Bersama ahli panel Ustaz Azlizan Nueq & Ustaz Ibn Umar

Memaparkan catatan dengan label Surah Adh-Dhuha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Surah Adh-Dhuha. Papar semua catatan

Pengertian Ayat Pertama : Demi Waktu Dhuha

[Panel : Ustaz Noh Fariq Omar]


Bismillah.. Was solatu a'la Rasulillah, a'mma ba'd.. Alhamdulillah..segala pujian bagi Allah, selawat serta salam ke atas Rasulillah saw…

Pertama: Kita panjatkan syukur atas nikmat Islam dan Iman kita kepada Allah swt. Hari ini kita telah Islam..dengan mengucapkan Shahadah “Laa ilaha illa Allah, Muhammad a’bduhu wa Rasuluh”

Namun untuk mengatakan kita beriman, maka sama-sama kita renung dahulu peristiwa dalam Surah Al Hujurat:

‼️ Rujuk ( surah : ayat ) ~ 49 : 14

قَالَتِ الْاَعْرَابُ اٰمَنَّا     ؕ  قُلْ لَّمْ تُؤْمِنُوْا وَلٰـكِنْ قُوْلُوْۤا اَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْاِيْمَانُ فِيْ قُلُوْبِكُمْ   ۚ  وَاِنْ تُطِيْعُوا اللّٰهَ وَرَسُوْلَهٗ لَا يَلِتْكُمْ مِّنْ اَعْمَالِكُمْ شَيْئًــا    ؕ  اِنَّ اللّٰهَ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ
“Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman".….. 
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam ‘…..
Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

Jelas di sini, untuk beriman itu memerlukan proses.. Lalu bagaimana proses untuk beriman kepada Allah?? Ada banyak dalam Quran dan Sunnah..

Antaranya, disebut selepas ayat (Al Hujurat tadi).. ‼️ Rujuk ( surah : ayat ) ~ 49 : 15

اِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا بِاللّٰهِ وَرَسُوْلِهٖ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوْا وَجَاهَدُوْا بِاَمْوَالِهِمْ وَاَنْفُسِهِمْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ    ؕ  اُولٰٓئِكَ هُمُ الصّٰدِقُوْنَ
“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah…

1) orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya,
2) kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, 
3) serta mereka berjuang dengan harta benda 
4) dan jiwa mereka pada jalan Allah;

……mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)”


Dan kedua:  kita bersyukur nikmat kesihatan dan masa lapang, sehingga dapat kita bersama pada petang ini untuk membaca, seterusnya meneliti ayat-ayat Allah swt.


Dhuha:

Kita telah bincangkan mengenai perkara yg Allah bersumpah dalam Al Quran.

Ada 2 perkara yang Allah sumpahkan dalam surah ini:
Pertama: Waktu Dhuha (Ayat 1)
Kedua: Waktu Malam (Ayat 2)

Tambahan maklumat lain:
Ada yg Allah bersumpah dengan 1 benda, 2 benda, 3 benda.. dan paling byk: 4 benda..

Contoh: Surah At Tiin:
1) Tin
2) Zaitun
3) Tur Sina
4) Balad Amin (Makkah)

Persoalan: Adakah kesemua sumpahan dalam Al Quran terletak di awal surah?

Tak SEMESTINYA.. Ada juga sumpahan yg terletak di tengah surah. Contoh.. ‼️ Rujuk ( surah : ayat ) ~ 81 : 15

فَلَاۤ  اُقْسِمُ بِالْخُنَّسِ 
“Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul”
(Ayat sumpahan ini terletak di tengah-tengah surah At Takwir)


Tiada dalil yg khusus yg menyatakan "kenapa Allah mesti bersumpah".. Akan tetapi, ulama tafsir simpulkan:

1. Allah mulakan sesuatu kenyataan dengan dahulukan sumpahan adalah untuk menarik perhatian manusia

2. Isyarat dari Allah, untuk menunjukkan perkara yang Allah nyatakan selepas sumpahan adalah perkara yang besar atau penting


Ayat Pertama: Demi Waktu Dhuha

Bilakah waktu Dhuha?

Secara umum (menurut syarak) : Bermula dari selepas terbit matahari iaitu anggaran naik matahari setinggi segalah sehingga condongnya matahari ke arah barat.

Iaitu: Jam syuruk + 1/3 waktu syuruk tersebut..

Begini:
1. Waktu Syuruk: 7:21 pagi + 1/3 (81 Minit) 👈 dari Azan Subuh ke 7.21am tadi
= 07:21 pagi + 27 minit
= 07:48 pagi.

