Bersama ahli panel Ustaz Azlizan Nueq & Ustaz Ibn Umar

Memaparkan catatan dengan label Tadabbur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tadabbur. Papar semua catatan

Surah Baqarah - Ayat 8 Hingga 10

Panel : Ustaz Azlizan Nueq


بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين. والصلاة والسلام على رسو الأمين وعلى آله وصحبه أجمعين. أما بعد؛
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokaatuh.

Hari ini kita masuk topik yang baru iaitu tentang Munafik. Diharap semua dapat tadabbur ayat-ayat yang akan disampaikan, dan menerima dengan dada yang terbuka.....

Ayat 8-20 adalah tentang orang-orang Munafik. Mereka itu adalah orang yang pada zahirnya nampak beriman, tapi hati mereka sebenarnya kufur.

Pada zaman Nabi, mereka ini solat berjemaah bersama dengan Nabi dan para sahabat lain. Jihad pun mereka kadang-kadang pergi juga. Mereka bersama Nabi dan para sahabat yang lain, tapi mereka tidak beriman sebenarnya.

Tapi walaupun mereka duduk di kalangan Rasulullah dan para sahabat, Allah masih lagi gelar mereka ‘kafir’ kerana mereka jahil dan mereka tidak menepati kehendak Islam dan kerana mereka itu ‘jahil akidah’.

Jahil akidah’ ini adalah amat bahaya sekali. Masyarakat kita pun ramai yang jahil akidah dan mereka dikira sudah berada atas pagar munafik. Jadi kalau mereka duduk bersama dengan kita, solat dengan kita, belum tentu mereka selamat lagi.

Ubatnya adalah belajar Quran dari awal hingga akhir. Kita kena ajak mereka kerana takut mereka mati dalam ‘kufur jahil’. Iaitu mereka tidak tahu benda yang mereka wajib tahu dan yang wajib mereka tolak. Kita takut tanpa sedar mereka itu munafik. Bukan mereka sahaja, tapi kita pun takut diri kita pun tergolong dalam golongan munafik juga.

Oleh itu, kena ajak mereka datang belajar tafsir Quran dan kita sendiri kena habis belajar tafsir Quran. Kalau sudah belajar tafsir Quran, mereka sendiri akan sedar yang apa yang mereka dulu buat adalah perkara yang salah. Mereka boleh periksa diri mereka sendiri, kerana kita tidak boleh periksa apa yang ada dalam hati orang lain.

Jadi, dalam ayat-ayat selepas ini kita akan belajar tentang golongan Munafik. Tapi berhati-hati, bukan tugas kita untuk mengatakan atau menuduh orang lain sebagai ‘munafik’. Bukan ajaran Nabi untuk mengatakan seseorang itu munafik. 

Yang kita kena buat adalah kena belajar supaya kita boleh periksa diri kita takut-takut kita pun munafik juga. 

Iaitu kita kena periksa diri kita dahulu, bukan gunakan pengetahuan ini untuk melihat atau menilai seseorang itu munafik atau tidak. 

Bukannya untuk kita senang-senang nak tuduh orang lain munafik, lebih-lebih lagi kalau mereka tidak setuju dengan kita.

Kerana ramai sangat yang kalau marah dengan orang lain, mulalah tuduh orang itu ‘munafik’. Oleh itu, berhati-hatilah dan jaga hati kita dari terjerumus dalam perkara ini.


Baqarah Ayat 8

وَمِنَ النَّا سِ مَنْ يَّقُوْلُ اٰمَنَّا بِا للّٰهِ وَبِا لْيَوْمِ الْاٰ خِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِيْنَ ۘ
["Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian," pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman."]


‎وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ
[Dan ada diantara manusia itu yang berkata:]
Yang dimaksudkan adalah golongan munafik itu.


‎ آمَنَّا بِاللَّهِ
[“Kami beriman dengan Allah”]
Mereka mengaku mereka beriman. Mereka cakap dengan mulut sahaja. Cakap dengan mulut, siapa-siapa pun boleh cakap, bukan?


‎ وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ
[“dan beriman dengan hari akhirat”;]
Dalam ayat ini, mereka mendakwa dengan lidah mereka yang mereka beriman. Dalam ayat ini, mereka mengatakan mereka beriman dengan dua rukun iman: ‘percaya kepada Allah’ dan ‘percaya kepada Hari Akhirat’. Disebut hanya dua rukun iman untuk merangkumi kesemua rukun iman yang lain. Tidak perlu disebut kesemua rukun iman satu persatu.


‎وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ
[pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.]
Allah beritahu yang mereka itu tidak beriman. Mereka tidak beriman dalam hati mereka. Dan Allah tahu apa yang dalam hati mereka (kita sendiri tidak tahu).

Mereka hanya dipanggil ‘orang Islam’ kerana duduk sekali dengan orang Islam yang lain. Sama juga dengan orang kita. Kalau mereka duduk tinggal di Amerika contohnya, mereka akan ikut perangai orang Amerika. Sebab waktu itu, mereka dah tak malu dengan sesiapa dah. Cuma sebab mereka duduk sekali dengan orang Islamlah yang mereka kena buat perangai Islam tu.


Baqarah Ayat 9

Ayat 9: Apakah sifat-sifat mereka? sekarang kita masuk perbincangan sifat-sifat mereka. Kita baca ayat dulu: 

يُخادِعونَ اللَّهَ وَالَّذينَ آمَنوا وَما يَخدَعونَ إِلّا أَنفُسَهُم وَما يَشعُرونَ
[Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar.]


‎يُخَادِعُونَ اللَّهَ
[Mereka hendak tipu Allah Taala;]
Tapi bolehkah mereka hendak menipu Allah? Tentu tidak boleh. Mana boleh nak tipu Allah kerana Allah tahu hati kita. Oleh itu maknanya, mereka hendak menipu wakil Allah, iaitu Nabi Muhammad.


وَالَّذِينَ آمَنُوا
[Dan orang-orang yang beriman.]
Mereka juga hendak menipu orang-orang beriman. Iaitu sahabat-sahabat Nabi. Mereka cuba nak tipu orang beriman. 

Kenapa mereka dikira menipu? Kerana mereka sebut apa yang bukan dalam hati mereka. Mulut cakap lain, tapi lain yang di dalam hati.


وَمَا يَخْدَعُونَ
[Tidaklah mereka menipu]
Mereka cuba nak menipu, tapi tidak berjaya. Kena balik kepada mereka.


‎إِلَّا أَنْفُسَهُمْ
[melainkan diri mereka sendiri]
Mereka hanya menipu diri mereka sahaja dengan kata: “aku beriman, aku beriman…
Tidaklah penipuan mereka itu akan memberi kesan bahaya kepada orang lain melainkan diri mereka sendiri sahaja.


وَمَا يَشْعُرُونَ
[dan mereka tidak sedar.]
Akhirnya mereka menipu diri mereka sendiri, tapi mereka tidak sedar. Ini adalah kerana mereka tidak ada kefahaman dalam agama. 

Mereka tidak memahami agama dengan kefahaman yang sebenar. Mereka tidak faham yang kefahaman agama kena ikut neraca Quran. Bukannya ikut suka sendiri sahaja dan kata-kata guru-guru mereka sahaja.

Mereka sendiri tidak sedar bahawa mereka adalah munafik. Mereka sangka mereka dah Islam dah. Jadi, kita amat takut kalau-kalau kita sekarang ini pun munafik juga. 

Kita sekarang sangka kita dah Islam dah, bukan? Tapi mungkin tanpa kita sedar, kita rupanya tergolong dalam golongan munafik juga. Allahu akbar..ayat ini amat menakutkan sekali. 😳 😭


Janganlah kita rasa selamat sangat yang kita sudah benar-benar mukmin. Sedangkan para sahabat yang kita pandang tinggi itu, mereka pun takut tertimpa kemunafikan.

‎وقال ابنُ أبي مُلَيْكَة : أَدْرَكْتُ ثَلاَثِيْنَ مِنْ أَصْحَابِ النَّبيِّ – صلى الله عليه وسلم – كُلُّهُمْ يَخَافُ النِّفَاقَ عَلَى نَفْسِهِ .
Ibnu Abi Mulaikah pernah berkata: Aku telah mendapati 30 orang sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, semuanya khawatir pada dirinya tertimpa kemunafikan.” 
[HR. Bukhari no. 36]

Tabein ini telah berjumpa dengan 30 orang sahabat dan semuanya takut kalau-kalau mereka munafik. Bayangkanlah: Kalau para sahabat pun risau, takkan kita yang bukan sahabat ini tidak ada rasa risau ini pada diri kita? 😭😭😭

Oleh itu, kita kenalah memeriksa diri kita. Munafik ini adalah satu penyakit hati. Kalau sesuatu penyakit itu, mesti ada tanda-tandanya. Jadi kita kena tahu apakah tanda orang munafik itu. Tanda-tanda itu diterangkan dalam ayat-ayat seterusnya.

Lihatlah, walaupun duduk dengan Nabi pun boleh jadi salah faham, boleh keliru tentang agama, lalu bagaimana agaknya dengan kita zaman sekarang? Ini amat menakutkan.

Nabi tak sebut siapakah orang yang munafik pada zamannya itu. Kerana mungkin mereka akan jadi beriman berkat duduk dengan Nabi dan rapat dengan Quran. Maka itulah sebabnya Nabi tak pernah sebut nama mereka. 

Nabi hanya diberitahu dengan nama-nama orang munafik yang memang telah ditakdirkan munafik sampai mereka mati. Nama mereka itulah yang disebut kepada seorang sahabat yang bernama Huzaifah.

Dan ada banyak lagi munafik pada zaman itu. Mungkin ada antara sahabat yang asalnya munafik tapi mereka akhirnya telah beriman setelah mereka memahami Islam. Begitu jugalah kita ini. Kita harap dengan kita terus belajar Quran ini akan dapat mengeluarkan kemunafikan (jika ada) dalam diri kita.


Baqarah Ayat 10

Ayat 10: Sambungan tentang sifat orang munafik.

في قُلوبِهِم مَرَضٌ فَزادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا ۖ وَلَهُم عَذابٌ أَليمٌ بِما كانوا يَكذِبونَ
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) ada penyakit, maka Allah tambahkan lagi penyakit kepada mereka; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta.


فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ
[Dalam hati mereka ada penyakit;]
Mereka yang digelar sebagai munafik itu ada ‘penyakit’. Kerana mereka ada penyakit ini, iman tidak dapat masuk dalam diri mereka. Penyakit itu menghalang iman dari masuk ke dalam diri mereka.

Apakah maksud ‘penyakit’ dalam ayat ini? Dalam ayat ini, penyakit yang dimaksudkan adalah penyakit akidah yang rosak. Ini adalah kerana mereka tidak belajar, maka mereka jahil akidah.

