itu.
Ataukah ianya salah satu dari setiap surah, atau sebahagian dari surah Fatihah sahaja.
Ataukah basmalah yang ditulis di awal setiap surah itu hanya sebagai pemisah antara surah semata-mata dan bukan sebahagian dari ayat.
Diantara ulama yang mengatakan bahawa basmalah adalah ayat dari setiap surat adalah Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Ibnu Az-Zubair, Abu Hurairah dan Ali. Sedangkan Imam Malik dan Abu Hanifah berpendapat bahawa basmalah itu bukan termasuk surah Fatihah dan tidak juga surat-surat lainnya.
Bagi mereka yang mengatakan bahawa basmalah bukan sebahagian dari surat Fatihah, maka mereka tidak membacanya secara jahr (kuat) di dalam solat. Tapi ada juga yang tidak membacanya di awal surah kerana ada juga hadis yang mengatakan bahawa Nabi tidak membaca basmallah di awal surah.
Tapi tidaklah terjadi perbezaan pendapat kerana semua ulama telah sepakat bahawa solat orang yang membaca basmallah dengan kuat atau dengan perlahan adalah sah.
Saya bawakan perbincangan ini kerana kalaulah kita mendengar ada imam yang tidak membaca basmalah apabila membaca Fatihah, janganlah pula kita kata dia sesat (atau dia Wahabi) tapi dia tahu ada pendapat yang mengatakan tidak perlu baca Basmalah dengan jahr dalam Fatihah.
Bacaan basmallah dianjurkan untuk dibaca dalam setiap perbuatan kita. Salah satu kehebatan basmallah adalah: ianya adalah satu perkataan yang TIDAK LENGKAP. Bagaimana pula satu perkara yang tidak lengkap adalah satu kebaikan? Apakah yang dimaksudkan ianya tidak lengkap?
Ayat yang lengkap sepatutnya ada subjek dan predikat. Sebagai contoh, apabila ayat berbunyi “saya mahu pergi…”, ianya tidak lengkap kerana timbul persoalan, pergi ke mana? Jadi susunan basmallah tidak lengkap. Apabila kita sebut “dengan nama Allah”, ianya seperti tergantung, bukan? Itu adalah supaya ianya boleh digunakan dalam semua keadaan. Sebagai contoh, “dengan nama Allah, aku hendak makan”, “dengan nama Allah, aku hendak memulakan solat ini”, “dengan nama Allah, aku hendak memulakan membaca Quran ini” dan sebagainya. Itulah kehebatan basmallah. Ma Sha Allah…..
Juga, apabila kita menyebut basmallah sebelum memulakan sesuatu, ianya seperti pernyataan dari kita bahawa kita buat sesuatu itu *HANYA* dengan nama Allah. Tidak ada nama tuhan yang lain. Tidak dengan nama entiti yang lain. Jadi, ada elemen ‘ikhlas’ disitu, dimana kita hanya menggunakan nama Allah sahaja. Ini supaya keluar dari syirik. Kerana kalau kita rasa perbuatan kita itu ditolong atau dibantu oleh entiti lain, itu adalah satu perbuatan yang syirik.
Oleh itu, janganlah kita menggunakan perkataan-perkataan yang lain. Jangan kita katakan, sebagai contoh, “demi rakyat, kita melakukan ini dan itu”, atau kita kata, “dengan berkat tok syeikh ini dan itu, kita berjaya sampai ke sini dan sebagainya”. Itu adalah kata-kata yang salah.
Begitu juga, kalau kita faham makna basmalah ini, kita akan sedar bahawa setiap kali kita sebut basmallah dalam kita hendak memulakan sesuatu, kita sebenarnya berdoa kepada Allah. Maka, ianya adalah satu perkara ibadat. Kerana doa adalah ibadat. Dan apabila kita buat ibadat, kita akan mendapat pahala.
Tapi janganlah pula amalkan basmalah dalam bilangan tertentu, amalkan amalan bidaah seperti Bismalah lima, Bismilah Tujuh dan sebagainya. Itu tidak ada dalam sunnah.
Basmalah juga adalah juga satu bentuk zikir. Kerana kita sentiasa ingat Allah dalam kita memulakan sesuatu. Walaupun pada zahirnya, perbuatan yang kita lakukan itu bukanlah satu bentuk ibadat yang khusus. Kalau solat, memang ianya ibadah yang khusus. Tapi bagaimana dengan makan, naik kenderaan, keluar rumah dan sebagainya? Itu semua bukan ‘ibadat khusus’. Oleh itu, dengan menyebut basmallah, kita telah memasukkan elemen zikir dalam amalan kita itu. Dengan sentiasa menyebut basmallah, kita telah melakukan zikir kepada Allah. Kerana kita ingat kepada Allah waktu itu. Oleh itu, semasa kita menyebutkan basmallah, hendaklah kita lahirkan dalam hati kita pemahaman bahawa kita sedang menyebut nama Allah disitu.
Dengan sentiasa menyebut basmallah, akan timbul perasaan yang semakin sayang kepada Allah. Kerana kita sedar bahawa dengan pertolongan Allah lah segala usaha kita akan membuahkan hasil.
Alhamdulillah. Selesai. Maaf kerana panjang. Nak kena habiskan juga. Kita tutup kelas kita dengan tasbih kaffarah.
Langgan:
Catatan (Atom)