Atau dalam Hadis Nabi saw:
Dari Zaid bin Arqam r.a, berkatanya, “Nabi Muhammad saw keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Sunat Dhuha. Baginda  saw bersabda :
“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”
(HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

Ini la waktu afdhal.. Bagi yg ingin melakukan solat Dhuha sehingga matahari tegak.. (1 jam lebih kurang sebelum zohor)


MAKSUD AYAT DALAM HADIS “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, :

1. Dalam kesibukan "urusan dunia" di awal hari, maka dia kembali sujud kpd Allah (solat Dhuha)
2. Ada shabat yg lakukan selepas kembali dr perang.. Tengah seronok jumpa family semula, maka mereka pun kembali sujud kepada Allah (solat Dhuha)


Biasa sangat bila cerita ayat Adh Dhuha ini, ada persoalan:
"Adakah waktu Dhuha ini sinonim dengan amalan solat sunat Dhuha?"

Tidak semestinya.. Ibn Umar ra mengatakan “tiada” solat Dhuha. Tapi ramai juga sahabat yang mengatakan ada. Oleh itu, kita sedia maklum solat Dhuha ini boleh dilakukan

Saya maklumkan begini agar selain kita hanya teringat tentang "solat dhuha" bila membaca ayat pertama ni, jauh lebih luas di sana ialah "Allah mengajak kita merenung banyak lagi peristiwa dan kebesaran Allah berkaitan waktu Dhuha ini"

Antaranya: ‼️ Rujuk ( surah : ayat ) ~ 20 : 59
Allah SWT berfirman:

قَالَ مَوْعِدُكُمْ  يَوْمُ الزِّيْنَةِ وَاَنْ يُّحْشَرَ النَّاسُ ضُحًى
“Nabi Musa menjawab: "Tempoh yang aku tetapkan untuk kamu itu ialah hari perayaan, dan hendaklah orang ramai berhimpun pada waktu dhuha”

Rupa-rupanya.. waktu Dhuha ini telah berlaku peristiwa penting, Musa vs Firaun

Dalam Kisah Musa as:
1. Mereka berkumpul (perayaan) di waktu Dhuha
2. Musa as yang tentukan waktu itu..

Dalam pandangan yg lain, hikmah dari Allah kepada kita untuk membuat suatu "acara"..., ada baiknya di awal hari IAITU bermula waktu Dhuha..

‼️ Rujuk ( surah : ayat ) ~ 28 : 14
Allah SWT berfirman:

وَلَمَّا بَلَغَ اَشُدَّهٗ وَاسْتَوٰٓى اٰتَيْنٰهُ حُكْمًا وَّعِلْمًا    ؕ  وَكَذٰلِكَ نَجْزِى الْمُحْسِنِيْنَ
"Dan ketika Musa sampai ke peringkat umurnya yang cukup kekuatannya dan sempurna, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikian Kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya"

PERSOALAN : Apa jawapan kepada orang yang mengatakan fadhilat dhuha untuk rezeki?

Rezeki telah ditentukan Allah.. Yg kita lakukan solat Dhuha tu, totally kerana Taqwa kepada Allah.. Dan orang bertaqwa la yg dibuka jalan kemudahan kepada rezeki dan lain-lain. Bukannya orang yang solat dhuha kerana rezeki je..

"dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
(At-Talaaq 65:2)

Itu baru la sifat org yg bertaqwa, jaga tauhid / ibadah tu kepada Allah je..

Mesej Nabi: 
Solat Dhuha = kembali kepada Allah (lepaskan dunia)

Tapi kalau solat pun kerana ada ciri-ciri dunia (rezeki itu ini).. tak mencapai objektif hadis Nabi saw


Baik.. Kesimpulan untuk hari ni:

1. Kita selesai ayat pertama (mengenai waktu Dhuha)
2. Bukanlah ayat ini untuk pikir tentang solat Dhuha je. Itu bagus..tapi jangan tipikal, luaskan fikiran untuk merenung dhuha ini dengan kekuasaan Allah swt
3. Waktu Dhuha adalah waktu yg baik untuk memulakan acara (seperti mana Nabi Musa as) menjalankan misi terhadap Firaun

Setakat tu dulu untuk petang ni..

Surah Adh-Dhuha

[Panel : Ustaz Noh Fariq Omar]

Baik.. Bismillah.. Pertamanya kita panjatkan syukur kepada Allah, Alhamdulillahi Robbil A'lamin..

Pujian (syukur) pertama:
Atas nikmat Islam kita..: (surah:ayat).. 3:85

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ ٱلْإِسْلَٰمِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى ٱلْءَاخِرَةِ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ ﴿٨٥﴾
"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi"

Setidaknya dari ayat ini, kita bersyukur kerana selangkah telah selamat untuk berada di akhirat nanti.. Kerana kita telah berada dalam nikmat Islam (samada baru atau sejak lahir)


Pujian (syukur) kedua:
Nikmat Iman yg Allah kurniakan kpd kita..