Asal kenapa mereka mendapat penyakit yang disebut dalam ayat ini adalah kerana dengki, atau benci kepada kebenaran. 

Ia juga bermaksud dengki dengan orang yang membawa kebenaran. Sampai mereka tidak dapat menerima ilmu akidah yang benar. Kalau ada orang yang hendak menceritakan tentang maksud ayat-ayat Quran, tentang Sunnah, mereka tidak suka.

Ini adalah satu sifat yang amat bahaya dan perlu dikeluarkan segera. Kalau seseorang itu boleh buang perasaan itu, barulah boleh masuk keimanan dalam hati. Kalau tidak, sampai bila-bila pun keimanan tidak masuk. Sampai bila-bila jadi jahil, jadi munafik.

Malangnya, begitulah juga yang terjadi kepada masyarakat kita pada hari ini. Banyak guru-guru aliran sunnah yang hendak mengajar tafsir Quran dan Hadis di masjid-masjid, surau-surau, dihalang dari terus mengajar. Ini terjadi apabila ada ayat-ayat Quran dan hadis Nabi yang tidak sesuai dengan pemahaman mereka, tidak kena dengan tekak mereka, maka mereka tolak. 

Sepatutnya mereka membaiki fahaman dan mengubah amalan mereka, tapi tidak, mereka halang ustaz yang mengajar itu pula. Ini sama macam marah kepada doktor yang kata kita ada barah. Sepatutnya kita cari jalan bagaimana nak sembuhkan penyakit barah itu, bukannya marah doktor itu pula.

Allah sendiri kata dalam ayat ini bahawa Munafik itu adalah satu jenis penyakit. Jadi kita kena tahu apakah simtom-simton penyakit itu. Kerana setiap penyakit ada tanda-tandanya. Nanti kita akan belajar simtom-simtom mereka dalam Quran ini.


فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا ۖ
Maka Allah akan tambah bagi mereka penyakit;

Apabila mereka sudah ada penyakit itu, Allah akan tambah penyakit baru. Kalau kita ada penyakit dan tidak diubati, ianya akan melarat ke organ yang lain pula, bukan? Begitulah juga dengan sifat munafik ini.

Ianya akan bertambah apabila semakin banyak ayat Quran yang mereka tolak. Penyakit itu akan bertimpa-timpa ke atas mereka. 

Semakin lama mereka jadi semakin teruk. Ini adalah kerana mereka sekat diri mereka dari mendapat ajaran agama yang benar, maka mereka terus jadi jahil. Apabila jahil agama, maka syaitan akan mengambil peluang untuk mengajar ajaran yang sesat kepada manusia.

Tanpa ilmu untuk menimbang mana yang benar dan mana yang salah, bagaimana lagi manusia dapat selamat? Akhirnya, mereka nama sahaja Islam, solat tidak tinggal, puasa pun tidak tinggal, tapi dalam masa yang sama, buat ajaran yang salah juga. Lihat hadis ini: 

وِ إِنْ صَامَ وَ صَلَّى وَ زَعَمَ أَنُّه مُسْلِمٍ
Dan apabila ia mengerjakan puasa dan shalat, ia menyangka bahwa dirinya seorang muslim” 
[HR Muslim, Kitab Iman, Bab Penjelasan Sifat-Sifat Orang Munafik, no. 59]


وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
[Bagi mereka azab yang pedih;]
Untuk orang munafik, diberikan ‘azab yang pedih’. Ini lagi teruk dari yang diberikan kepada orang kafir. Kerana azab yang pedih, adalah azab yang tidak berkurangan langsung. 

Sebagai contoh, kalau kita hari-hari kena pukul, lama-lama kita tak rasa sakit sangat sebab dah biasa. Tapi, kalau dikatakan azab itu jenis yang أَلِيمٌ, kesakitan itu tidak berkurangan langsung. Sama sahaja sakitnya dari mula sampai bila-bila, malah bertambah. Allah mampu lakukan sebegitu.


بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ
[kerana apa yang mereka dustakan;]
Mereka dikatakan berdusta kerana mereka cakap apa yang bukan dalam hati mereka. Iaitu mereka kata dengan mulut mereka yang mereka beriman, tapi dalam hati sebenarnya mereka tidak beriman.

Jadi ini adalah simptom pertama orang yang ada penyakit munafik – mereka suka menipu.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahwasannya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاث إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَ إِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَ إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
Tanda orang munafik itu tiga apabila ia berucap berdusta, jika membuat janji berdusta, dan jika dipercayai mengkhianati” 
[HR Al-Bukhari, Kitab Iman, Bab Tanda-tanda Orang Munafik, no. 33 dan Muslim, Kitab Iman, Bab Penjelasan Sifat-Sifat Orang Munafik, no. 59]

إِنَّ المُنافِقينَ فِي الدَّركِ الأَسفَلِ مِنَ النّارِ وَلَن تَجِدَ لَهُم نَصيرًا
Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka.
[Nisa:145]

Munafik ini akan duduk di neraka paling bawah (paling teruk).

Alhamdulillah... selesai kelas kita pada hari ini dengan tiga ayat dari Surah Baqarah ini. 

Kita akhiri majlis ilmu pada hari ini dengan tasbih kaffarah..

سبحانك اللهمّ وبحمدك
اشهد ان لا الٰه الّا انت
استغفرك واتوب اليك

وبالله التّوفيق والهداية
سٌلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Surah Asy Syarh @ Alam Nasyrah @ Al Insyirah - Ayat 2 dan Ayat 3

Panel : Ustaz Noh Fariq Omar


Assalamualaikum. Bismillah..

Alhamdulilllah, selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Saw.

Syukur kita atas nikmat Islam dan Iman kita.. Sehingga hari ini, Allah pelihara diri kita dari perkara kekufuran.

Seterusnya, syukur di atas kesihatan, serta masa yang ada. Sehingga kita berpeluang untuk meneruskan sesi pengajian Surah Asy Syarhu.

Semoga kuliah kita ini, Allah kira ia sebagai usaha untuk mencari / menimba peringatan dari ayat-ayat suci Allah Swt.


📌 Saya suka ingatkan..

- Kalau nak buat jambatan, kita kira betul2 supaya selamat / kukuh
- Kalau nak masak, kita timbang bahan ikut sukatan, supaya sedap

Inikan pula nak hidup selamat dunia dan akhirat, mana mungkin kita tak mampu rasa kewajipan semua untuk belajar / memahami Al Quran betul-betul.

Jadi syukuri banyak2 kerana dalam ramai2 manusia, Allah berikan kelunakan hati kita untuk belajar / ambil peringatan dari Al Quran ini.


Sambungan dari ayat pertama 

Ayat 1: Allah Swt telah memulakan surah ini dengan kenyataan bahawa Dia telah melapangkan dada Nabi Muhammad Saw dengan AGAMA.

Maka kita akan melihat ayat ke - 2, kenyataan Allah Swt bahawa Dia juga telah “menghilangkan” beban Nabi Muhammad saw.

Dua ayat (pertama dan kedua) yang saling berkaitan ~ 

Iaitu: Kelapangan dan ketiadaan beban. Ibarat suatu kesempurnaan nikmat

Dalam isyarat Allah yang lain, ia berada di permulaan surah agar memberi motivasi kepada pembaca untuk usaha, doa berharap agar diberikan Allah “kelapangan dan ketiadaan beban” ini.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit...

Semoga Allah kurniakan kita kelapangan dalam hidup dan dihapuskan beban-beban yg menyukarkan.


Surah Asy Syarh @ Alam Nasyrah @ Al Insyirah Ayat 2

وَوَضَعنا عَنكَ وِزرَكَ
“dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu..”

وَضَع :

Pertama: Maknanya mengangkat sesuatu dan meletakkannya ke bawah.
Contoh: angkat bagpack dari belakang dan letak ke bawah.

Kedua: Juga digunakan kalau ibu mengandung anaknya dalam kandungan, dan kemudian melahirkannya.

Rujuk Surah Ali Imran (3) : 36
فَلَمّا وَضَعَتها قالَت رَبِّ إِنّي وَضَعتُها أُنثىٰ
“Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki)”


وِزرَ :
Maksud: Beban (yang sangat berat)

beberapa maksud "beban" pada ayat ini:

A) Ibnu Abbas: 
Kami telah lenyapkan dari mu dosa.

B) Ramai juga mufassir yang mengatakan maksud “hilang beban” di sini ialah: 
Datangnya agama (melalui wahyu) bagi memberikan Nabi saw petunjuk untuk hidup di dunia ini.

C) Ada juga ( Qil ) pendapat: 
Allah telah menghilangkan beban ( Kegusaran / Kebimbangan ) Nabi Saw yang tidak menerima wahyu  dalam beberapa masa (sila rujuk nota Surah Adh Dhuha)

Atau dalam maksud mudah ~ beban:
a) Dosa
b) Tiada petunjuk
c) Perasaan "macam-macam" ketika wahyu terhenti (rujuk surah Dhuha)


Dosa di sini ialah kesalahan Nabi diluar kawalan sebagai manusia biasa (seperti Nabi bermuka masam)

Maka Allah beri wahyu berupa teguran / agama bagi membimbing Nabi Saw

Nabi saw ada "sangka-sangka" atau tidak dapat tahan perasaan sewaktu wahyu terhenti seketika.


Surah Asy Syarh @ Alam Nasyrah @ Al Insyirah Ayat 3 

الَّذي أَنقَضَ ظَهرَكَ
Yang memberatkan belakangmu

ظَهرَ :
belakang badan

**Kalau contoh kita pernah dengar bab Zihar: berkaitan dengan pernikahan dalam ajaran Islam merupakan menyerupakan atau menyamakan isteri baik sebagian tubuhnya atau seluruh tubuhnya dengan orang lain yang haram untuk dinikahi atau bukan mahramnya, selamanya.

Apakah ‘beban’ yang ada di "belakang" Nabi saw tu? Ada beberapa pendapat seperti di bawah ini:

*** ini adalah lanjutan dari perbincangan "bebanan" Nabi terhadap konteks ayat ***

a) Perasaan Nabi Saw dalam mencari petunjuk Allah S.W.T 
📍 Usaha nak panjat Jabal Nur (Gua Hira’) bukan mudah. Tetapi Nabi Saw kerap naik ke sana untuk bermunajat agar Allah “membimbing” baginda / beri petunjuk.

b) Pendapat kedua yang dikatakan sebagai beban itu adalah keadaan masyarakat baginda waktu itu.
📍 Bukan soal untuk makan / hidup. Tetapi kerana berlaku banyak kemungkaran.

c) Beban ketiga yang dikatakan oleh Mufassir adalah: beratnya hati Nabi apabila berhentinya wahyu buat seketika. Ini adalah satu jangkamasa yang dinamakan fatratil wahyi. (rujuk kepada surah Dhuha)
📍 Seperti dalam perbincangan sebelum ni

d) Beban tekanan kerana menjadi Rasul dan Nabi terakhir
📍 Nabi membawa risalah yang sama sejak Adam as. Contohnya perihal kiamat, boleh jadi orang yg Nabi Saw seru lebih “tahu” tentang kiamat kerana mereka juga pernah dengar dalam Taurat / Injil / Zabur.


#BebanDakwah??
#BebanCabaranRasul

Bagi point “D” ini.. kerana itu kita dapat melihat ayat Al Quran, kerap orang yang ingkar bertanya semula kepada Nabi saw mengenai seruan Baginda itu:

Rujuk Surah Al Mulk (67) : 25 - 26
وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَٰذَا الْوَعْدُ
[Dan orang-orang yang engkar itu berkata: Bilalah akan datang janji itu (yakni kiamat)?]

إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
[Sekiranya kamu kalangan orang-orang yang benar!]


Antara sebab mereka tanya: Sebab manusia dah dengar seruan tu sejak Adam, tapi tak kiamat juga.

Tapi Allah ajar kepada Nabi Saw (dan kepada penyampai / pendakwah) semua : 

قُلْ :
Katakan la!

إِنَّمَا الْعِلْمُ عِنْدَ اللَّهِ 
Sesungguhnya ilmu tentang kiamat itu adalah hanya di sisi Allah”

وَإِنَّمَا أَنَا نَذِيرٌ مُبِينٌ
“Dan sesungguhnya aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan yang terang nyata”

‼️ Apa yang ingin kita bahas tentang perkara ini;

Tugas menyampaikan agama bukannya mudah, dan ia memang tugas berat. Namun Allah nasihat kepada pendakwah, tugas kita hanya menyampaikan sahaja. Allah jua la yang memberikan hidayah. 

Soalnya yang patut kita fikir. Kita dah sampaikan dengan jelas / terbaik atau pun tidak ⁉️


Ibrah dan Kesimpulan

Pertama:
Antara kesempurnaan nikmat bukan sekadar kelapangan, tetapi ketiadaan beban yg menyebabkan hati / perasaan menjadi berat.
📍 Sama-sama doakan satu sama lain agar Allah beri kita kedua-dua kelapangan dan terlepas dari beban

Kedua:
Antara perkara yang menjadi beban manusia ialah dosa. Oleh itu, jauhi la dosa. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian merana diri.
📍 Baik sebesar zarrah, jangan tinggalkan. Buruk sebesar zarrah, jangan lakukan.

Ketiga:
Dalam bebanan yang kita pikul hari ni, tugas kita hanya mampu buat yang terbaik dan menyemak samada apa yg kita buat mengikut ciri orang yang diredhai Allah atau tidak. Soal natijah, Allah telah tentukan yang terbaik kepada setiap orang yang berusaha menjadi hamba-Nya.
📍 Do the best ( ikut Al Quran dan Sunnah), let Allah do the rest

Perkongsian dari pelajar

Afnan _ Aliza el'fayyadh:
Amalan seberat biji sawi pun tetap akan dikira 
[Aq 21:47]

Norsiah M:
Sungguhpun begitu jika kita tau perbuatan tu mngundang murka Allah, maka jauhilah la.

Afnan _ Aliza el'fayyadh:

Doa selepas tasyahud akhir sebelum salam 

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ        Allahumma a'inni 'ala zikrika, wa shukrika, wa husni 'ibadatik

Ya Allah ,bantulah aku agar selalu ingat kepadaMu, bersyukur kepadaMu dan memperbaiki ibadatku kepadaMu.
[Hr Abu Daud no 1522]


AlhamduliLah..syukran jazilan. Kita akhiri majlis ilmu ini dengan tasbih kaffarah..

سبحانك اللهمّ وبحمدك
اشهد ان لا الٰه الّا انت
استغفرك واتوب اليك

وبالله التّوفيق والهداية

سٌلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Surah Asy Syarh @ Alam Nasyrah @ Al Insyirah Ayat 1

Panel : Ustaz Noh Fariq Omar


Assalamualaikum wrt.. Insya Allah kita akan mulakan sebentar lagi..

Bismillah.  Alhamdulillah, selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Saw..

Syukur kita atas nikmat Islam dan Iman kita.. Sehingga hari ini, Allah pelihara diri kita dari perkara kekufuran.

Seterusnya. Syukur di atas kesihatan, serta masa yang ada. Sehingga kita berpeluang untuk meneruskan sesi pengajian Surah Asy Syarhu.

Semoga kuliah kita ini, Allah kira ia sebagai usaha untuk mencari / menimba peringatan dari ayat-ayat suci Allah Swt.

Syukur juga atas nikmat kesihatan dan lainnya. Mudahan Allah tambahkan nikmat2 dalam hidup kita bersama keberkatan, bukan bertambah nikmat tetapi semakin jauh dari rahmat Allah Swt..
Aminnn...

Surah baru kita ini : Surah Asy Syarh
Atau nama lain: Alam Nasyrah atau Al Insyirah


Info surah @ trivia surah

Maksud : Kelapangan / Yang Melapangkan

Surah ke : 94 
[akan tetapi kronologi penurunan ialah ke - 12]

Bilangan ayat : 8

Kategori : Makkiyyah

27 kalimat, 103 huruf.


Kaitan antara Surah Adh Dhuha dan Asy Syarhu

1. Kaitan yang amat rapat. Ianya adalah penyambungan dari surah Dhuha, dari ayat yang dimulai dengan soalan: أَلَم يَجِدكَ يَتيمًا فَآوىٰ (fokus pada lafaz “ALAM” yg bermaksud BUKANKAH?)
[bermaksud: bentuk soalan yang sama terdapat dalam surah Dhuha]

2. Di hujung sudah Dhuha, terdapat pesanan Allah menyuruh Nabi sampaikan dakwah dan ajar agama kepada manusia. Dalam surah ini pula Allah menyebut kelebihan agama itu sendiri kepada Baginda.

3. Dalam Surah Dhuha, Allah sebutkan “pasti yang kemudian akan lebih mudah”. Dalam surah ini juga disebut tentang kesenangan yang akan diberikan kepada baginda selepas kesukaran.


Surah Asy Syarh @ Alam Nasyrah @ Al Insyirah Ayat Pertama

أَلَم نَشرَح لَكَ صَدرَكَ
[“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?”]

Konteks ayat ini, ia adalah soalan (istifham taqriri) yang bukan berbentuk meminta jawapan. Tujuan Allah bertanya dalam bentuk itu adalah kerana hendak menekankan yang memang perkara itu telah dilakukan.

Contoh:
Kalau kita cakap ke seseorang: “bukankah aku dah ingatkan tentang hal tu?”

Contoh soalan itu maksudnya: nak beritahu yang kita telah beri peringatan sebelum ini.

Jadi.. apakah yang Allah hendak beri penekanan di sini?
Iaitu: Kelapangan dada kepada Nabi Muhammad Saw


Ada beberapa tafsiran untuk “kelapangan dada baginda”:

Pertama:
Ibnu Abbas telah menafsirkan: “Bukankah Kami telah memudahkan hati mu (Muhammad saw) di hari pengambilan janji (kiamat).

Melapangkan dengan pengetahuan, pemahaman, kemenangan, keyakinan yang teguh..


Kedua:
Riwayat lain dari Ibnu Abbas: Bukankah Kami telah luaskan (kelapangan hati) dengan kenabian.

Kenabian dengan penurunan wahyu ( Al Quran ) kepada Nabi Saw. 
Jadi lebih kurang rumus: Lapang > Nabi : Al Quran (agama)


Ketiga:
Ada juga mufassir yang memberikan pendapat, ayat ini merujuk kepada kisah bagaimana dada Nabi telah pernah dibelah dan dibersihkan dua kali sepanjang hidupnya.

Namun ia pandangan yg lemah dan tidak sesuai untuk dikaitkan dengan ayat ini.


Dalam erti kata lain, ayat ini menceritakan bahawa Allah memberikan kelapangan (Islam) kepada Nabi Muhammad Saw (juga sebenarnya maksud umum: kepada seluruh manusia)

Firman Allah swt: Buka surah Al An’am (6) : 125
فَمَن يُرِدِ اللَّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ
Maksudnya:
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam;

Sambungan..:
وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ
dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya).

كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ
Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.


Berdasarkan ayat, kelapangan dada adalah dengan Islam, dan ia adalah tanda Allah memberikan hidayah kepadanya.

Jadi, siapa yang cari kelapangan hati selain dari ajaran Islam, maka kena renung2kan.

Contoh: Ramai yang cari kelapangan hati kononnya jalan jauh sana-sini.. Tidak! la salah secara mutlak, tapi sebenarnya kelapangan hati tidak la sesukar itu untuk cari.

Amalkan ajaran Islam: mengaji Quran, solat, sedekah, zikrullah dan lain2.


Lawan kepada kalimah Syarh (lapang) pada ayat ini ialah Dhoyyiqan (sempit), iaitu kepada orang yang tidak beroleh hidayah Allah

Maka kena jaga iman.

Demikian beberapa info tafsir dan beberapa ilmu tentang “kelapangan” dalam ayat pertama ini.


Kesimpulan dan Ibrah

1. Kelapangan hati yang sebenar adalah dari Allah. Maka jika sedang diuji / hati tidak tenteram, maka kembalikan urusan dan harapan kepada Allah.
📌 Semak hati kita, selama ni terima jenis kelapangan hati yang bagaimana.

2. Allah swt telah memberikan kelapangan kepada manusia dengan agama (yakni Islam). Oleh itu sesiapa yang mencari kelapangan selain ajaran yg terdapat dalam agama Islam, maka ia mungkin sekadar mainan nafsu.
📌 Amalkan Islam mungkin berat, tak rasa best macam ikut nafsu. Tapi ikut nafsu hanya perasaan lapang seronok / sementara dan tidak hakiki.

3. Orang Islam hatinya sentiasa lapang.


Setakat itu dulu.. Insya Allah bersambung, sekian.. Kita akhiri majlis ilmu pada hari ini dengan tasbih kaffarah.

سبحانك اللهمّ وبحمدك
اشهد ان لا الٰه الّا انت
استغفرك واتوب اليك
وبالله التّوفيق والهداية
سٌلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Surah Baqarah - Ayat 6 Hingga 7

Panel : Ustaz Azlizan Nueq


Assalamualaikum. Alhamdulillah, segala pujian ke hadrat Allah taala kerana beri kita nikmat iman, kesihatan dan dapat meluangkan masa mempelajari wahyuNya. Semoga Allah beri kita kefahaman agama ini. Amma ba'du.


Surah Baqarah Ayat 6 hingga 7

Kalau anda masih ingat, ada beberapa golongan yang disebut dalam Surah Fatihah. Kita telah belajar golongan yang baik sebelum ini. Dan sifat golongan itu disebut dalam ayat-ayat Qur'an yang lain. 