‼️ Sila rujuk 14:7
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ ﴿٧﴾
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Untuk difikirkan bersama..
1. Allah firman: Jika syukur..maka BERTAMBAH

2. Tetapi kenapa lawan kufur bagi ayat ini BUKAN berkurang?

Tanpa sedar sebenarnya ayat itu juga menerangkan perihal iman kita kepada Allah swt..

Iman..sifatnya bertambah apabila seseorang itu bersyukur (dengan mengakui rukun2 iman dan melakukan perintah Allah)

TAPI: sekali seorang hamba itu "kufur" (derhaka / ingkar ~ menurut fahaman ibn Abbas) Maka ia terkeluar dari iman.

Maka sebab itu, Allah terus mengisyaratkan kepada kita "dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"

Semoga kita sentiasa bersyukur atas nikmat iman (agar sentiasa bertambah) DAN jangan sekali kufur dengan nikmat iman ini..kerana azab Allah amat pedih.


Syukur seterusnya:
Atas nikmat Sihat / Masa Lapang

Kita sentiasa dengar hadis "rebut 5 sebelum 5"
Hidup - mati
Muda - tua
Kaya - miskin
Lapang - sempit
Sihat - sakit

Akan tetapi dalam hadis yang lain, lebih khusus Nabi saw beritahu (mafhum):

"2 nikmat yg biasa manusia terlupa ialah Kesihatan dan Masa Lapang"

Hati2 dengan nikmat kesihatan.. Nampak biasa, tapi Firaun menjadi semakin bongkak kerana antaranya memperoleh nikmat kesihatan yang lebih hebat dari manusia biasa.


Surah yg kita akan lihat bersama dalam kesempatan petang ini:

Adh-Dhuha..

Info Surah:
1. Surah yg ke 93
2. Mempunyai 11 ayat
3. 40 kalimat
4. 102 huruf
5. Kronologi penurunan ialah yang ke-11

Ia kategori Makkiyyah...


Sedikit perbincangan mengenai Makkiyyah / Madaniyyah..

1. Ada mufassir (ahli Quran bidang tafsir) yang kategorikan ikut tempat (samada Makkah / Madinah)

2. Ada juga mufassir (ahli Quran bidang tafsir) yang kategorikan ikut masa:
iaitu sebelum Hirah Nabi saw
dan selepas Hijrah Nabi saw

Saya (peribadi) lebih menerima peng-kategorian menurut masa (sblm / slps hijrah)


Sebab Dinamakan Surah

Diambil dari ayat pertama iaitu Demi Waktu Dhuha

Beberapa Kaitan Surah ini (Dhuha) dengan Surah yang sebelum (Al-Lail):

1. Saling melengkapi satu sama lain dengan waktu Malam (Lail) dan Siang (Dhuha)

2. Setelah Allah "berkata-kata" kepada orang Kafir di surah Al Lail, surah ini Allah berkata-kata kpd Nabi Muhammad saw pula

3. Kedua-dua surah ini tentang petunjuk, iaitu pentunjuk yang kita harapkan hanya dari Allah. Oleh itu juga, hak memberi petunjuk dari Allah (إِنَّ عَلَينا لَلهُدىٰ).


Sebab penurunan Surah Adh-Dhuha

Nabi s.a.w rasa tidak sihat, sehingga tak boleh melaksanakan Qiyam selama satu atau dua malam. Lalu datanglah seorang wanita kepada Nabi saw dan berkata,
“ Wahai Muhamamd! Aku melihat syaitanmu ( yang dimaksudkan syaitan oleh wanita tersebut ialah malikat Jibril ) telah meninggalkanmu”.

(sahih Bukhari dan Muslim)


Sesetengah kitab tafsir terkemudian menerangkan wanita tersebut bernama: Ummu Jamil..iaitu Isteri kpd Abu Lahab

Setelah wanita itu mengungkap kata-kata: "Syaitan mu (wahai Muhammad) telah meninggalkan mu.."


Maka turun la surah ini..

Masa yg singkat ini, kita ambil dulu "Muqaddimah" ini sebagai beberapa pengajaran @ ibrah:
1. Surah ini antara Surah yg awal diturunkan Allah kpd Nabi Muhammad saw

2. Rasul saw jadi tak sihat hingga tak larat bangun Qiyam (kita anggap ia demam yg agak kuat).. SEBAB wahyu tak turun beberapa hari..

Sangat beza dengan kita..TAK BACA Quran pun boleh muka selamba.

3. Al Quran (syifa) atau vitamin dalam menjalani ibadah harian yang lain


Setakat itu sahaja dahulu.. Kita tangguhkan dahulu..