Sekarang kita masuk kepada tafsir ayat غَيرِ المَغضوبِ عَلَيهِم . Iaitu ‘mereka yang dimurkai’.

Mari kita lihat ayat yg pertama utk hari ini: 

Baqarah Ayat 6

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ
[Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.]


إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا
[Sesungguhnya orang-orang yang kafir degil;]

Kenapa dipakai gelaran ‘kafir’ kepada mereka? Kerana dalam hati mereka ada sifat tolak kebenaran. Mereka menutup kebenaran yang sudah ada fitrah diri mereka. 

Dan kita gunakan lafaz ‘kafir degil’ kerana nak bezakan dengan golongan munafik yang ‘kafir jahil’. (Rujuk kelas Tafsir Fatihah).

Kufur’ adalah satu perkataan yang umum. 

Banyak jenis kufur sebenarnya. Ada yang kufur kerana Syirik, ada yang jadi kufur kerana tolak Nabi, ada yang kufur kerana tolak Qur’an walaupun satu ayat dan lain-lain lagi. 

Sebagai contoh, ada yang tolak hudud, ada yang tolak hukum faraid dan sebagainya. Ada yang jadi kufur dengan perbuatan mereka. Sebagai contoh, mereka sujud kepada selain Allah, campak Qur’an kerana hendak menghina Qur’an dan sebagainya.

Kalimat kafir berakar kata dari ك ف ر yang bermaksud “menutup”. 

Pada zaman sebelum Islam istilah tersebut digunakan untuk para petani (كافر) yang sedang menanam benih di ladang, menutup/mengubur dengan tanah. Sehingga kalimat kāfir dapat dimplikasikan menjadi “seseorang yang bersembunyi atau menutup diri”. 

Dalam bahasa Islam, kāfir adalah kalimah yang digunakan untuk seseorang yang menolak / tidak memeluk agama Islam. 

Ini adalah kerana, setiap dari kita telah ada fitrah semulajadi untuk terima Islam, kerana setiap dari kita dilahirkan dalam bentuk suci (atas fitrah). Tapi mereka telah ‘menutup’ fitrah mereka dari terima Islam. Itulah sebabnya mereka dinamakan ‘kafir’.

Jadi ada banyak cara untuk jadi kafir. Kafir dalam ayat ini adalah sengaja menutup kebenaran kerana degil. Sudah tahu yang Qur’an itu benar, tapi masih tolak juga. Mereka akan dihumbankan ke dalam neraka jahannam selama-lamanya. 

Kedegilan inilah yang menyebabkan kekafiran Yahudi dan Musyrikin Mekah kerana mereka tahu kebenaran tapi tolak kerana degil.

Itulah mereka yang sengaja menutup kebenaran kerana degil dalam hati mereka. Ini adalah orang-orang yang menolak ajakan dakwah Islam sampai kepada ‘Peringkat Keempat.’ Iaitu hati mereka telah ‘dikunci mati’. 

Apabila Allah telah kunci mati hati mereka, mereka tidak akan dapat hidayah langsung. Tidak ada cara lagi untuk mereka menerima hidayah, walaupun apa pun yang terjadi, walau dikatakan apa-apa pun kepada mereka.


Peringkat pertama
Hati mereka ragu-ragu terhadap Allah – itu adalah sifat orang munafik dah. Antara percaya dan tidak kepada apa yang Allah sampaikan.

Peringkat Kedua
Mereka lawan dengan hati – tidak mahu terima dakwah Islam.

Peringkat Ketiga
Mereka lawan berdepan. Contohnya apabila ayat Quran dibaca, mereka faham, tapi tidak mahu terima; mereka tolak pendakwah depan-depan, kutuk pendakwah itu dan sebagainya – sudah tidak menyembunyikan lagi apa yang dalam hatinya.

Peringkat Keempat
Apabila seseorang itu terus melawan, Allah akan buat keputusan untuk mengunci mati hatinya dari terima kebenaran.

Benar. Allah yang kunci hati mereka. Tapi Allah bukan kunci dari awal. Kerana mereka telah banyak kali diberi peluang. Allah kunci mati hati mereka kerana Allah dah buat keputusan nak azab mereka.


‎سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ
[sama sahaja ke atas mereka]

Tidak jadi apa-apa pun…. Mereka tidak akan berubah sampai bila-bila.


أَأَنْذَرْتَهُمْ
[sama ada kamu beri ancaman kepada mereka]

Kalau kita berikan peringatan tentang ancaman-ancaman dalam Qur’an.


‎أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ
[atau kamu tidak beri ancaman kepada mereka]

Atau kita tidak beri ancaman kepada mereka, kita buat senyap sahaja. Tidak dakwah kepada mereka.


‎لَا يُؤْمِنُونَ
[Mereka tidak beriman]

Sama sahaja kalau beri peringatan atau tidak, kerana degil, mereka tidak akan beriman. Kerana orang degil tidak akan beriman. 
Inilah maksudnya, mereka tidak akan dapat hidayah sampai bila-bila – kerana mereka telah sampai peringkat kufur keempat. 

Kalau belum sampai lagi peringkat itu, masih ada harapan lagi.


Makna ayat ini semisal dengan ayat lain-nya, yaitu firman-Nya:

‎إِنَّ الَّذِينَ حَقَّتْ عَلَيْهِمْ كَلِمَتُ رَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ وَلَوْ جاءَتْهُمْ كُلُّ آيَةٍ حَتَّى يَرَوُا الْعَذابَ الْأَلِيمَ
Sesungguhnya orang-orang yang telah pasti terhadap mereka kalimat (azab) Tuhanmu tidaklah mereka akan beriman, meskipun datang kepada mereka segala macam keterangan, hingga mereka menyaksikan azab yang pedih. 
[Yunus: 96-97]

Kita kena faham maksud ayat ini. Kalau kita salah faham, kita akan sangka bahawa tidak ada gunanya lagi berdakwah kepada orang kafir. Ini kalau kita baca ‘kafir’ itu sebagai kafir biasa, macam kebanyakan orang kafir sekarang. Sebab kita mungkin kata, kalau kita beri peringatan atau tidak kepada mereka yang kafir itu, mereka tidak akan terima dakwah kita. 

Bukan begitu maksud ayat ini. Kalau begitu, tidaklah ada usaha dakwah lagi dari kita. Kita tengok kawan kita yang agama Kristian…dalam hati kita: “dia ni kafir, dan aku baca dalam Quran, mereka ini tidak akan beriman…” Ini adalah fahaman yang salah.

Pertamanya, siapa boleh tahu yang mereka itu jenis degil? Siapa yang boleh kata seseorang itu jenis ‘kufur degil’? Kita tidak boleh tahu kerana ianya adalah perkara dalam hati. Kalau kita agak sendiri, itu tidak tepat. Dan Allah pun tidak ada beri tanda mereka untuk kita kenal mereka. Maka kita kena dakwah kepada mereka.

keduanya, mereka sahaja yang tidak akan berubah, tapi kita yang pergi dakwah Qur’an kepada mereka, akan berubah (akan dapat kebaikan). Kerana dalam ayat ini, Allah kata ‘ke atas mereka’. Mereka sahaja yang tak dapat faedah dengan dakwah itu, tapi setiap kali kita pergi dakwah kepada mereka, kita akan dapat faedah. 

Untuk dapat kekuatan iman, kita kena sampaikan dakwah kepada orang lain. Lihatlah kisah Nabi Musa. Bukankah Allah suruh Nabi Musa dakwah kepada Firaun? Padahal tentu Allah tahu yang Firaun tidak akan beriman sampai bila-bila, jadi kenapa Allah suruh juga Nabi Musa dakwah kepada Firaun? 

Allah suruh juga Nabi Musa pergi berdakwah kepada Firaun, kerana Nabi Musa akan meningkat imannya setiap kali baginda jumpa dan dakwah kepada Firaun. Jadi, jangan berhenti dari beri dakwah.

Lagi satu, kita kena faham yang kafir yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah orang yang telah didakwah berkali-kali tapi mereka masih lagi tidak terima. Sampai kepada peringkat mereka lawan kita balik. 

Bayangkan orang Musyrikin Quraish itu didakwah sendiri oleh manusia yang paling mulia – Nabi Muhammad. Tentulah cara dakwah Nabi adalah yang paling baik. Dan baginda telah menunjukkan akhlak yang paling baik. Tapi walaupun begitu, mereka masih tidak terima. Malah mereka menentang dan cuba untuk membunuh Nabi. 

Bertahun-tahun Nabi Muhammad berdakwah kepada mereka tapi mereka masih tidak terima. Nabi berada di Mekah selama 13 tahun – 3 tahun dakwah secara sembunyi dan 10 tahun dakwah secara terbuka. Tapi mereka masih tidak mahu terima dan malah mereka menentang Nabi Muhammad.

Oleh kerana itu, Allah telah kunci mati hati mereka dari menerima ajaran Islam. Jadi, kalau kita ada kawan yang tidak masuk Islam setelah kita cerita sedikit tentang Islam kepada dia… tanya sendiri diri kita: dah berapa kali aku dakwah kepada dia?

Kita kena ingat tugas kita, seperti firman Allah dalam banyak ayat Qur’an seperti ini:

‎أَنْتَ نَذِيرٌ وَاللَّهُ عَلى كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ
Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan, dan Allah pemelihara segala sesuat
[Hud: 12]

Ayat ini bukan hanya merujuk kepada Musyrikin Mekah pada zaman Nabi. 
Kalau zaman sekarang, kalau kita dakwah kepada manusia dan ajak mereka kembali kepada Quran dan sunnah, dan mereka engkar untuk terima, sampai kepada peringkat mereka lawan kita, maka mereka juga boleh termasuk dalam golongan yang dimaksudkan dalam ayat ini. 

Iaitu mereka yang telah diberikan dengan dalil-dalil dari Quran dan Hadis Nabi, tapi mereka masih lagi tolak. Cara tolak mereka itu bermacam-macam. Tapi pada dasarnya, mereka tolak ayat-ayat Allah dan hadis Nabi. 

Tapi kita sendiri tidak tahu adakah mereka sudah ditutup hati atau tidak, jadi jangan kita jadi ‘hakim’ pula senang-senang nak kata seseorang itu telah ‘tertutup hatinya’. Itu semua adalah rahsia Allah, jangan kita memandai pula.

Oleh kerana kedegilan adalah di hati dan hanya Allah saja mengetahui, maka dakwah perlu diteruskan dengan sabar.

Sebab itu para Rasul tidak serik-serik berdakwah. Lihat saja pada Nabi Nuh. Setidak-tidaknya ianya berfaedah pada diri sendiri.


Baqarah Ayat 7

‎خَتَمَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْ وَعَلَىٰ أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
[(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.]


‎خَتَمَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ
[Maka Allah kunci mati hati-hati mereka]

Kalau kufur tahap 1 sampai 3, masih ada harapan lagi. Tapi kalau dah tahap 4, setelah hati mereka telah di’kunci mati’, tidak ada harapan lagi kepada mereka. 

Ini dinamakan Khatmul Qalbi. 

Khatam: tutup dan Qalbi: hati 
– Maksudnya hati mereka telah ditutup. Ditutup dari terima hidayah. Ini terjadi apabila mereka banyak sangat menolak ayat-ayat Qur’an. Dan mereka menentang. Perkara ini kita takut terjadi kepada diri kita atau diri orang-orang yang kita kenal. 

Kita amat takut terjadi termasuk dalam golongan mereka ini seperti firman-Nya:

‎بَلْ طَبَعَ اللَّهُ عَلَيْها بِكُفْرِهِمْ
Sebenarnya Allah telah mengunci mati hati mereka karena kekafirannya
[An-Nisa: 155]


‎وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْ
[dan keatas pendengaran mereka;]

Yang dikunci itu bukan ‘telinga’, tapi ‘pendengaran’ mereka. Mereka dengar, tapi tak faham apa yang kita sampaikan. Macam kita panggil lembu. Lembu itu dengar suara kita, tapi dia tak faham yang kita sedang panggil dia, bukan?

Oleh itu, kadang-kadang kita akan jumpa orang yang kita beritahu dia macam-macam, tapi dia macam tidak faham. Sebab inilah. Maaf. Mungkin sebab ini. Kerana kita tidak pasti, bukan?


غِشَاوَةٌ
[ada penutup.]

Ada penutup pada pendengaran dan mereka. Penutup itu adalah dalam bentuk rohani/maknawi sahaja, bukanlah ada penutup yang betul. Kalau korek nak cari dan keluarkan, tidak jumpa. 😊


‎وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
[Dan bagi mereka azab yang agung.]

Balasan kepada mereka adalah mereka akan kekal di dalam neraka selama-lamanya. Tidak ada azab yang lebih teruk lagi. Mereka tidak akan keluar dari neraka. Ini adalah kalau kufur mereka itu adalah jenis kufur syirik.

Ayat ini adalah ancaman pada diri kita sendiri dan sesiapa saja yang memiliki 'kedegilan' seperti firman Allah pada ayat 6 iaitu ayat sebelum ini. Tak perlu tengok pada orang lain tapi lihat pada diri sendiri.


Perkongsian Hadits dari Syaf

Dari Anas dia berkata; adalah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam biasa membaca do'a,
 "YA MUQALLIBAL QULUUB TSABBIT QALBII 'ALAA DIINIKA"
(wahai Dzat yang membolak balikkan hati teguhkanlah hatiku berada di atas agamamu)


Seperkara lagi.. Berdakwah pada diri dulu, lepas itu keluarga, kemudian masyarakat. Itu sunnah Nabi Muhammad.

Baik. Kita akhiri majlis ilmu pada hari ini dengan tasbih kaffarah.

سبحانك اللهمّ وبحمدك
اشهد ان لا الٰه الّا انت
استغفرك واتوب اليك
وبالله التّوفيق والهداية
سٌلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Surah Ad-Dhuha Ayat 11

Panel : Ustaz Noh Fariq Omar


Assalamualaikum.
Bismillah..

Alhamdulilllah.. Selawat dan salam atas Junjungan Nabi Muhammad Saw.

Syukur kita atas nikmat Islam dan Iman kita.. Sehingga hari ini, Allah pelihara diri kita dari perkara kekufuran.

Kenapa kita nak teliti / fahami Quran bersama-sama⁉️

Kalau la kita bina jambatan, maka kita kira sungguh-sungguh. Supaya selamat, jambatan tak roboh.

Inikan pula jalan kita nak kembali kepada Allah. Mana mungkin manusia boleh sambil lewa? Sedangkan ia suatu perkara yang pasti, perjalanan yang pasti.

Maka kerana itu, kita belajar Al Quran ni bersama-sama supaya kelak menjadi pedoman buat kita untuk selamat.

Jika susah dizahirkan dengan amal, setidaknya kita harap ia usaha kita untuk mencari redha Allah swt.

Semoga kuliah kita ini, Allah kira ia sebagai usaha untuk mencari / menimba peringatan dari ayat-ayat suci Allah Swt.

Kena selalu ingat, kenang dan ucap syukur dengan nikmat-nikmat yang telah kita kecapi. Supaya terhasil reaction / tindakan kita yg sesuai menjadi hamba Allah Swt.

Ini sesuai dengan tema perbincangan pd petang ni, berkaitan “nikmat” Allah Swt.


Ayat terakhir, Surah Ad-Dhuha Ayat 11

وَاَ مَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
[Adh-Dhuha 93:11]
[Rujukan: Tafsir Pimpinan Ar Rahman]


Adapun nikmat Tuhanmu 
Nikmat yang bagaimana?


Ada beberapa pandangan:

A) Ibn Abbas ra (Tafsir Ibn Abbas) : 
Islam dan Kenabian

B) Mufassir yg terkemudian, antaranya Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaili : 
Kerasulan dan Al Quran yg diturunkan.

C) Tidak kurang ramai salaf yang tidak mengkhususkan apa-apa pun “nikmat” dalam ayat ni.


Pandangan Ibn Abbas ra antara yang sesuai, kerana:

- Ibn Abbas ada zaman pada zaman Nabi saw dan beliau dapat melihat situasi dan memahami dengan lebih baik apabila melihat “nikmat” dalam ayat ini.

- Maksud “Islam dan Kenabian” juga tak jauh daripada nikmat-nikmat yg telah kita baca pada ayat-ayat sebelum ni.

Nikmat termasuk rezeki material seperti wang ringgit dan sebagainya yang dikurniakan kepada kita.. Sihat, masa lapang, anak2 (zuriat)

Sebab tu pada pandangan ketiga, tidak khusus kepada apa-apa pun.

Cuma ia berbeza pada kaca-mata iman kita. Para sahabat seperti Ibn Abbas. Standard dia melihat nikmat pun pelbagai, tapi beliau suka menyimpulkan dengan maksud: Islam dan kenabian.

Menunjukkan "feel" dia terhadap nikmat, ialah besarnya Islam yg sampai kepada manusia.


Rabbika: Tuhan kamu (Allah)
Allah yang telah memberikan nikmatnya kepada kita.

Robb : Tuhan sekalian alam 
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
(Al-Faatihah 1:2)

Tuhan yang manusia telah bersaksi sejak dalam alam roh:
"Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi".
[Al-A'raaf 7:172]


Fahaddis : “Maka hendaklah engkau sebut-sebutkan”
Sebut kepada siapa? Sebut kepada manusia.

Di sini la nilai kaca mata iman kita dalam melihat nikmat.

Lagi keterbukaan kita utk menilai nikmat dengan erti kata agama, maka lahir juga sebutan-sebutan berkaitan agama.

Jika melihat nikmat dari sudut zuriat, material dan lain2 nya, tak ada salah. Maka lahir la juga sebutan-sebutan berkaitan hal itu.

Maka hari-hari, perkemas lagi kaca mata iman kita dalam melihat dunia ni..😉


Apakah faedahnya kita sebut-sebutkan nikmat⁉️

Kepada diri kita: Supaya kita lebih bersyukur dan merendahkan diri kepada Allah swt..

Kepada orang lain: kita dapat berkongsi tentang nikmat (Islam / Al Quran / nikmat-nikmat dunia) kepada orang lain.


Utk belajar mensyukuri nikmat Allah swt jangan pandang yg di atas, tetapi pandang lah yg dibawah..

Dalam erti kata lain, kita perlu mengalirkan nikmat itu untuk disyukuri bersama.

Nikmat sebenarnya bukan pada memiliki, tapi dapat merasai. Sebab tu jika ada duit, kena alirkan.. Ada kereta, tumpangkan orang. Sama-sama dapat merasa..kan?

Tuan/puan: Sentiasa lah menyebut nikmat yang kita ada hari ni sebagai pengubat rasa tak cukup kita dalam seharian. Kita akhirnya dapat kembali mengucapkan syukur kepada Allah.


Contoh:

“Mungkin gaji tak cukup, namun Alhamdulillah masih ada pekerjaan. Ada orang tiada mata pencarian atau kena buang kerja”

“Mungkin belum dikurniakan zuriat, namun Alhamdulillah telah berkahwin. Ada orang belum ketemu jodoh atau memang suka bergelumang dengan zina (konon-konon susah kalau berkahwin)”

Atau mungkin belum guna kereta besar, namun Alhamdulillah ada kapcai. Berapa ramai orang yg telah guna kereta besar sekarang terasa rindu tengok kapcai mencelah semasa jalan sesak”


TADABBUR DAN TAZKIRAH 

Ayat ke 11 ini, atau ayat terakhir. Konteksnya Allah mengajar Nabi saw (dan ummat baginda) agar dapat menguruskan fikiran / perasaan untuk bertenang dan fokus kepada nikmat-nikmat yang dia telah ada.

Ia amat penting untuk memastikan tindakan kita untuk berusaha, tidak dilalaikan dengan angan-angan hingga terlupa memanfaatkan apa yang dia telah miliki hari ini.

Kerana nikmat hari ni, kita akan ditanya oleh Allah tentang pemberian NYA itu;

ثُمَّ لَـتُسْئَـلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيْمِ
Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
[At-Takaathur 102:8]


Perkongsian dari pelajar

Perkongsian ayat Quran dari Norsiah M:
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.
[Surah Ibrahim 14:7]


Perkongsian Hadith dari Afnan _ Aliza el'fayyadh:
"Barang siapa yang tidak bersyukur, ia kufur, barang siapa yang tidak bersyukur pada yang sedikit, maka ia tidak akan bersyukur pada yang banyak, barang siapa yang tidak bersyukur pada manusia, maka dia tidak akan bersyukur kepada Allah, berjemaah adelah berkat, berpecah adalah azab" 
[Al-Albani,Hasan]


Ada satu hadith tentang setiap umat Nabi Muhammad saw yg ada kalimah Lailahaillallah dalam hatinya pasti ia masuk syurga. 

Syurga adalah nikmat yg semua manusia inginkan. Nikmatnya ibarat 1/99 drpd keseluruhan nikmat dunia. Dan semua itu nikmat dunia atau syurga tidak mampu mengatasi nikmat hamba-Nya, melihat wajah Allah Swt.


Mafhum hadis berkaitan masuk syurga serta nikmat yg besar berbanding dunia itu betul.

Dan memang benar, nikmat paling besar ialah dapat melihat wajah Allah Swt.

Dalam konteks Dhuha, lebih kepada nikmat yang sedang kita dapati di dunia.



Kesimpulan ayat ke - 11

Pertama:
Allah telah mengurniakan kita nikmat yang besar, iaitu agama Allah Swt. Maka seharusnya kita patut selalu menzahirkan kesyukuran kpd Allah agar menjalankan agama-Nya sebaik mungkin dalam kehidupan.
Jalankan kehendak agama merupakan antara cara menzahirkan kesyukuran tersebut seperti solat, puasa..termasuk belajar Al Quran seperti hari ni.

Kedua:
Dalam mengurus nikmat, bukan la melihat apa yang kita ada atau tidak, tetapi SIKAP kita dalam menguruskan nikmat yang sedia ada. Manage dengan kesyukuran, Allah tambah.
Kalau tak bersyukur, Allah tambah, tu faham-faham dan muhasabah sendiri...

Ketiga:
Menyebut nikmat Allah untuk merasai rasa syukur, adalah suatu ubat jiwa yang sangat baik. Supaya hati akan merasai rasa cukup dan berusaha lagi dengan lebih tenang.


AlhamduliLah  kelas kita dengan perkongsian ayat yang terakhir surah Adh-Dhuha telah pun berakhir. 

Kita akhiri majlis ilmu pada hari ini dengan tasbih kaffarah.

سبحانك اللهمّ وبحمدك
اشهد ان لا الٰه الّا انت
استغفرك واتوب اليك
وبالله التّوفيق والهداية
سٌلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Surah Baqarah - Ayat ke 2

Panel : Ustaz Azlizan Nueq


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

In sha Allah, kita akan sambung kelas tafsir kita.


Baqarah Ayat 2 

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ 
[Itulah kitab]

Allah menggunakan perkataan ذٰلِكَ untuk merujuk kepada Quran dan perkataan ذٰلِكَ dari segi bahasa sebenarnya bermaksud ‘itu’.

Sepatutnya kita rasa yang sesuai kenalah guna perkataan yang bermaksud ‘ini’ kerana Qur’an ada depan kita, bukan? Tapi, tidaklah ayat itu yang digunakan oleh Allah. Ini adalah kerana, apabila digunakan ‘itu’ pada tempat yang sepatutnya digunakan dalam ayat ini, dari segi balaghah (yang tersirat), menunjukkan ‘ketinggian’ dan ‘kehebatan’. Maksudnya Allah menggunakan kata penunjuk ‘itu’ untuk memberi isyarat ketinggian Qur’an.

Pendapat kedua: Perkataan ini digunakan untuk mengejutkan mereka yang membaca. Perkataan yang digunakan adalah ذَٰلِكَ yang bermaksud ‘itu’. Ini adalah kerana tidak ada kitab dalam bentuk mushaf yang digunakan pada zaman Nabi. Yang ada Quran yang lengkap adalah Quran yang berada di langit dunia yang diturunkan sedikit demi sedikit oleh Malaikat Jibrail atas arahan Allah. Jadi, perkataan ‘itu’ yang digunakan adalah merujuk kepada Quran yang berada di langit itu.

Pendapat ketiga: walaupun menggunakan kalimah ذَٰلِكَ (itu) tapi ia membawa maksud هذا (ini) dan ini boleh dalam penggunaan bahasa Arab.

Kalimah الْكِتَابُ yang dimaksudkan adalah al-Qur’an.

Itu adalah potongan ayat pertama. Saya akan potongkan ayat satu persatu mengikut kesesuaian supaya kita boleh kaji satu satu ayat itu. Kerana ayat-ayat Qur’an ada yang bawa berbagai maklumat di dalamnya. Harap kita semua dapat mengikutinya.


لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ 
[Tidak ada keraguan di dalamnya] - Merujuk di dalam Quran.

Tidak ada syak pada Quran itu. Allah sendiri yang kata tidak ada syak pada Quran. Tapi kalau begitu, kenapa ramai tak percaya? Bukankah lebih ramai yang tak percaya kepada Quran dari mereka yang percaya? Adakah salah ayat ini? Mungkin timbul persoalan ini.

Kita kena faham apakah yang hendak disampaikan oleh Allah. Makna dalam ayat ini adalah, Allah nak kata tidak syak yang Quran itu datang dari Allah. Allah nak beritahu sendiri kepada kita. Samada manusia hendak percaya atau tidak, terpulang kepada mereka dan mereka akan menanggung kesesalan jikalau mereka tidak mempercayainya.

Juga Allah hendak memberitahu kita, tidak ada keraguan dalam isi kandung Qur’an ini. Tidak akan sebarang perselisihan di dalamnya. Sebagai contoh, ayat dalam juzuk 1 tidak ada selisih dengan juzuk juzuk-juzuk lain. Kalau nampak ada perbezaan, itu bukanlah perbezaan dan boleh dijelaskan dalam tafsir. Kalau tidak belajar sahaja yang akan kata ada perselisihan. Qur’an tidak macam Bible yang amat banyak perselisihan antara maklumat-maklumat di dalamnya.

Tidak ada juga perbezaan antara apa yang diceritakan dalam Quran dengan hadis Nabi. Apa yang Nabi kata tidak akan berlawanan dengan ayat Quran. Jadi, jikalau kita jumpa ada hadis yang tidak sealiran dengan Quran, bermakna Hadis itu yang ada masalah.

Musuh-musuh Islam telah sekian lama mencari kesalahan di dalam Quran tapi sampai sekarang, mereka tidak berjumpa. Memang ada banyak yang cuba menimbulkan contoh-contoh adanya perselisihan dalam ayat-ayat Qur’an. Tapi yang boleh tertipu adalah mereka yang jahil Qur’an sahaja. Kerana kalau belajar, tidak akan keliru.

Oleh itu pengajaran untuk kita: kita jangan ragu pada mana-mana ayat Qur’an pun. Kalau ada yang rasa kekeliruan tentang mana-mana ayat Qur’an, kena cepat-cepat tanya kepada mereka yang tahu.


هُدًى لِلْمُتَّقِينَ 
[Petunjuk bagi mereka yang bertakwa]

Allah sambung dalam ayat ini yang Quran itu adalah ‘hidayah’ kepada orang yang bertaqwa. Siapakah yang dikatakan ‘bertaqwa’? Selalu kita dengar taqwa, taqwa, taqwa… Tapi apakah maksud ‘taqwa’ itu sendiri?

Perkataan 'taqwa' selalunya diterjemahkan sebagai ‘takut’. Tapi takut bukanlah terjemahan yang tepat. Kerana kalau kita maksudkan ‘takut’ sahaja, ada perkataan lain yang boleh digunakan: ‘khauf’. Dan memang kalimah ‘khauf’ ini juga ada dalam ayat-ayat Qur’an yang lain.

Tapi bukanlah ‘khauf’ tidak ada kena mengena dengan taqwa. Sebab ‘takut’ adalah salah satu dari elemen ‘taqwa’. Kerana kalau tidak ada takut kepada Allah, tidak akan ada taqwa.

Taqwa diambil dari katadasar وقي (wiqaya) yang bermaksud ‘berhati-hati’. Macam kalau kita lalu jalan ada duri, tentu kita akan berhati-hati, bukan?

Menurut suatu riwayat, Umar ibnul Khattab r.a. pernah bertanya kepada Ubay ibnu Ka'b tentang makna takwa. Maka Ubay ibnu Ka'b balik bertanya, 

"Pernahkah engkau menempuh jalan yang beronak duri?" 
Umar menjawab, "Ya, pernah." 
Ubay ibnu Ka'b bertanya lagi, 
"Kemudian apa yang kamu lakukan?" 
Umar menjawab, "Aku bertahan dan berusaha sekuat tenaga untuk melampauinya." 
Ubay ibnu Ka'b berkata, "Itulah yang namanya takwa." 
Tafsir Ibn Kathir


Taqwa ini boleh diertikan sebagai seorang yang berhati-hati dalam kehidupannya. Dia akan sentiasa memeriksa samada apa yang dia lakukan itu bertepatan dengan agama dan kehendak Allah. 

Kalau nak buat sesuatu, dia akan fikir, 
apa Allah nak aku buat dalam hal ini?” 
Adakah sah/halal/boleh perbuatan ini?” 

Hati dia sentiasa memikirkan kehendak Allah. Dalam bahasa Inggeris, ini dipanggil ‘God-conscious’. Dia sedar yang Allah sentiasa memerhatikan apa yang dilakukannya.

Oleh itu, setakat ini kita tahu maksud ’taqwa’ adalah:
1. Sedar Allah sedang memerhatikan segala gerak geri kita
2. Taat hukum-hukum yang Allah telah sampaikan kepada kita.

Kena ingat maksud ‘taqwa’ ini, kerana akan banyak jumpa lagi dalam ayat-ayat Qur’an nanti dan tidak perlu dijelaskan lagi. In sha Allah dalam ayat selepas ini, akan diterangkan apakah sifat-sifat orang yang bertaqwa itu. 

Dan nanti kita akan berjumpa dengan ayat-ayat lain pula yang akan menjelaskan lagi maksud 'taqwa' itu. Barulah kita akan dapat faham secara menyeluruh. Ayat Quran kena baca dan faham semua sekali, tidak boleh ambil sikit-sikit.

Kalimah 'takut' ada banyak jenis lagi yang disebut dalam Quran. Nanti in sha Allah, bila kita berjumpa, kita akan jelaskan apakah bezanya. Bahasa kita, ada 'takut' sahaja, tapi dalam bahasa Arab yang digunakan dalam Quran, ada banyak lagi

Takut kepada binatang atau orang, kita akan lari darinya. Tapi takut kepada Allah, kita akan mendekatkan diri kepadaNya.

Jadi Qur’an itu adalah petunjuk hidayah untuk orang yang bertaqwa. Mungkin timbul satu persoalan,
“kenapa nak beri hidayat lagi kepada orang yang sudah bertaqwa? Patutnya kena diberikan kepada yang belum bertaqwa lah, bukan?”

Jadi ulama kata lafaz مُتَّقينَ dalam ayat ini bukanlah bermaksud orang yang sudah sempurna taqwa mereka, tapi orang yang ‘hendak menjadi orang yang bertaqwa’. 

Kalau seseorang itu ada keinginan untuk jadi orang bertaqwa, Allah akan buka hatinya untuk mencapai kedudukan itu. Wahyu Quran ini untuk semua manusia, tapi yang mahu menerimanya adalah mereka yang mahu beriman sahaja, seperti makna yang terkandung di dalam firman-Nya:

قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدىً وَشِفاءٌ وَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ فِي آذانِهِمْ وَقْرٌ وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًى أُولئِكَ يُنادَوْنَ مِنْ مَكانٍ بَعِيدٍ
Katakanlah, "Al-Qur’an itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedangkan Al-Qur’an itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah (seperti) orang-orang yang dipanggil dari tempat yang jauh.” 
[Fushshilat:44]

Apabila seseorang sudah mahu bertaqwa, dia telah percaya dengan Allah, tentulah dia nak belajar isi kandung Quran sebagai petunjuk. Petunjuk yang ada dalam Quran ini diberikan kepada orang yang dah terima tauhid. Iaitu selepas dia telah mengucap dua kalimah syahadah. Supaya dia kenal siapakah Tuhan dan supaya dia tidak melakukan syirik seperti agama-agama lain.

Untuk sempurna taqwa, ada dua perkara jangan ada, dan dua kena ada :

1. Jangan ada sifat sombong. Kalau ada sifat sombong (untuk terima kebenaran), taqwa tidak akan masuk. 
2. Jangan ikut orang lain membuta tuli. Jangan taqlid kepada orang tanpa usul periksa. Kena ada usaha cari kebenaran. Jangan serah sahaja kepada orang.
3. Kena takut kepada balasan dari Allah. Takut ancaman dari Allah kalau buat salah.
4. Kena jaga diri. Kawal nafsu dari durhaka kepada suruhan dan larangan Allah.


Kaitan dengan Surah Fatihah

Dalam surah Fatihah, kita telah diajar untuk meminta hidayah dari Allah. Iaitu ayat اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (Pimpinlah kami ke jalan yang lurus). 
Maka, Allah menjawap dalam ayat ini bahawa Quran inilah sebagai petunjuk dan hidayah bagi mereka. Kalau kamu telah minta jalan yang lurus, maka ikutlah apa yang disampaikan dalam Qur’an ini. 

Jadi, jikalau kita hendak menjadi orang yang bertaqwa, maka kita hendaklah jadikan Quran ini sebagai pedoman hidup kita. 
Kenalah kita belajar tafsir Quran sampai habis. Sebab kita tidak mahu tertinggal satu pun hidayah dari Allah.

Baik, sekian kelas kita pada hari ini. 


Perkongsian Hadits dari Afnan _ Aliza el'fayyadh

Dalam sebuah riwayat dari Tirmizi, Nabi SAW bersabda,  
"Taqwa itu disini, sambil mengisyaratkan jarinya di hati

Allahua'lam

سبحانك اللهمّ وبحمدك
اشهد ان لا الٰه الّا انت
استغفرك واتوب اليك
وبالله التّوفيق والهداية
سٌلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Surah Ad-Dhuha : Ayat Ke 10

[Panel : Ustaz Noh Fariq Omar]


Bismillah..

Alhamdulilllah. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Syukur kita atas nikmat Islam dan Iman kita. Sehingga hari ini, Allah pelihara diri kita dari perkara kekufuran.

Mungkin kita bukan org paling baik, tetapi sebab Allah masih tutup aib kita atas dunia ni, maka itu pun satu nikmat yang besar.

Seterusnya.. Syukur di atas kesihatan, serta masa yang ada sehingga kita berpeluang untuk meneruskan sesi pengajian Surah Adh Dhuha.

Semoga kuliah kita ini, Allah kira ia sebagai usaha untuk mencari / menimba peringatan dari ayat-ayat suci Allah S.W.T.

Dari 3 perkara yang Allah ingatkan kepada Baginda, kita telah syarahkan satu : Berkaitan anak yatim, ingat asal usul.

Kini : Sambung ayat ke 10 Ad-Dhuha 

وَاَ مَّا السَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ 
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
[Adh-Dhuha 93:10]
Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar Rahman

السّائِلَ adalah mereka yang meminta.
Sa-ila : mereka yang meminta

Tak jauh beza bahasa melayu


Soal : Minta sesuatu sebab nak kan jawapan


Pertama: Meminta nasihat / pertanyaan

Hadis Nabi SAW : Ad-Din adalah nasihat [HR Muslim]

Sekadar ingatan, apa sahaja yang menjadi masalah, maka kita patut semak semula Din (agama) kita

Kerana kebingungan kita atau orang yang datang pada kita, kadangkala bukan perkara yang utama kita tolong, tapi sikap dan amal yg patut kita semak.

Sila rujuk ( 20 : 124 ) 
وَمَنْ اَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِيْ فَاِ نَّ لَـهٗ مَعِيْشَةً ضَنْكًا وَّنَحْشُرُهٗ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ اَعْمٰى
“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”
[Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar Rahman]


Namun jika berkaitan perkara khusus (soal math, ekonomi, management atau lain-lain)

Fas-alu ahlaz zikri in kuntun la ta'lamun
[An Nahl:43]

Maksud saya.. Kadangkala apabila ada yang bertanya atau mengadu kepada kita, kadangkala masalah mereka datang dari sikap mereka sendiri. Maka ada baiknya kita bantu mereka ubah sikap, seperti minta mereka merenung semula, adakah sikapnya sama seperti yang dianjurkan Quran atau tidak.


Kedua: Meminta pertolongan harta / duit / benda

لَنْ تَنَا لُوا الْبِرَّ حَتّٰى تُنْفِقُوْا مِمَّا تُحِبُّوْنَ ۗ وَمَا تُنْفِقُوْا مِنْ شَيْءٍ فَاِ نَّ اللّٰهَ بِهٖ عَلِيْمٌ
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
[A-li'Imraan 3:92]

Kalau kita rujuk ayat, Allah guna kalimah: AL BIRR

Ini la golongan Al Abrar (org yg melakukan AL BIRR) tadi.

AL BIRR = "dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi"

اِنَّ الْاَ بْرَا رَ لَفِيْ نَعِيْمٍ 
orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;
[Al-Infitaar 82:13]

Jadi, jika ingin menjadi yang terbaik dalam "memberi", jadi la seperti golongan Al Abrar.


Ketiga: Minta petunjuk

Perkara yg kita maklum, berikan Al Quran. Hudan lil Muttaqin

Tiada ayat, buku yang dapat menandingi Al Quran.

Falaa Tanhar: janganlah engkau tengking herdik

Bermaksud, bukan setakat jangan tengking, jika tak mampu perlulah ditolak dengan cara yang baik.

لَـيْسَ عَلَى الضُّعَفَآءِ وَلَا عَلَى الْمَرْضٰى وَلَا عَلَى الَّذِيْنَ لَا يَجِدُوْنَ مَا يُنْفِقُوْنَ حَرَجٌ اِذَا نَصَحُوْا لِلّٰهِ وَ رَسُوْلِهٖ ۗ مَا عَلَى الْمُحْسِنِيْنَ مِنْ سَبِيْلٍ ۗ وَا للّٰهُ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ  
Orang-orang yang lemah dan orang-orang yang sakit, dan juga orang-orang yang tidak mempunyai sesuatu yang akan dibelanjakan, tidaklah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya. Tidak ada jalan sedikitpun bagi menyalahkan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya; dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[At-Taubah 9:91]


Perkara yang kita boleh tadabbur melalui ayat ini

Antara pengajaran lain dalam ayat ini, Allah S.W.T mengajar kita supaya jangan sombong.

Allah beri panduan untuk kita bertindak kepada "peminta" dengan bersikap yang baik.

Soal mampu bantu atau tidak, bergantung rezeki yang ada pada kita. Tapi jika mampu bantu atau tidak, selalu la perhatikan sikap kita.

Sama seperti hal anak yatim.

Yang meminta mungkin sedang alami ujian dalam hidupnya. Ujian kita pula, apabila berhadapan dengan mereka (si peminta) Berbuat baik la, samada sikap, tindakan mahupun sekadar sangkaan.


Kesimpulan untuk hari ni :

1. Allah ingatkan kita jangan sombong

2. Berikan la pertolongan dengan kadar kemampuan. Jika pertolongan tersebut kita tak mampu, maka tolak la dengan cara yang baik.

3. Tugas kita hanya buat yang terbaik. Urusan lain adalah kehendak Allah. Do the best, let Allah do the rest.

Baik, setakat itu dulu. Semoga ada manfaat hari ni, memberikan kita iktibar (saya yang terutama)

Wallahu a'lam.


Perkongsian hadith dari Afnan _ Aliza el'fayyadh

Hadith menarik untuk galakan bersedekah
 [Riwayat al-Tirmizi]
"Sedekah memadamkan dosa sepertimana air memadamkan api"

Dan jadilah seperti Zainab binti Jahsh ra, yang bekerja untuk bersedekah kepada fakir miskin. 

Allahua'lam.

Ayat Ke 9 Surah Adh-Dhuha

[Panel : Ustaz Noh Fariq Omar]

Bismillah..kita mulakan..

Alhamdulilllah.. selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad saw.. Syukur kita atas nikmat Islam dan Iman kita. Sehingga hari ini, Allah pelihara diri kita dari perkara kekufuran.

Seterusnya, syukur di atas kesihatan, serta masa yang ada. Sehingga kita berpeluang untuk meneruskan sesi pengajian Surah Adh Dhuha.

Semoga kuliah kita pada petang ini, Allah kira ia sebagai usaha untuk mencari / menimba peringatan dari ayat-ayat suci Allah swt..

Dengan itu, semoga kita tidak disempitkan kehidupan dan tidak juga bangkit di akhirat nanti dalam keadaan yang buta..

Sila rujuk ( surah : ayat ) 20 : 124

وَمَنْ اَعْرَضَ  عَنْ ذِكْرِيْ فَاِنَّ لَـهٗ مَعِيْشَةً ضَنْكًا وَّنَحْشُرُهٗ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ  اَعْمٰى
“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”
[Ruj: Tafsir Pimpinan Ar Rahman]

Insya Allah.. 
Kita akan masuk perbincangan ayat ke-9..


Dalam surah Dhuha, Allah telah sebut tiga perkara yang Allah berikan kepada Rasul saw, iaitu:
1) Kemuliaan kepada anak yatim
2) Petunjuk hidayah (melalui wahyu / Al Quran)
3) Kekayaan (rasa kecukupan dan tenang dalam mengatur urusan dunia)

3 perkara yang kita telah syarah dan bincang bersama.. (jika ada musykil, boleh ulang kaji nota)

Sekarang Allah akan menyebutkan tiga perkara yang baginda perlu lakukan pula, iaitu cara untuk menggambarkan kesyukuran atas nikmat pemberian Allah swt.

Melalui tindakan / perbuatan dan kata-kata. Tapi pada petang ini, kita akan lihat satu dahulu, iaitu pada ayat yang ke 9!

فَاَمَّا الْيَتِيْمَ فَلَا تَقْهَرْ
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[Adh-Dhuha 93:9]
Rujukan: Tafsir Pimpinan Ar Rahman

Pembaca boleh mengulang kaji ayat yang ke-6, supaya jelas perkara-perkara berkaitan anak yatim.

Ayat ke 6: Kita telah bincang definisi dan dalil-dalil bagaimana Allah mengangkat martabat anak yatim.

TAPI ayat kali ni..kita akan lihat apakah petunjuk Allah (ayat-ayat) yang patut kita jaga dan ambil iktibar..

Fa ammal yatim: Maka adapun anak yatim

Fala taqhar : (Laa = Harfun Nahi) Jangan engkau berlaku kasar.

Ibn Abbas : Menzalimi dan menghina
Ibn Katsir : Menghina, membuat jahat, menghalang hak-hak mereka
( Banyak juga kitab tafsir yang terkemudian mengambil ayat Ibn Katsir bila menceritakan ayat ini.. Antaranya Tafsir Al Munir, Prof Dr Wahbah )

Taqhar: Juga boleh difahami = melakukan sewenangnya / menguasai orang lain dan kemudian memalukan mereka

Apakah contoh tindakan yang tidak baik kepada anak yatim?? Kita lihat sama-sama penekanan ayat Allah mengenai anak yatim dalam Al Quran.. Kalau kita buka Mu’jam (index), kita akan dapati terdapat 23 kalimah yatim dalam Al Quran.


Saya hadiahkan sedikit dapatan :

A) Buat baik / sayangi / keadilan hak: 13 ayat
B) Berkaitan urusan harta: 8 ayat
C) Kisah harta anak yatim: 1 ayat
D) Lain-lain: 1 ayat

Total: 23 ayat berkaitan anak yatim..

Secara tak langsung, kita akan lihat,
 isu "penindasan" kepada anak yatim ialah mengenai hak, dan berkaitan pengurusan harta..

Wallahu a'lam..banyak mungkin jenis kezaliman yang boleh berlaku, cuma kita ambil iktibar. Isyarat ayat Allah yang banyak mengenai ancaman tentang hak dan harta anak yatim.

Kerana itu, sesuai dengan hadis Nabi saw berkaitan anak yatim:

Sabda Nabi SAW:
اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ. قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ قَالَ " الشِّرْكُ بِاللَّهِ، وَالسِّحْرُ، وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلاَّ بِالْحَقِّ، وَأَكْلُ الرِّبَا، وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ، وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ، وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ الْغَافِلاَتِ

Maksudnya: Jauhilah tujuh dosa besar.
Bertanya para sahabat: Wahai Rasulullah, siapakah mereka itu?. Jawab Baginda:
Syirik kepada Allah, sihir, membunuh manusia yang mana diharamkan oleh Allah kecuali mereka yang dibenarkan oleh syarak, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang dan melemparkan tuduhan qazaf terhadap wanita mukmin.
[Riwayat Al-Bukhari (6897) & Muslim (89)]


Ayat ke-9 surah Dhuha ini, walaupun ia diturunkan kepada Baginda S.A.W, tetapi ia adalah pengajaran umum kepada setiap manusia, iaitu panduan untuk hidup bermasyarakat, agar harmoni menjaga hubungan satu dengan yang lain.

Apa yang kita boleh tadabbur pada perintah ini??

Berkaitan dua kalimah yatim dalam surah ini, kita dapat lihat pengajaran Allah kepada manusia supaya sentiasa memikirkan / insafi asal-usul mereka..

Sebagaimana Nabi saw dulu yatim, maka Allah ingatkan Baginda agar jaga “hak-hak” anak yatim.

Atau lebih luas pengajaran untuk hari ini, sama juga kisah hidup kita.

**Tatkala kita ada kedudukan lebih baik dari orang lain, maka jangan kita pandang hina org lain. Sedang dulu pun mungkin kita bermula dari bawah.

**Tatkala kita ada rezeki / hidup lebih baik dari orang lain, maka jangan kita pandang rendah orang lain. Sedang dulu pun mungkin kita berasal dari orang yang susah.


Mungkin satu masa, boleh beri cadangan kepada pihak berwajib untuk meneliti isu-isu anak yatim berdasarkan Quran, kemudian membina system menangani perlakuan isu-isu pecah amanah.

Dan mereka (anak-anak yatim) itu mungkin ujian buat kita untuk memperbaiki amal. Jadi ujian mereka menjadi yatim, ujian kita untuk menjaga hak mereka.

Melihat kisah anak yatim, ia sepatutnya melahirkan rasa keinsafan dan merenung diri sendiri agar bersyukur dan bertindak membetulkan diri..

Sebab tu Allah sering mengingatkan kita melihat asal usul kita..

"Maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa manusia diciptakan."
[At-Taariq 86:5]


Bagi wali atau penjaga, kena jaga hak anak yatim elok2. Jika keperluan, ada kelonggaran untuk menggunakan hak anak yatim:

[An Nisa:6]
dan sesiapa yang miskin maka bolehlah ia memakannya dengan cara yang sepatutnya.


Ibn Jauzi memberikan empat syarat:

1) Guna sebagai hutang
2) Amik yang perlu sahaja
3) Ukuran ambil sebagai upah
4) Darurat.


Kesimpulan:

1. Allah wujudkan anak yatim dengan pelbagai hikmah. Antaranya sebagai pengajaran kepada manusia agar usaha berbuat baik

2. Antara pengajaran yang baik dalam Al Quran, merenung asal usul diri. Untuk insafi kekerdilan kita dan moga melahirkan rasa syukur kepada Allah atas nikmat hari ini

3. Bila Allah dah beri kesenangan, jangan lupa buat baik kepada orang lain pula.


Sekian..

Surah Baqarah Ayat Pertama

Panel : Ustaz Azlizan Nueq 


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Baqarah Ayat 1

الم

Kita tidak tahu apa makna ayat ini. Ayat-ayat jenis ini dinamakan ayat-ayat Muqattaah (Ayat yang dipotong-potong) atau huruf-huruf hijaiyah. Kita hanya boleh tafsir ayat yang selepas ayat ini sahaja.

Ini menyedarkan kita bahawa, kalau Allah tidak memberitahu apa-apa kepada kita, kita tidak akan tahu apa-apa perkara ghaib. 

Bukanlah huruf-huruf Muqattaah ini tidak ada makna. Tentu ada maknanya, kerana Allah takkan buat perkara yang sia-sia, cuma kita sahaja yang tak tahu. Kerana Allah tidak memberitahu kepada kita. Nabi Muhammad tidak pernah menceritakan apakah maknanya. 

Dan sahabat pun tidak tanya dan sampaikan kepada kita. Kita tahu tidak ada maklumat tentangnya, kerana tidak ada hadis yang Nabi memberitahu maknanya.

Ada perkara yang Allah tak beritahu kepada kita, termasuklah kepada Nabi Muhammad. Kena redha sahaja lah dan kena terima yang kita tidak tahu. Kerana perkara sebegini bukan boleh diagak dan dicapai dengan akal.

Tapi ada pengajaran yang kita boleh ambil juga, bukannya tidak ada. Ini adalah satu ujian kepada orang yang alim. Ujian untuk lihat sama ada mereka boleh kata mereka ‘tidak tahu’. Untuk melihat samada mereka boleh mengaku kepada manusia bahawa mereka tidak tahu. Kerana mereka mungkin rasa malu untuk mengaku tidak tahu. Jadi, ada orang alim yang walaupun mereka tidak tahu dengan pasti, mereka akan jawap juga mengikut agak-agakan mereka, walaupun mereka tahu maklumat itu tidak tepat.

** Ini mengingatkan kita kepada kisah bagaimana pernah satu rombongan dari jauh datang bertemu Imam Malik dengan membawa 18 soalan. Imam Malik hanya menjawap 3 sahaja soalan-soalan itu dan selainnya, Imam Malik jawap: ‘tidak tahu’. Maka, jangan malu untuk kata, ‘tidak tahu’. **

Kepada kita yang tidak berilmu ini, ayat ini mengajar kita untuk mula belajar dengan ‘tidak tahu’. Dengan mempunyai fikiran yang kosong, bersedia untuk menerima ilmu. 

Kalau kita mulakan belajar sesuatu dengan idea lain yang sudah ada dalam fikiran kita, itu akan jadi satu gangguan kepada pemahaman kita. Nanti bila ada fahaman yang beza dengan fahaman kita sebelum ini, yang dah lama belajar dulu, maka mulalah nak tolak pula. 

Selepas ini kita akan belajar banyak ayat-ayat yang mungkin berlainan dari fahaman kebiasaan masyarakat kita. Waktu itu akan ada ujian: samada boleh terima atau tidak. Nanti kita tengok.

Satu lagi, huruf-huruf Muqattaah ini memberi kesan untuk menarik perhatian orang yang mendengar. Bangsa Arab adalah satu bangsa yang amat berbangga dengan penguasaan bahasa mereka. 

Penggunaan huruf Muqattaah ini tidak pernah mereka dengar sebelum itu. Kalau الم, pada mereka, tentu bacaannya adalah ‘alam’, bukan? Tapi Qur’an sebut lain pula – ini pelik. Jadi, apabila Quran menggunakan perkataan sebegini, mereka kehairanan dan mereka akan tertanya-tanya apakah yang hendak dibawa oleh ayat-ayat Quran itu. 

Oleh itu, mereka akan memberi perhatian kepada ayat-ayat yang seterusnya. Mereka akan beri perhatian. Mereka tertanya-tanya apakah yang hendak disampaikan sebab pelik sangat ni...
Kepada kita, walaupun kita tidak menguasai bahasa Arab, tapi apabila kita baca huruf-huruf Muqattaah ini, ianya adalah satu penggunaan bahasa yang amat menarik perhatian kita. 

Cuba baca betul-betul. Memang ianya menggetar jiwa walaupun kita tak faham, bukan? Kita akan rasa terpanggil untuk terus membaca ayat-ayat seterusnya. Begitulah keindahan Quran yang Allah telah jadikan untuk kita.

** Memang ada banyak pendapat yang macam-macam tentang maksudnya. Bukan kita tidak tahu…tapi semua pendapat itu tidak ada asas dan dalil, maka kita kena tinggalkan. Sebagai contoh, ada yang kata dalam alif lam mim ini:
Alif – Allah
Lam – jibrail
Mim – Muhammad. **

Tapi itu semua tidak ada dalil dan ilmu khayalan sahaja. Maka tinggalkan tafsir sebegitu. Jangan hirau kalau ada yang kata: “macam mana kata belajar tafsir…maksud alif lam mim pun tak tahu..?”

Cukup setakat ini tentang huruf Muqattaah. Ada 29 surah dalam Qur’an yang dimulai dengan huruf-huruf Muqattaah. Selepas ini tidak akan dijelaskan lagi kerana sama sahaja tafsirnya – iaitu kita 'tidak tahu'.


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami Limpah Rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang Melimpah-limpah PemberianNya." 
[Surah Ali-Imran, ayat 8]


Baik. Sekian kelas kita pada hari ini.

Kita akhiri majlis ilmu pada hari ini dengan tasbih kaffarah.

سبحانك اللهمّ وبحمدك
اشهد ان لا الٰه الّا انت
استغفرك واتوب اليك
وبالله التّوفيق والهداية
سٌلام عليكم ورحمة الله وبركاته